Showing posts with label Opinion. Show all posts
Showing posts with label Opinion. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

KUNJUNGAN SEMULA MANUKLON SELEPAS 2 DEKAD


Review: Manuklon by Dr Rahmat Haroun
Setiap bangsa yang lemah, akan tertindas oleh yang kuat, dan selagi tiada yang berani, akan selamanya menjadi tawanan di bumi sendiri.

Masih ingat petikan dari Al-Quran?

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Sejarah dah buktikan, dalam setiap peradaban manusia, akan wujud satu watak yang menjadi diktator, atau sesuatu bangsa yang menjadi penjajah kepada kaum yang gagal mempertahankan tanahair mereka. Ini adalah skrip oleh Tuhan sebagai ujian dan teladan bagi kaum yang dikehendaki-Nya.

England, Sepanyol, Belanda, menjadi kuasa besar yang menawan dunia melalui laluan Lautan sebelum Jepun dan Jerman dan Russia muncul menjelang awal abad 20. Kemudian, secara perlahan-lahan, Amerika menjadi 'polis dunia' selepas Perang Dunia ke II.

Apa kah prinsip utama dalam menguasai sesuatu kaum?

Bagi pengamatan saya, apabila suatu bangsa itu lebih Maju dari segi ketenteraan (bilangan dan fizikal), teknologi (persenjataan, binaan Kubu yang dimajukan oleh Tentera Islam, dan kenderaan samada penggunaan haiwan, pesawat, dll), akademik (kajian dan pengajian yang dijalankan tanpa henti), politik (pemerintah yang bijak, muslihat dan diplomasi yang berkesan), ia mampu menakluk bangsa yang lain, dengan syarat utama iaitu segala faktor dan kelebihan yg ada pada Bangsa yang Maju ini, tiada pada kaum yang Lemah.

Walaubagaimanapun, ada suatu faktor yang tersangat kuat iaitu Semangat dan Motivasi yang tinggi. Selagi ada faktor ini, dengan izin Tuhan, sebarang serangan dapat di tempis dan kekal lah Bangsa itu tidak dijajah.

Dr Rahmat Haroun menampilkan tema sebegini dengan penuh bergaya menerusi 'Manuklon' yang begitu ke hadapan dari zamannya.

Hakikat yang karya ini di terbitkan pada 1991, dan tema serta fiksyen nya masih relevan ke hari ini, sangat mengagumkan.

Manuklon (1991)
Dr Rahmat Haroun
228 Mukasurat, Dewan Bahasa dan Pustaka.



Azizi@Khairil Marzuki@Taming 3@Ketua 1 adalah seorang perajurit manusia purist dalam TENAMA pada tahun 2097 ketika bangsa Melayu Manusia tertindas oleh Bangsa Manuklon (Manusia Klon). Azizi yang diselamatkan Tuhan daripada terbunuh bersama anggota Platun nya yang lain dalam satu operasi ke Kubanah Nuang, kemudiannya terpilih menjadi Taming 3 iaitu perisik SKK dalam gerakan mahasiswa PEMATRA di ITM dan diberikan identiti baru bernama Khairil Marzuki. PEMATRA menjadi agen penggerak mahasiswa sebagai sebahagian operasi TENAMA menjatuhkan pemerintah yang terdiri daripada Manuklon.

Paduka Presiden, dan keseluruhan Menteri adalah terdiri daripada Manuklon. Terdapat satu institusi lain iaitu 15 Hakim Mahkamah Theta Agung yang menjadi penggerak sistem kehakiman yang terdiri daripada Megabot (Revolusi daripada Robot yang menjadi Manubot dan kemudian, Megabot). Sistem ini di lihat lebih cekap dalam mengendalikan Judisiari berbanding manusia yang memerlukan masa berbulan dan bertahun2 untuk menyelesaikan sesuatu kes.

Bangsa Manuklon yang mempunyai kecerdasan IQ 3 kali ganda dari manusia, memandang rendah kepada manusia dan mereka menguasai bumi Malaysia dalam segenap aspek. Hampir 100 tahun, negara telah diatur oleh mereka dan kini, mereka makin melampau dan ingin melaksanakan AKU (Akta Kuasa Undi) di mana bagi dalam pilihan raya, undi manusia di kira sebagai 1 manakala undi manuklon di kira sebagai 5.

