Showing posts with label Sastera. Show all posts
Showing posts with label Sastera. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

Oedipus Versus Electra Kompleks





Evolusi Elektra di ruang-masa yang berbeza.











Lewat beberapa hari yang lalu, saya dikunjungi penulis ternama dari Negeri Sembilan, Nisah Harun. Kami bertukar kado buku yang telah ditandatangi masing-masing penulis.

Judul antalogi beliau cepat menarik perhatian saya. Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (CSRO) meskipun telah ditulis lebih sedekad lalu dan memenangi anugerah, saya tidak berkesempatan membacanya. Lalu, di antara celah masa yang langka, saya menerokai CSRO kerana Oedipus sangat dekat dengan saya sejak 35 tahun yang lalu.

CSRO sangat bagus kerana saya membaui aura pembaharuan. Penulis sedar tentang konsep time-space. Sebab itu penulis tidak menggunakan babak, bab, numerikal I atau II dsbnya tetapi Ruang. Apakah beliau yang pertama kali menggunakannya, saya tidak pasti. Penggunakannya cukup tepat kerana ianya merujukan kepada RUANG MINDA KREATIF penulis.

Di ruang-ruang ini, Nisah mengadun secara kreatif dan intelek dua mitos Greek dan Sunda, masing-masing mewakili Barat dan Timur dalam suatu wadah imaginatif yang bersifat eksperimental di tengah-tengah kemelut sosial sumbang mahram di kalangan masyarakat Melayu Malaysia.

Banyak orang (saya selalu diperbetulkan oleh guru-guru bahasa; ramai orang) mengenal Oedipus tetapi kurang mengenal Elektra. Ketika saya bertugas di Hospital Umum di Kuching tahun 1979, saya terkejut adanya Elektra House, sebuah pusat membelibelah. Tak pasti apakah pemiliknya kenal mitos puteri Elektra. Mitos Elektra sudah diketahui masyarakat Kuching, hebat!

Sebenarnya Elektra Complex merupakan kebalikannya Oedipus Complex. Elektra oleh Jung & Frued dilambangkan sebagai keinginan libidal anak perempuan terhadap bapa biologisnya. Begitu juga dengan Oedipus Complex dirujuk pada kecelaruan perkembangan psiko-seksual anak lelaki terhadap ibu kandungannya.

Di masa kini kedua-dua kompleks, Oedipus dan Elektra dianggap dongengan Frued dan Jung sahaja. Malah mereka ditertawakan oleh kalangan psychologis dan psychiatris modern yang berorientasi pada gangguan kimiawi otak, salah wiring sirkuit otak dan genetik.








Rahmat Haroun Hashim.