Wednesday, September 28, 2011

KUNJUNGAN SEMULA MANUKLON SELEPAS 2 DEKAD


Review: Manuklon by Dr Rahmat Haroun
Setiap bangsa yang lemah, akan tertindas oleh yang kuat, dan selagi tiada yang berani, akan selamanya menjadi tawanan di bumi sendiri.

Masih ingat petikan dari Al-Quran?

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Sejarah dah buktikan, dalam setiap peradaban manusia, akan wujud satu watak yang menjadi diktator, atau sesuatu bangsa yang menjadi penjajah kepada kaum yang gagal mempertahankan tanahair mereka. Ini adalah skrip oleh Tuhan sebagai ujian dan teladan bagi kaum yang dikehendaki-Nya.

England, Sepanyol, Belanda, menjadi kuasa besar yang menawan dunia melalui laluan Lautan sebelum Jepun dan Jerman dan Russia muncul menjelang awal abad 20. Kemudian, secara perlahan-lahan, Amerika menjadi 'polis dunia' selepas Perang Dunia ke II.

Apa kah prinsip utama dalam menguasai sesuatu kaum?

Bagi pengamatan saya, apabila suatu bangsa itu lebih Maju dari segi ketenteraan (bilangan dan fizikal), teknologi (persenjataan, binaan Kubu yang dimajukan oleh Tentera Islam, dan kenderaan samada penggunaan haiwan, pesawat, dll), akademik (kajian dan pengajian yang dijalankan tanpa henti), politik (pemerintah yang bijak, muslihat dan diplomasi yang berkesan), ia mampu menakluk bangsa yang lain, dengan syarat utama iaitu segala faktor dan kelebihan yg ada pada Bangsa yang Maju ini, tiada pada kaum yang Lemah.

Walaubagaimanapun, ada suatu faktor yang tersangat kuat iaitu Semangat dan Motivasi yang tinggi. Selagi ada faktor ini, dengan izin Tuhan, sebarang serangan dapat di tempis dan kekal lah Bangsa itu tidak dijajah.

Dr Rahmat Haroun menampilkan tema sebegini dengan penuh bergaya menerusi 'Manuklon' yang begitu ke hadapan dari zamannya.

Hakikat yang karya ini di terbitkan pada 1991, dan tema serta fiksyen nya masih relevan ke hari ini, sangat mengagumkan.

Manuklon (1991)
Dr Rahmat Haroun
228 Mukasurat, Dewan Bahasa dan Pustaka.



Azizi@Khairil Marzuki@Taming 3@Ketua 1 adalah seorang perajurit manusia purist dalam TENAMA pada tahun 2097 ketika bangsa Melayu Manusia tertindas oleh Bangsa Manuklon (Manusia Klon). Azizi yang diselamatkan Tuhan daripada terbunuh bersama anggota Platun nya yang lain dalam satu operasi ke Kubanah Nuang, kemudiannya terpilih menjadi Taming 3 iaitu perisik SKK dalam gerakan mahasiswa PEMATRA di ITM dan diberikan identiti baru bernama Khairil Marzuki. PEMATRA menjadi agen penggerak mahasiswa sebagai sebahagian operasi TENAMA menjatuhkan pemerintah yang terdiri daripada Manuklon.

Paduka Presiden, dan keseluruhan Menteri adalah terdiri daripada Manuklon. Terdapat satu institusi lain iaitu 15 Hakim Mahkamah Theta Agung yang menjadi penggerak sistem kehakiman yang terdiri daripada Megabot (Revolusi daripada Robot yang menjadi Manubot dan kemudian, Megabot). Sistem ini di lihat lebih cekap dalam mengendalikan Judisiari berbanding manusia yang memerlukan masa berbulan dan bertahun2 untuk menyelesaikan sesuatu kes.

Bangsa Manuklon yang mempunyai kecerdasan IQ 3 kali ganda dari manusia, memandang rendah kepada manusia dan mereka menguasai bumi Malaysia dalam segenap aspek. Hampir 100 tahun, negara telah diatur oleh mereka dan kini, mereka makin melampau dan ingin melaksanakan AKU (Akta Kuasa Undi) di mana bagi dalam pilihan raya, undi manusia di kira sebagai 1 manakala undi manuklon di kira sebagai 5.

Isu ini tambah menyemarakkan lagi semangat manusia untuk bangkit melawan manuklon. Oleh itu, PEMATRA bekerjasama dengan AJIMA menerusi Ketua Pemuda nya, Irca, menyerang saintis, Dr Imran yang sedang dalam usaha menghasilkan sejenis senjata biologi yang hanya membunuh manusia.

