Tuesday, September 28, 2010

EVOLUSI SEEKOR MANUSIA



EVOLUSI SEEKOR MANUSIA

Di kala lampau evolusi bersilam
Moyangku seekor ikan berinsang enam
berenang di air ketuban
membina kekotak hox bersegmen-vertebra
tumbuh tunas sirip bertungkai hasta
kaki menerjang lengan mendepa
Tanpa kusedar ekorku hilang
Tungkai-tungkaiku memanjang
Damailah kamu riang berenang
Di laut tenang pernah bertandang
Selamat tinggal duyung-dugong tersayang
Aku mendaki dataran terbentang
Sesekali aku akan pulang.....

Rahmat Haroun MD

Saturday, September 11, 2010

PANGGIL AKU MELAJU: RESENSI NOVEL OLEH SEORANG PROFESOR PSIKIATRI


Panggil Aku Melaju ini adalah sebuah novel yang ditulis oleh seorang doktor perubatan yang minat menulis bergenrekan medical-fiction. Membaca novel ini saya merasakan seolah-olah Dr Rahmat mengklonkan dirinya sebagai Dr Ridzuan, ahli arkeologi yang mempunyai masalah mental dan enggan mengaku dirinya berbangsa Melayu sebaliknya mencipta neologisme Melaju. Kalaulah ia dianggap sebagai kritikan sinis terhadap kelemahan bangsa Melayu, memang ironis, kerana syntax Melayu, bangsa binasa...(sekurang-kurangnya binasa dalam minda bawah sadar Dr Ridzuan)!

Novel ini memberikan banyak pengalaman baru kepada pembaca terutama dari segi kepelbagaian disiplin ilmu yang jarang diterokai seperti filologi (sejarah dan asal-usul bahasa), ethnolinguistik (kajian bahasa puak ethnik minoriti) dan tentu sekali bidang yang saya ceburi. Saya sekadar boleh tersenyum sinis dengan kritikan sinikal terhadap Datuk Kamarudin samada kerana pengalaman lampau saya atau kerana sterotaip yang sering digambarkan kepada golongan ini.

Cuma saya tidak pasti kebenaran akan tesis pengarang dalam meletak tanggungjawab terhadap sarjana Barat dalam mengusulkan nama Malay hasil daripada transformasi malaise ke malas dan seterusnya ke Malay (m/s 346). Jika benar, ia kelihatan seperti memang direncanakan.

Mungkin persepsi penjajah itulah yang menyemarakan perdebatan Mahathir vs. Syed Hussin Al Atas dalam era 60-an apabila pihak pertama mempertahankan teori social Darwinism melalui The Malay Dilemma sementara pihak yang kedua mematahkannya dengan meletak kesalahan kepada penjajah melalui The Myth of The Lazy Native. Dalam kedua-dua teks yang popular itu, tidak pula dijumpai assertion seperti tesis pengarang di atas!

Novel ini memberi pengolahan yang panjang tentang kronologi delusi ethnik Dr Ridzuan yang bermula dari Pulau Ilha Farmosa sehingga ia bercantum dengan realiti apabila Dr Ridzuan beransur pulih dari penyakitnya; barulah pembaca tahu ia sebahagian daripada kajiannya tentang asal usul bangsa Melayu. Cuma sebagai pembaca yang laju saya agak tidak sabar dengan delusi sedemikian dan tercari-cari asal usul si Pengkhayal dan gagal menjumpainya sehingga habis membaca novel ini.

Kelemahan yang ketara bagi saya adalah penggunaan beberapa ayat yang kurang digunakan lagi dikalangan psikiatris seperti hebephrenic schizophrenia kerana psikiatris lebih berkiblatkan DSM-IV daripada ICD-10. Keduanya, penggunaan ayat psikoterapi yang merujuk kepada ubat-ubatan (m/s 36, 37 dan 44) yang sepatutnya ditukar kepada ubat psikotrofik. Kes sembahyang mayat dua kali dan enggan menjamah daging atas isu dua parti juga tidak meyakinkan saya kerana ia bukan perkara fardzu yang dipertikaikan (m/s 38, 39) dan akhir sekali, saya juga tidak pasti tentang penjelasan “makan” melalui disiplin kinestatik dan ethnolinguistik itu fiksi atau fakta.

