Sunday, June 14, 2009

PEDULI BAHASA

Pemimpin Melayu kini telah menghilangkan jiwa bangsa kita. Bahasa Jiwa Bangsa tinggal retorik yang lapok. Setiap pemimpin Melayu baru menerajui Kementerian Pelajaran/Pendidikan, setiap kali polisi mengenai bahasa Melayu berubah. Pemimpin-pemimpin kita tidak lagi peduli bahasa.

Jika keputusan lulus BI sebagai syarat lulus SPM dilaksanakan, dijangka setiap tahun 130,000 pelajar akan gagal. Yang jelas akan banyak lagi gejala sosial termasuk peningkatan jumlah Mat Rempit.

Ironi sekali, sekitar tahun 70an, surat-surat dalam BI yang dihantar ke Jabatan-jabatan dan Kementerian-kementerian telah dipulangkan kepada penghantar kerana ianya tidak ditulis dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Jika polisi pengagungan BI diteruskan oleh aparat pemerintah (pinjam Bahasa Indonesia), maka tidak hairanlah pada tahun 2020, surat-surat yang ditulis dalam BM akan dikembalikan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan kepada penghantar.


(Artikel ini dalam pembinaan aksara, harap maaf)

8 comments:

  1. There are two sides to a coin Rahmat.You are a product of the 60's when English is mandatory.You write well in both Bahasa. Even 'Malay Medium Students' can converse in English.

    Then come Bahasa Jiwa bangsa in the 70's when people think we can level up the Malays by changing the medium of instruction. No change.Then Mahathir,Musa Hitam , Annuar as subsequent Minister of Education.....Now we have teachers teaching Science in English talking 100 % broken English, they themselves have difficulty undertsanding themselves.Ministers continue to send their children to UK from early age. Just look at Marina Mahathir for instance. She is more Mat Saleh than what her skin appear to be !

    Never mind ! Otherwise who are the people who is going to mend the shopping complexes and the factories??? Malaysia cannot afford to have 10 Uxbridge educated 'Khairy Jamaluddins', the country would not have enough 'projects' for other people to cari makan.

    Now we wait and see what stoogy, hypothyroid ,tired looking Muhyiddin Yasin has decided in his mind.

    ReplyDelete
  2. ... reading back even the 60's English is entirely 'broken'.'Maths' and 'science' English in 2008 cannot be better !

    ReplyDelete
  3. Dr Nik, why not we declare English or Manglish as our second national language. It would be interesting to see, anglophilics asking questions in Manglish, get answers in Malay; vice-versa.
    Both coexist as national languages.

    ReplyDelete
  4. Dr. berblog nampak? :D

    ingat saya tak?

    ritzael...well saya sokong artikel ni.Bahasa umpama harta kita tak gitu Dr.?

    PPMSI ibarat rumah pajak gadai,jadi para pejuang bahasa mari kita runtuhka ia!!

    ReplyDelete
  5. Hai ritzeal, selamat datang ke blog saya.

    Komuniti Sastera Sains sepi sekali.

    BM digadai pada harga 6 bilion ringgit.

    Yang menggadaikan bahasa Melayu adalah Kementerian Pendidikan, kini diberi nama lama, Kementerian Pelajaran. Dengan lain kata, kementerian mengenai, menangani, mengurus perihal pelajar dan mengeksploitasi pelajar-pelajar untuk menjadi bidak-bidak dan budak-budak untuk berkhidmat kepada hegemoni peradaban Barat.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. yup sepi sekali :(
    Terkenang era meriah dulu,seronoknya masa tu ;>

    Apapun,bercakap pasal bahasa...
    Saya sedih melihat lepas satu,satu harta bangsa dijual dengan sebegitu murah sekali sedangkan pada masa yang sama persatuan sekolah2 Cina begitu komited mempertahankan bahasa Cina dan aliran Cina.Mengapa pemimpin Melayu begitu dungu sekali???

    Harap Dr. boleh buatkan satu puisi rintihan para pencinta bahasa :D


    salam

    ReplyDelete
  7. Pak Rahmat Haroun,

    saya berminat bertemu mewawancara bapak. dulu hasrat ini pernah saya kemukakan kepada Allahyarham Rahime Haron.

    nama saya Rahmat Haron, kebetulan nama yg sama. tapi saya masih jauh lebih muda. dan saya mengenal sastera di awal usia remaja dengan membaca Manuklon dan Di Ar Ti, kebetulan hanya kerana ketertarikan nama pengarangnya - bapak Rahmat Haroun - serupa dgn nama saya.ha.ha.ha

    terima kasih,
    rahmat haron

    sampahseni@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Salam buat Sdr Rahmat Haron. Semoga sukses dengan aktivitas seni dan puisi anda.

    ReplyDelete