Seiring dengan itu, TENAMA yang sebelum ini bergerak secara bawah tanah bertindak menyebarkan berita-berita yang sebenar demi menyemarakkan semangat kaum Manusia dalam melawan penjajah Manuklon.

Akhirnya, bangsa Manuklon tewas dan Manusia memenangi peperangan dan akhirnya kembali mentadbir Manusia pada penghujung abad 21.

Terdapat juga subplot di mana Khairil Marzuki berkahwin dengan Mardianah, adik kepada sahabat Azizi semasa beliau di dalam platun T-4334, Zaki yang terbunuh akibat di patuk ular. Sebelum meninggal dunia, Zaki sempat meminta Azizi menjaga ahli keluarganya dan Azizi memakai kalung milik Zaki selepas itu sehinggalah beliau bertukar identiti kepada Khairil Marzuki.

Mardianah yang jelita hampir menjadi mangsa kerakusan Mabarcil, peguam manuklon ketika dia berusaha membebaskan ibunya yang di tawan pemerintah kerana di sangka menjadi talibarut AJIMA.

.........................................................

Fuhh.... Kompleks tak?

Namun Dr Rahmat Haroun berjaya mempersembahkan karya beliau dengan penuh bergaya dan berkesan tanpa mengelirukan pembaca.

Oh ya, mungkin jika anda biasa menonton filem sains fiksyen, boleh membantu dalam mendapat gambaran yang lebih jelas.

Tema kemanusiaan tersangat jelas dalam novel ini apabila manusia dilihat begitu tertindas di tanah air mereka sendiri. Penulis sempat menyelitkan unsur-unsur islamik yang tidak begitu ketara, hanya Islam Melayu seperti solat, hukum nikah kahwin dan persoalan halal dan haram dalam GMF.

Terdapat juga tema antara dua darjat apabila membandingkan kecanggihan dan kemajuan Manuklon berbanding Manusia yang masih menggunakan senjata yang di anggap antik dan tinggal dalam kesempitan hidup sementara Manuklon yang hidup mewah.

Plotnya berjalan lancar, di tulis secara linear. Dari awal, kita akan berkenalan dengan Azizi yang kemudian mulai mengikuti pengembaraan nya bersama rakan-rakan di dalam hutan demi meneruskan misi ke Kubanah Nuang. Masa ni terasa macam tengah baca siri Famous 5 cuma watak dan latar belakang berbeza. Ahaks..

Kemudian, plot pengubahan identiti oleh Kolonel Lumping. (Woaa.. memang cool abes Kolonel Lumping ni). Namun tidak pula di ceritakan bagaimana Khairul Marzuki tiba-tiba sahaja menjadi Ketua 1. Saya menggemari adegan pengenalan Khairil sebagai Ketua 1. Macam tak sengaja dan bersahaja.

Seterusnya, masa Taming 3 bertemu dengan Taming 2, ada ala-ala James Bond dan cerita spy macam Leonardo diCaprio pernah berlakon tapi lupa pula apa nama cerita nya..

dan seterusnya, bersulam antara babak kasih sayang Khairil dan Mardianah dan babak pertempuran dan kemuncak nya adalah pendedahan identiti Taming 1 dan Taming 2 dan kejatuhan empayar Manuklon.

Saya agak biasa dengan tema sebegini. Jadi memang sedikit mudah untuk meneruskan pembacaan. Cuma rasa tercabar dengan kemampuan penulis dalam menghasilkan karya yang versatil sehingga 2097 kerana kemampuan beliau dalam mentafsir masa depan jika saintis menghasilkan manusia klon.

Mungkin pada 2097, ada pembaca yang membaca karya ini dan terfikir, Eh, takde pun jadi macam ni?? Ya lah.. sebab takde manusia klon pun yang berjaya hidup. Semua mati. Atau mungkin yang berkata, Ek Eleh, tak canggih pun Malaysia sekarang ni.. atau apa-apa sahaja lah yang mungkin terlahir dalam benak fikiran mereka.

Terima kasih atas pemberian karya ini, semoga saya berkesempatan lagi membaca karya sebegini dan menyelami minda penulis Malaysia yang tidak kurang hebatnya. =)

Wallahua'lam..
Kotak Daku Farahanani Amhazali Kotak Berwaktu 8:02 AM
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

Kotak-kotak Kotak Ulasan
5 Peng-Kotak-an:
Pei Pan said...
Ramai yang cakap novel Dr. Rahmat bagus tapi sehingga hari ini walaupun sudah miliki Terang Bulan dan Manuklon - masih belum membacanya.

Bolehlah baca novel terbaru beliau - Panggil Aku Melaju. Tentang orang Melayu malu mengaku Melayu.
July 7, 2011 6:51 AM
Farahanani Amhazali said...
Laa... Belum baca ke?? Then.. baik nya hati bagi kat orang lain..