Isu ini tambah menyemarakkan lagi semangat manusia untuk bangkit melawan manuklon. Oleh itu, PEMATRA bekerjasama dengan AJIMA menerusi Ketua Pemuda nya, Irca, menyerang saintis, Dr Imran yang sedang dalam usaha menghasilkan sejenis senjata biologi yang hanya membunuh manusia.

Seiring dengan itu, TENAMA yang sebelum ini bergerak secara bawah tanah bertindak menyebarkan berita-berita yang sebenar demi menyemarakkan semangat kaum Manusia dalam melawan penjajah Manuklon.

Akhirnya, bangsa Manuklon tewas dan Manusia memenangi peperangan dan akhirnya kembali mentadbir Manusia pada penghujung abad 21.

Terdapat juga subplot di mana Khairil Marzuki berkahwin dengan Mardianah, adik kepada sahabat Azizi semasa beliau di dalam platun T-4334, Zaki yang terbunuh akibat di patuk ular. Sebelum meninggal dunia, Zaki sempat meminta Azizi menjaga ahli keluarganya dan Azizi memakai kalung milik Zaki selepas itu sehinggalah beliau bertukar identiti kepada Khairil Marzuki.

Mardianah yang jelita hampir menjadi mangsa kerakusan Mabarcil, peguam manuklon ketika dia berusaha membebaskan ibunya yang di tawan pemerintah kerana di sangka menjadi talibarut AJIMA.

.........................................................

Fuhh.... Kompleks tak?

Namun Dr Rahmat Haroun berjaya mempersembahkan karya beliau dengan penuh bergaya dan berkesan tanpa mengelirukan pembaca.

Oh ya, mungkin jika anda biasa menonton filem sains fiksyen, boleh membantu dalam mendapat gambaran yang lebih jelas.

Tema kemanusiaan tersangat jelas dalam novel ini apabila manusia dilihat begitu tertindas di tanah air mereka sendiri. Penulis sempat menyelitkan unsur-unsur islamik yang tidak begitu ketara, hanya Islam Melayu seperti solat, hukum nikah kahwin dan persoalan halal dan haram dalam GMF.

Terdapat juga tema antara dua darjat apabila membandingkan kecanggihan dan kemajuan Manuklon berbanding Manusia yang masih menggunakan senjata yang di anggap antik dan tinggal dalam kesempitan hidup sementara Manuklon yang hidup mewah.

Plotnya berjalan lancar, di tulis secara linear. Dari awal, kita akan berkenalan dengan Azizi yang kemudian mulai mengikuti pengembaraan nya bersama rakan-rakan di dalam hutan demi meneruskan misi ke Kubanah Nuang. Masa ni terasa macam tengah baca siri Famous 5 cuma watak dan latar belakang berbeza. Ahaks..

Kemudian, plot pengubahan identiti oleh Kolonel Lumping. (Woaa.. memang cool abes Kolonel Lumping ni). Namun tidak pula di ceritakan bagaimana Khairul Marzuki tiba-tiba sahaja menjadi Ketua 1. Saya menggemari adegan pengenalan Khairil sebagai Ketua 1. Macam tak sengaja dan bersahaja.

Seterusnya, masa Taming 3 bertemu dengan Taming 2, ada ala-ala James Bond dan cerita spy macam Leonardo diCaprio pernah berlakon tapi lupa pula apa nama cerita nya..

dan seterusnya, bersulam antara babak kasih sayang Khairil dan Mardianah dan babak pertempuran dan kemuncak nya adalah pendedahan identiti Taming 1 dan Taming 2 dan kejatuhan empayar Manuklon.

Saya agak biasa dengan tema sebegini. Jadi memang sedikit mudah untuk meneruskan pembacaan. Cuma rasa tercabar dengan kemampuan penulis dalam menghasilkan karya yang versatil sehingga 2097 kerana kemampuan beliau dalam mentafsir masa depan jika saintis menghasilkan manusia klon.

Mungkin pada 2097, ada pembaca yang membaca karya ini dan terfikir, Eh, takde pun jadi macam ni?? Ya lah.. sebab takde manusia klon pun yang berjaya hidup. Semua mati. Atau mungkin yang berkata, Ek Eleh, tak canggih pun Malaysia sekarang ni.. atau apa-apa sahaja lah yang mungkin terlahir dalam benak fikiran mereka.

Terima kasih atas pemberian karya ini, semoga saya berkesempatan lagi membaca karya sebegini dan menyelami minda penulis Malaysia yang tidak kurang hebatnya. =)

Wallahua'lam..
Kotak Daku Farahanani Amhazali Kotak Berwaktu 8:02 AM
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

Kotak-kotak Kotak Ulasan
5 Peng-Kotak-an:
Pei Pan said...
Ramai yang cakap novel Dr. Rahmat bagus tapi sehingga hari ini walaupun sudah miliki Terang Bulan dan Manuklon - masih belum membacanya.