Apa pun saya teruja membaca tulisan Dr Rahmat ini selepas DiArTi yang saya baca beberapa tahun lepas. Masih terbau formalin di bilik bedah mayat, Jabatan Anatomi dalam karya tersebut. Tahniah kerana berjaya melepasi kesukaran dalam penulisan novel ini. Beliau membuka minda saya dalam banyak hal setelah habis membacanya.

[Resensi novel ini ditulis dengan keizinan pengarang]

SECEBIS SEJARAH HIDUP DI TEBING DAN MUARA SG PINANG


Sungai Pinang Dahulu dan Sekarang.

Penulis dirakam foto still oleh Ayahnda Haroun yang amat berminat dalam fotografi.
Kamera second-hand yang dibeli beliau di Kedai Pajak Gadai di Singapura dengan harga 16 ringgit di zaman beliau mengikut troope bangsawan Din-Tejah.


(Tulisan bapak yang menulis nama Kak Pah (Khamariah) dan nama saya sebagai 'Rhamat'



Sekitar tahun 1952, saya tinggal di tebing Sungai Pinang, Pulau Pinang. Muara sungainya boleh kelihatan dari para tempat emak membasuh pinggang-mangkuk.

Yang menghairankan saya, ingatan atau lebih tepat long-term memory saya masih jelas mengimbau imej-imej dari kehidupan seharian di Sungai Pinang.

Imej-imej itu walaupun dirakam pada usia bocah dua tahun namun ianya masih kekal berlegar dalam benak hippocampus saya (tempat penyimpan memori). Dan kerap menayangkan semula peristiwa-peristiwa harian yang pernah saya alami.

Suatu memori trivial yang sering berulang ialah saya dan dua kakak saya (Kak Pah dan Kak Lat) bermain-main dengan gerakan air pasang di halaman rumah. Masanya tengahari gedik (istilah Melayu Tanjung/Penang) dengan panas terik, saya akan menanti pergerakan air pasang menghampir kaki dan kemudian berundur. Kak Pah di depan saya dan saya hanya agak Kak Lat di belakang. Tetapi wajah Kak Lat tidak terakam, hanya perasaan merasa seseorang ada di belakang.

Imej-imej lain termasuk flora-fauna di sekitar rumah, anak-anak pokok bakau, rumput-lalang, sarang udang ketak (lobsters) yang menggunung dengan tengahnya berlubang dan Sungai Pinang yang bersih pristin.

Menuruk Kak Pah, air Sg Pinang yang jernih itu berbeza sekali keadaannya kini dan tahun 80an ketika saya berpeluang menghampiri sungai itu dari kejauhan, nyata sangat kotor, tercemar dan berwarna hitam legam akibat pembuangan minyak hitam dan polutan lain-lainnya. Dulu lumpur dan selut berwarna hijau muda seperti warna foliage dedaunan pohon bakau yang merimbuni tebing yang tidak didudukki penghuni. Air Sungai Pinang tahun 1952 itu merupakan habitat pelbagai hidupan marin unik pertembungan air tawar dan masin. Dari ikan-ikan yang berjenis-jenis, ketam-ketam, belacak dan macam-macam makhluk marin tawar-masin. Anda tidak memerlukan jala atau kail untuk menangkap ikan-ikan itu. Cukup sehelai kain batik lusuh yang dipegang di penjuru-penjurunya dan tidak memerlukan masa yang lalu untuk menunggu masa yang lama bagi ikan-ikan itu memasukki bubu kain batik. Kain batik lusuh itu jua diguna untuk menangkap udang-ketak (lobsters) dengan memasukkan hujung kain batik ke dalam pintu puncak bukit sarangnya. Losters itu akan mengepit pada hujung kain batik, kita cuma menariknya keluar.

Yang menghairankan saya, bagaimana mungkin saya mampu mengimbau dengan jelas meskipun terpencar-pencar pengalaman visual pada usia cilik dua tahun. Tetapi ianya suatu kenyataan rakaman minda yang tidak dapat saya nafikan.

