Monday, January 31, 2011

Emosi Tika Hampir Mati


EMOSI TIKA HAMPIR MATI


Nafi itu mati

pergi jauh kau dari sini

biar aku sendiri dalam isolasi

murka pada mati

kenapa kau mahu ziarahi

diri ini

mahu kutawar-menawar dengan mati

bukan kini

biarlah lain hari

kalau mati datang lagi

biar hanya mampir lalu berlalu pergi

usah kau kembali

wahai mati

kemunculanmu mengundang depresi

Tundalah kedatanganmu mati

sehingga aku bersedia merangkulmu nanti

masamu akan tiba wahai mati

tika daku terimamu segenap sanubari.

31 Januari 2011.