Bolehlah baca novel terbaru beliau - Panggil Aku Melaju. Tentang orang Melayu malu mengaku Melayu.
July 7, 2011 6:51 AM
Farahanani Amhazali said...
Laa... Belum baca ke?? Then.. baik nya hati bagi kat orang lain..

Pujian saya spesifik kepada Manuklon.. belum baca karya yang lain lagi.. Jadi tak boleh kata apa2..

Nanti saya baca, saya review ya!
July 9, 2011 12:12 AM
Pei Pan said...
Saya beli 2 novel. Satu untuk saya, satu untuk awak. Nantilah saya baca. Saya kurang minat sains fiksyen tapi akan cuba baca.
July 9, 2011 11:55 PM
Farahanani Amhazali said...
Heh.. barangkali mencabar utk membaca sains fiksyen bagi awak..

macam saya ni, memang susah nak baca motivational novel. takut nanges!

huhu..
July 10, 2011 12:36 AM
Farahanani Amhazali said...
"Saya beli 2 novel. Satu untuk saya, satu untuk awak."

suka nya ayat tu.. HOHO
July 10, 2011 1:25 AM
Post a Comment

Tuesday, May 18, 2010

Antara Sydney dan Langkawi


(foto kaki lima di Sydney; pokok pun dilindungi)

Antara Sydney dan Langkawi terdapat dua pendekatan yang berbeza. Majlis Bandaraya Sydney sangat menyayangi pokok yang telah ditanam untuk menghias kaki lima jalan. Bila ada kegiatan pembinaan berdekatan dengan pokok-pokok tersebut akan dibalut kemas dengan bahan kukuh yang mampu melindungi perdu dan batang pokok-pokok itu.





Sangat berbeza dengan Langkawi, lubang di tengah-tengah kaki lima jambatan berbulan-bulan tidak dibaiki dan tidak ada papan tanda atau amaran agar pejalan kaki berwaspada malah lampu di menara jambatan tidak diperbaiki.


Akibatnya nanti ramai yang menjadi mangsa.



(foto kaki lima di Langkawi sebagai perangkap kecederaan untuk pelancong menanti lubang yang terus terbias oleh Majlis Perbandaran Langkawi, Kononnya Bandar Pelancongan).










Wednesday, November 4, 2009

ASWARA



Bertempat di Dewan Orchestra, ASWARA, Kuala Lumpur pada tanggal 3 November 2009, jam 4 petang berlangsung acara PERSONA SENI ASWARA di mana saya telah diundang untuk membentangkan sebuah kertas kerja mengenai pengalaman seni penulis berjudul Dari Di.Ar.Ti. ke Panggil Aku Melaju: Pelayaran Kreatif Anak Pelabuhan.
Acara yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Rahim dihadiri oleh Yg Bhg SN Dr Anwar Ridwan, Dekan Fakulti Penulisan, ASWARA, tenaga pengajar dan mahasiswa-mahasiswi ASWARA. Turut hadir beberapa aktivis sastera dan budayawan.
Kunjungan ke ASWARA mengembali kenangan saya mengenai Grup Anak Alam. Rupa-rupanya pengambilan sanggar Anak Alam itu membuahkan sebuah akademi yang menjiwai roh para seniman yang pernah berkarya di premis yang sama pada tahun 70an hingga awal 90an.
Semoga ASWARA`maju jaya dan terus mempertahankana mertabat seni, budaya dan warisan bangsa.

Saturday, September 26, 2009

Y Chromosome


(lihat betapa kerdil kromosom Y. Meskipun cilik, mampu menghasilkan Muhammad Ali, Mike Tyson, Einstein dan Hitler sekalipun)


Lelaki dan perempuan dibezakan secara genetik dengan pemilikan kromosom seks mereka. Jika ada Y pada kromosom seks maka jadi lelaki seseorang itu dalam genotip XY. Sebaliknya jika tiada Y, genotipnya XX maka tergolong perempuanlah pemiliknya.

Saya tidak berhasrat membincangkan aberasi atau anomaly kromosom seks. Hanya mengenai kromosom yang saya miliki.

