Wednesday, September 8, 2010

RENDAHKAN KELAYAKAN USIA MENGUNDI


Banyak perkara yang menjadi amalan di Malaysia kita warisi dari British. Meskipun di negara bekas penjajah itu peraturan-peraturan dan undang-undang yang diperkenalkan mereka sudah lapuk dan telah lama diganti atau dirombak. Namun kita masih bergayut pada peraturan lapuk itu.

Dalam usaha mengekang kalangan mahasiswa dari terlibat aktif dalam politik, Malaysia mengekalkan kelayakan usia mengundi pada umur 21 tahun. Jika sesorang mahasiswa itu biarpun melampaui usia 21 tahun, dia masih tidak boleh secara aktif terlibat dengan sebarang partai politik. Bukan sahaja mahasiswa malahan seluruh komuniti akademia (staff pengajar IPTA) tidak dibenarkan menyertai sebarang partai politik. Yang menghairankan, guru-guru kini dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Seolah-olah memberitahu kita; tidak mengapa politik masuk ke sekolah tetapi dilarang masuk kampus universiti. Apa pun, strategi itu tidak mengambar konsistensi dalam pembuatan dasar. Jelas sekali amat prejudis terhadap komuniti kampus.

Kembali kepada usia mengundi, sudah ketinggalan zaman jika kita mengekalkan umur 21 tahun sebagai had kematangan untuk mengundi. Tidakkah kita hairan kenapa umur dewasa dari aspek undang-undang hanya memerlukan usia 18 tahun bagi seorang mempertanggung-jawabkan perbuatan atau tindakannya. Batas 18 tahun itu menentukan seorang ke tali gantung atau ditahan atas budibicara Sultan atau Yang Dipertuan Agung bila sabit kesalahan jenayah berat dan atau pemilikan dadah. Ketimpangan ini sungguh ketara. Ia memperlihatkan ketidak-adilan dan merendahkan kemampuan berfikir seseorang yang secara undang-undang ditakrifkan sebagai dewasa.

Di UK, negara asal peraturan ini diturunkan kepada Malaya dan kemudian Malaysia sudah berakhir sejak tahun 1969 lagi. Pada tahun 2010, Malaysia Modern dan bakal Negara Maju masih gentar untuk menobatkan usia 18 tahun sebagai umur layak mengundi. Malah USA mengikut jejak British membolehkan mereka berusia 18 tahun ke atas boleh ke peti undi untuk menentukan siapa bakal memerintah negeri-negeri dan negara Malaysia.


Kini di UK and USA, ada pendapat dan pandangan untuk menurunkan lagi umur kelayakan ke usia yang lebih rendah lagi iaitu pada usia 16 tahun. Bila kita akan mengorak langkah untuk memberikan hak mengundi pada mereka yang mencapai usia 18 tahun. Umur ini pasti konsisten dengan umur dewasa berdasarkan undang-undang negara ini. Benarkan generasi muda mengundi awal.

No comments:

Post a Comment