Mengambil pengajaran dari pengalaman ini memperkuatkan ikhtiar untuk mempromasikan pendidikan pra-sekolah lebih awal pada kanak-kanak Malaysia pada usia tiga tahun. Malahan, program pendidikan harus bermula sejak dalam kandungan ibu 8 minggu dan dilanjutkan semasa nurseri dan bermula mengajar membaca pada bayi 2 bulan.

Semoga perkongsian pengalaman masa bayi dua tahun boleh dijadikan asas pendidikan awal bayi dan kanak-kanak dalam merangsang pembentukan hubungan dendrit-dendrit antara sel-sel neuron di otak mereka. Dan jika anak-anak saudara yang merancang untuk mendapat anak, posting-posting awal "Memperkasa Melayu melalui genetik'' adalah relavan.







Wednesday, September 8, 2010

RENDAHKAN KELAYAKAN USIA MENGUNDI


Banyak perkara yang menjadi amalan di Malaysia kita warisi dari British. Meskipun di negara bekas penjajah itu peraturan-peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan mereka sudah lapuk dan telah lama diganti atau dirombak. Namun kita masih bergayut pada peraturan lapuk itu.

Dalam usaha mengekang kalangan mahasiswa dari terlibat aktif dalam politik, Malaysia mengekalkan kelayakan usia mengundi pada umur 21 tahun. Jika sesorang mahasiswa itu biarpun melampaui usia 21 tahun, dia masih tidak boleh secara aktif terlibat dengan sebarang partai politik. Bukan sahaja mahasiswa malahan seluruh komuniti akademia (staff pengajar IPTA) tidak dibenarkan menyertai sebarang partai politik. Yang menghairankan, guru-guru kini dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Seolah-olah memberitahu kita; tidak mengapa politik masuk ke sekolah tetapi dilarang masuk kampus universiti. Apa pun, strategi itu tidak mengambar konsistensi dalam pembuatan dasar. Jelas sekali amat prejudis terhadap komuniti kampus.

Kembali kepada usia mengundi, sudah ketinggalan zaman jika kita mengekalkan umur 21 tahun sebagai had kematangan untuk mengundi. Tidakkah kita hairan kenapa umur dewasa dari aspek undang-undang hanya memerlukan usia 18 tahun bagi seorang mempertanggung-jawabkan perbuatan atau tindakannya. Batas 18 tahun itu menentukan seorang ke tali gantung atau ditahan atas budibicara Sultan atau Yang Dipertuan Agung bila sabit kesalahan jenayah berat dan atau pemilikan dadah. Ketimpangan ini sungguh ketara. Ia memperlihatkan ketidak-adilan dan merendahkan kemampuan berfikir seseorang yang secara undang-undang ditakrifkan sebagai dewasa.

Di UK, negara asal peraturan ini diturunkan kepada Malaya dan kemudian Malaysia sudah berakhir sejak tahun 1969 lagi. Pada tahun 2010, Malaysia Modern dan bakal Negara Maju masih gentar untuk menobatkan usia 18 tahun sebagai umur layak mengundi. Malah USA mengikut jejak British membolehkan mereka berusia 18 tahun ke atas boleh ke peti undi untuk menentukan siapa bakal memerintah negeri-negeri dan negara Malaysia.


Kini di UK and USA, ada pendapat dan pandangan untuk menurunkan lagi umur kelayakan ke usia yang lebih rendah lagi iaitu pada usia 16 tahun. Bila kita akan mengorak langkah untuk memberikan hak mengundi pada mereka yang mencapai usia 18 tahun. Umur ini pasti konsisten dengan umur dewasa berdasarkan undang-undang negara ini. Benarkan generasi muda mengundi awal.

Monday, September 6, 2010

OLIVE OIL CAKE








The Olive oil cake that I made
for patients with heartache
In order to make the cake
get the finest olive oil in the market
with mono fatty acid but unsaturated
Mixed it with grade A high Omega 3 eggs
Blended with baking flour low in Omega 6
Omega 3, 9 and 6 in the right mix
your heartache could be easily fixed.