Teruja dengan keunikan kromosom manusia yang terpendek lagi ketot ini dengan hanya mempunyai tidak lebih daripada 65 gen (kalau tak salah) namun menghasilkan lelaki-lelaki pilihan seperti Nabi Adam, Nabi Yusof yang kacak dan lain nabi hinggalah kepada penakluk-penakluk seperti Napoleon, Kublai Khan, Iskandar Zulkarnain malah Hitler, Lenin, Bung Karno dan Mao Tze Dong pun mengandalkan kromosom cilik ini.

Oleh itu saya tercabar untuk menelusuri genologi Y chromosome saya. Yang jelas Y chromosom saya diturunkan oleh ayah saya Haroun, datuk saya Hashim, seterusnya Mat Arif, kemudian Yusof Dadameah atau Mea dan terakhir dalam tinjauan genelogi saya ialah Dadameah seorang berbangsa Pathan dari Lembah Swat yang sentiasa bergolak sejak ratusan tahun.

Menurut kajian, orang-orang Pathan ini merupakan orang-orang pelarian dari Israel Purba kira-kira lebih 2,000 tahun yang lalu. Diaspora 12 suku Israel Purba termasuk keturunan Nabi Yusof yang lari menuju Iraq, Iran dan akhirnya bertapak di Lembah Swat, Afghanistan dengan nama Pathan atau Pasthun. Suku terbesar Pathan ialah Yusofzrai.

Tidak sukar membukti asal-usul seseorang. Dengan swab mulut, kajian genetik dapat dilakukan melalu kajian DNA bandingan. Apakah benar orang Pathan itu berasal dari Israel Purba? Semuanya boleh dibuktikan dengan kajian genetik. Namun amalan budaya tertentu orang-orang Pathan dilaporkan sebagai bawaan dari tempat asal mereka meskipun lebih 2,000 tahun yang lalu.


(Hairan....... kenapa datuk-nenek meninggalkan lembah yang indah ini untuk menjual senjata kepada Sultan Kedah bagi menangkis serangan tentera Siam. Memang orang Pathan sampai kini pandai buat senjata api. Atau naluri pengembara dalam Y chromosome mereka. Orang-orang Pathan di sebelah utara Semananjung dikenali sebagai penjual manik-koran. Diapora orang-orang Pathan meliputi juga Negeri Sabah. Mantan KM Sabah Dato' Harris Salleh juga berketurunan Pathan)

Saturday, September 5, 2009

TERANG BULAN TIMBULKAN KONTROVERSI LAGI





Merujuk petikan berita UM, Sabtu 5 September 2009 di laman Luar Negara ms 17 dengan judul “Terang Bulan diberi kepada Malaysia”, saya ingin menyanggah kebenaran lagu tersebut milik Indonesia yang kononnya diberikan dengan ikhsan Bung Karno melalui Saiful Bahri.

Meski pun lagu itu popular di Indonesia suatu ketika dulu yang dijadikan lagu pembukaan persembahan bangsawan tetapi ianya bukan milik Indonesia. Lagu tersebut telah diciplak dari lagu asal ciptaan ahli muzik Perancis bernama Pierrr Jean de Beranger (1780-1857). Karya-karya Beranger digunakan oleh Napopleon Bonaparte sebagai lagu-lagu march band untuk kempen militarinya.

Ketika Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles pada tahun 1876-1892, saban sore baginda dan puterinya Tengku Mariam akan bersiar-siar di padang awam di Mahe, Seychelles. Di tengah-tengah padang itu, ada wakaf tempat brass band memainkan lagu-lagu-lagu march. Salah-satu lagu yang dimainkan itu dirakam dalam memori Tengku Mariam yang juga seorang pemain biola. Bila mereka kembali pada tahun 1892, lagu itu kemudian diangkat menjadi lagu negeri Perak yang kemudiannya dalam satu pertandingan memilih lagu Kebangsaan Persekutuan Malaya sempena hari kemerdekaan, lagu negeri Perak dengan senikata baru telah memenangi pertandingan tersebut. Bagi 26 juta rakyat Malaysia, lagu kebangsaan itu dikenali sebagai “Negaraku” bukan “Terang Bulan.”

Semoga dua bangsa serumpun tidak terus bergaduh soal-soal sepele sedangkan lagu itu bukan pun milik kedua-dua bangsa. Indonesia terus menghidupkan propaganda lapuk zaman konfrontasi-PKI untuk menangani isu-isu sosio-politik masa kini. Hentilah menjadi abang tiri yang menyemburui adik tirinya. Cubalah membina hubungan baik antara kedua negara dan hubungan akrab antara kedua-dua bangsa serumpun. Jangan lupa, yang menjadi bangsa serumpun mempunyai banyak persamaaan ataupun kemiripan dalam aspek budaya dan sosial.


