Friday, July 17, 2009

ENGLISH AS A TOOL NOT SOUL

Cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Sastera Inggeris kepada pelajar-pelajar Malaysia merupakan sesuatu langkah silap kali kedua yang hanya akan melahirkan lebih ramai pelajar anglofilik yang berrohkan "English". Langkah silap pertama kali adalah melaksanakan PPSMI.

Pelajar-pelajar yang bakal terdidik dalam Sastera Inggeris akan menjadi bidak-bidak dan budak-budak yang mengagumi atau memperhambakan diri terhadap persuratan Inggeris termasuk majalah-tabloid yang mengguna Bahasa Inggeris.

KPM sepatutnya memperkenalkan Sastera Dunia yang ditulis dalam bahasa Inggeris termasuk sebahagiannya Sastera Inggeris.

Sebagai akibat pelaksanaan tersebut, pelajar-pelajar akan secara sistematik akan mengenepikan Sastera Kebangsaan/Malaysia/Melayu, melenyapkan tokoh-tokoh sasterawan tempatan dan mengidolakan kesusasteraan Victorian, Elizabethan, Modernism dan Post-Modernisme.

Sastera Dunia yang ditulis atau diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris patut diperkenalkan dalam subjek Apresiasi/Penghayatan Sastera, barulah kita menghasilkan pelajar-pelajar berjiwa global dalam susastra sejagat bukan menjadi BI sebagai roh mereka.

Jadikan BI sebagai alat bukan semangat. Itulah yang patut dianut KPM.

3 comments:

  1. Salam Dr.

    Minta maaf Dr. kalau blog saya memang guna bahasa yang cacamarba.Saya memang mahu jadikan blog itu luahan hati dan pengalaman hidup tanpa ada kekangan dan disiplin tegas bahasa yang terlalu tinggi.Saya gunakan bahasa jiwa sebagai anak sekolah tinggi yang masih kacau mencari haluan hidup.Masih belum bekerja walau umur meningkat.Tiada aset.Tiada harta.Cuma laptop kesayangan dan dua ibu bapa yang sudah tua.

    Saya ada satu teratak yang saya buat khas untuk kumpulkan puisi-puisi saya,iaitu di alamat

    http://ritzail.blogspot.com

    atau Laman Puisi BintangSuraya.Ini memang tempat untuk menikamkan luahan kesusasteraan dan kesenian jiwa saya yang halus dan abstrak.

    Dr.,seperti yang kita ketahui,kerajaan sudah bersetuju untuk mansuhkan PPMSI mulai 2011-2012.Jadi sebagai individu yang mahir dalam dua bahasa penting tanahair ini apakah pandangan Dr. dalam hal ini?

    p/s:macam temuramah la pulak :D

    ReplyDelete
  2. Sdr Ritzail,
    PPSMI tidak patut dilaksanakan sama sekali. Ketiga-ketiga novel saya, "Hikayat Neogenesis", Fitrah Kimia dan "Panggil Aku Melaju" adalah merupakan manifestasi bantahan halus terhadap perlaksanaannya.
    Semua bahasa dunia harus diajar tetapi kita tidak memiliki tenaga pengajar, malah guru-guru yang mahir untuk mengajar S&M dalam BI juga tidak mencukupi.
    Jika PPSMI diteruskan pasti BM akan berkubur di negara/i nya sendiri.

    ReplyDelete
  3. Salam Dr,
    Saya sukakan frasa itu,'English as a Tool Not Soul'. Walau saya pensyarah bahasa Inggeris,saya juga tidak bersetuju dengan PPSMI kerana berpendapat ada cara lain yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa.

    ReplyDelete