Friday, September 3, 2010

SAMPAI BILA MALAYSIA MENJADI KARUNG TINJU INDONESIA


(Perhatikan kanak-kanak diperalat untuk membenci Malaysia dengan disuruh memijak Jalur Gemilang).

Secara berkala, masyarakat Malaysia akan dikejutkan dengan tindakan bantahan segelintir rakyat Indonesia (0.00231% dari jumlah penduduk Indonesia 260juta) yang berulang kali membakar bendera Sang Jalur Gemilang. Tidak cukup dengan itu, mereka juga membaling najis manusia ke halaman Kedutaan Malaysia di Jakarta.


Tiap kali ada kemelut dalaman Indonesia, media Indonesia (wartawan amplop; maksud wartawan yang dibayar untuk mengarang berita atas arahan tuan pembayar) akan mendeviasi isu sebenar kepada Malaysia dan menjadi Malaysia sebagai karung tinju buat sepak-terajang rakyat awam Indonesia yang selalu diperkuda untuk matlamat fraksi-fraksi politik yang kecewa dan kalah di peti undi.


Jangan lupa Indonesia terdiri fraksi-fraksi politik yang majemuk. Ada fraksi-fraksi politik Indonesia merupakan simpatisan Partai Komunis Indonesia yang diharamkan. Dilaporkan setengah juta anggota PKI hilang tanpa jejak selain yang ditahan Pulau Buru. Pembebasan tahanan PKI dari Pulau Buru dan simpatisan PKI yang mana ratus ribu anggota keluarga PKI ghaib pasti berdendam. Biarpun tidak dilafaz, kebencian mereka pada Malaysia memang ketara. Mereka bergerak aktif dengan bertopengkan partai-partai baru sepert PDI (pimpinan Soekarnoputeri) sebagai kumpulan militia BENDERA yang pasti dinafikan oleh pucuk pimpinan partai sebagai anggota partai mereka.


Mereka ini tidak suka pada Malaysia kerana anggapan mereka bahawa Malaysia ada memainkan peranan aktif dalam jatuhnya order lama (dimana PKI mendominasi NASAKOMnya Soekarno) diganti dengan order baru dibawah pimpinan Lt Gen Soeharto walaupun semua kerja-kerja sulit CIA.


Residivis-residivis PKI ini melancarkan perang saraf dengan mau menggerak massa Indonesia membenci Malaysia dengan pelbagai rangkaian demonstrasi demi demontrasi. Kita kehabisan menghitung berapa banyak tunjuk perasaan yang diadakan. Tidak pernah pula kita dengar, rakyat Thailand berdemonstasi di Kedutaan kita di Bangkok kerana nelayan mereka ditangkap mencerobohi perairan kita. Kapal-kapal nelayan dan pukat Thai disita, malah kerana tidak dituntut buat sekian lama, sitaan dijadikan tukun ikan dengan menenggelamkannya di tengah laut. Tidak pernah rakyat Thai membuat sebarang protes. Mereka dengan patuh melalui proses undang-undang yang sedia sah ada di negara kita.


Isu penahanan sementara pegawai-pegawai Department Kelautan dan Perikanan Indonesia dijadikan alasan demonstrasi kotor puak-puak yang mahu mendeviasi kemelut inflasi yang paling teruk sejak akhir-akhir ini, apabila rakyat Indonesia dilarang atau dianjurkan tidak menyebut perkataan juta pada wang kertas mereka. Jika wang 10 juta rupiah, harus disebut 10 rupiah sahaja.

Terakhir sejumlah 24 MP (Wakil Rakyat) bakal didakwa di muka pengadilan oleh KPK (Komisi Pencegahan Korupsi) atas tuduhan korupsi. Rentetan peristiwa-peristiwa dalaman ini mengundang pihak tertentu untuk berbuat sesuatu yang mampu memindahkan perhatian rakyat dari isu korupsi 24 orang MP kepada gerakan ganyang Malaysia. Media Indonesia akan menumpukan pada penahanan pegawai Departmen Kelautan dan Perikanan mereka. Lalu mereka menuntut Kerajaan Malaysia meminta maaf. Bila kerajaan enggan meminta maaf, mereka melancarkan satu lagi gelombang ganyang Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.