Pujian saya spesifik kepada Manuklon.. belum baca karya yang lain lagi.. Jadi tak boleh kata apa2..

Nanti saya baca, saya review ya!
July 9, 2011 12:12 AM
Pei Pan said...
Saya beli 2 novel. Satu untuk saya, satu untuk awak. Nantilah saya baca. Saya kurang minat sains fiksyen tapi akan cuba baca.
July 9, 2011 11:55 PM
Farahanani Amhazali said...
Heh.. barangkali mencabar utk membaca sains fiksyen bagi awak..

macam saya ni, memang susah nak baca motivational novel. takut nanges!

huhu..
July 10, 2011 12:36 AM
Farahanani Amhazali said...
"Saya beli 2 novel. Satu untuk saya, satu untuk awak."

suka nya ayat tu.. HOHO
July 10, 2011 1:25 AM
Post a Comment

8 comments:

  1. Kupasan 'Manuklon' terbaik yang penulis pernah baca.

    ReplyDelete
  2. Di DBP tempat saya tinggal bukunya tidak laku, berhabuk. Saya berasa sedih melihat keadaan itu. Lalu, saya beli novel ini untuk di hadiahkan kepada kawan-kawan. Saya beli 6 buah ke semuanya. (Saya tahu saya tamak dengan tidak meninggalkan walau sebuah pun)

    Saya rasa karya yang hebat patut di jadikan hadiah untuk khalayak membacanya. Saya akan terus membeli dan memberi secara percuma selagi ada kaki buku yang mahu membaca - tidak kiralah apa juga bentuk karya.

    Mungkin, saya berasa sedih melihat buku-buku berhabuk di kedai. Sebagai individu, itu sajalah yang saya mampu lakukan.

    ReplyDelete
  3. Salam..

    Terima kasih atas kesudian menyiarkan review saya yang ada unsur 'gila-gila' ini..

    Tapi karya tuan memang shockingly fantastik!

    Orang muda sekarang..(macam saya ni) jahil dengan kehebatan orang2 seperti tuan.

    Maafkan kami..

    ^_^

    ReplyDelete
  4. Memang Manuklon pernah dijual di gudang pada harga RM 2 dan malah RM 1. Juga Terima kasih kepada anda berdua kerana meluangkan masa membaca dan membuat review yang mencapai matlamat penulisannya. Barangkali itu saja yang bakal saya tinggalkan untuk tatapan pembaca 2097.
    HD TV dan monitor, penggunaan disc dah jadi kenyataan, penggunaan cap jari telah digunakan sekurang-kurang dibeberapa perkhidmatan termasuk KWSP dan lain-lain tetapi belum menyeluruh. Cadangan rancangan tukar kerja antara pekerja awam maupun swasta atas dasar kedekatan kedudukan rumah dan tempat kerja, tidak mendapat perhatian. Usaha mengatasi kekesalan lalulintas di ttahab rendah. Sama sekali tidak menghampiri kenyataan ialah AGA, anti gravity aircraft yang mengguna tenaga graviti sebagai sumber tenaga. Sama seperti air,angin dan api telah digunakan sebagai tenaga tetapi tenaga graviti hanya digunakan secara pasif.

    ReplyDelete
  5. Dr Rahmat, saya mahu menmbuat kertas kerja mengenai novel Fitrah Kimiawi. Kertas kerja ini untuk DBP. Malangnya saya tidak dapat mencari novel ini di Perpustakaan Negara mahupun di kedai buku. Bagaimana saya mahu mendapatkan senaskah buku ini? Saya berharap Dr boleh tolong saya kerana saya perlu siapkan proposal ini sebelum 31 December 2011.

    ReplyDelete
  6. Salam Dr,

    Sejak cubaan saya menulis ulasan Manuklon ini, dan mendapat komen positif dari Dr sendiri, sejak itu saya bersemangat untuk meneruskan usaha Ulasan Buku. Alhamdulillah, saya berjaya mendapat hadiah saguhati dalam Ulasan Buku ITBM pada tahun 2013. Saya akan usaha lagi sehingga dapat tempat pertama. Terima Kasih Doktor!

    Anda menambah semangat saya.. ^__^

    ReplyDelete
  7. Sdr elzara: maaf hanya terbaca di tahun 2016. Mungkin disebabkan facebookmania . Saya pun kehabisa naskah "Fitrah Kimiawi. Semoga anda telah berjaya dengan misi anda.

    ReplyDelete
  8. Sdri Farahani.
    TAHNIAH. semoga terus berkarya.

    ReplyDelete