Sesiapa pun dapat membeayai demonstrans upahan agar paparan berita kisah pembakaran dan pemijakan bendera Malaysia mampu mengalihkan perhatian rakyat Indonesia agar isu-isu dalaman tenggelam dengan propaganda kebencian kepada Malaysia dan rakyatnya.
Rakyat Indonesia selalu keliru. Bila mereka pertama kali merdeka dari Belanda, rakyat tidak mahu membayar tambang bas kerana itulah makna merdeka buat mereka. Bila mereka memperolehi demokrasi sepenuhnya selepas jatuhnya pemerintahan Soeharto, demokrasi ditandai dengan kebebasan bersuara biarpun apa yang dilaongkan fitnah maupun dusta. Kebebasan bersuara, berdemonstrasi tanpa perlu meminta sebarang permit apa pun. Jadi, rakyat Malaysia harus menerima hakikat bahawa polis mereka tidak akan menahan sesiapa yang ingin tunjuk perasaan di depan Kedutaan Malaysia. Lain pula halnya, bila 2 orang mahasiswa Malaysia ingat tunjuk perasan di Kedubes RI di KL, mereka dicekup polis sebelum sempat pun membakar bendera Sang Saka Merah Putih. Di Indonesia, pembakaran bendera Malaysia bukan suatu kesalahan, polis RI yang berada di situ, menunggu sampai Jalur Gemilang terbakar hanggus.


Sebelum ini demonstrasi terakhir beberapa bulan lalu dibuat di hadapan Kedutaan besar Malaysia di Jakarta merupakan upaya deviasi media kepada skandal terbesar yang dijulukki melalui metafora "CICAK VERSUS BUAYA".

Cicak diwakili KPK (Komisi Pencegahan Korupsi) biro pencegahan rasuah yang tertinggi di Indonesia dan buaya diwakili oleh POLRI (Polisi Republik Indoensia. Pertelingkan KPK Vs Polri melibatkan cinta tiga segi, zina, skandal seks, korupsi, peras ugut, pembunuhan antara pemain-pemain teater Cicak versus Buaya. Akhirnya sang cicak (orang no 1 di BPR Indonesia) dijatuhkan hukum penjara kerana membunuh, cicak 2 dan cicak 3 kena bedalan (buaya) hukum. POLRI pun tercalar akibat pergelutan antara Cicak dan Buaya. Bayangkan di Malaysia, bagaiamana jadinya Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah BPR Malaysia saling melemparkan tuduhan kriminal terhadap satu sama lain. Tentulah perlu direncana "MEGA-DEVIASI berita" agar rakyat Indonesia tidak melancarkan demontrasi kepada Pemerintah, maka oknum-oknum tertentu/badan inteligensi mencipta usaha pengalihan perhatian rakyat kepada propaganda bencikan Malaysia melalu perang saraf yang sudah lapuk dan usang iaitu GANYANG MALAYSIA.


Begitulah jugalah hubungan Malaysia-Indonesia yang sentisa panas sejak wilayah Sipadan dan kebanyakan tuntuhan daearh laut bertindih yang belum selesai dirundingkan. Tetapi apa pun yang terjadi, Malaysia akan terus menjadi "Karung Tinju" Indonesia sedangkan pemindahan haram wang rakayat Indonesia ke Singapura berbilion USD tidak mendapat sepak-terajang dan tumbukan pada Karung Tinju Singapura. Singapura yang menerima wang panas hak rakyat Indonesia berbilion USD jumlahnya tidak dianggap pencuri, tetapi kita yang mengakui rendang itu salah satu makanan warisan dikecam sebagai pencuri dengan julukan Malingsia. Tanah-tanah di Batam dijual/digadai, pasir-pasir diseludup ke Singapura tanpa sebarang bantahan atau demonstrasi rakyat Indonesia di Kedutaan Singapura, Jakarta.
Rasional dan adilkah demokrasi dan demonstrasi Indonesia terhadap 'adik tiri'nya (Malaysia)?

Kapan Malaysia terus menjadi karung tinju Indonesia? Ianya harus berakhir.
Dr Rahmat Haroun MD
Langkawi 4 September 2010.