Penulis “Terang Bulan” (DBP 1991).

Friday, May 8, 2009

SUKAN: WAWASAN 2020 DI LUAR JANGKAUAN

(Foto diatas: Kemudahan sukan sekolah di negara maju)

Anaknda bungsuku baru pulang dari pertandingan bola baling antara sekolah-sekolah di Selangor yang diadakan di salah sebuah sekolah di Daerah Sepang.
Mereka ditempatkan selama dua malam di chalet sebuah resort. Apa yang menarik ialah tentang kemudahan penginapan yang disediakan oleh pihak penganjur. Jika dibandingkan layanan kemudahan sangat berbeza dengan kemudahan sekolah-sekolah di Barat. Malah jika dibandingkan dengan standard tempatan pun amat mengecewakan.
Untuk sebuah chalet yang sepatutnya menempatkan 5 orang tetapi chalet yang sempit itu telah diisi oleh seramai 25 pelajar! Bayangkan suasana berhimpit-himpit seperti sardin dalam tin. Sebahagian besar tidur di atas lantai papan berbantalkan beg mereka sendiri dan ada pula yang terpaksa tidur dalam posisi bersila.
Kemudahan sedemikian seolah-olah menghina sukan kerana pembangunan sukan dikecewakan dengan layanan buruk serta perancangan logistik yang sama buruknya.
Yang lain-lain itu tidak perlulah saya sampaikan di sini. Kita masih jauh ketinggalan dari segi perancangan meskipun mampu membina menara kembar yang tertinggi di dunia dan kompleks sukan yang bertaraf dunia. Tetapi kita gagal membuktikannya di peringkat sekolah menengah.
Visi 2020 hanya angan-angan bukan cita-cita.


Friday, April 24, 2009

MEMAJUKAN MELAYU SECARA GENETIK



Memajukan Melayu melalui genetik

Fenomena kemunduran Melayu bukan terbatas kepada pencapaian dan sikap mereka terhadap dunia akademik. Ia tidak terhad kepada kaum pelajar Melayu tetapi ia merangkumi setiap bidang yang diceburi oleh insan Melayu pada umumnya.Demikian pula dalam bidang-bidang lain, di mana orang Melayu diberi dana mengurus bank, bank rugi, diberi kesempatan mengendali syarikat gergasi penerbangan nasional juga rugi, malah diberi keutamaan untuk menerajui korporat nasional dengan pemberian projek-projek mega yang sepatutnya menguntungkan, juga gulung tikar dan terpaksa diserahkan kepada kerajaan.Apa yang kita hadapi sekarang ini harus diteliti melalui berbagai aspek dan faktor.

Faktor pertama ialah genetik.`Genotip' bangsa manusia merupakan pemurnian gen selama lebih 23,000 tahun. Sedangkan genotip Melayu, tidak sampai pun dua ribu tahun. Perkahwinan saudara rapat mempengaruhi ekspresi gen, lebih cenderung untuk menghasilkan baka yang kurang unggul. Amalan budaya perkahwinan kaum Cina bertentangan dengan kebiasaan perkahwinan orang Melayu yang lebih mementingkan kerabat terdekat. Orang Cina tidak kahwin dengan sheh atau surname (marga) yang sama. Stok Melayu menjadi lebih baik, bila ada haploid luaran (sama ada dari India, Arab, Eropah mahupun Cina).

Kedua, pemakanan dan pemantapan baka Melayu yang terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pranatal, pascanatal dan pemakanan peringkat pertumbuhan. Apakah ada makanan bestari yang boleh membuat anak Melayu lebih pintar? Apakah pemakanan yang diamalkan oleh orang Melayu membuat mereka kurang cerdik dan kurang bersaing.Untuk menghasilkan generasi Melayu yang cemerlang, persiapan harus dilaksanakan mulai pada malam konsepsi lagi. Pengumpulan semen suami lima hari sebelum jatuh subur isteri bertujuan memastikan baka suami dalam jumlah yang cukup tinggi sehingga saingan antara beratus juta spermatozoa yang dikeluarkan oleh lelaki mampu menghasilkan satu spermatozoa juara yang terunggul untuk mempersenyawakan telur wanita.Seawalnya lapan minggu selepas kehamilan, saraf pendengaran di susunan saraf pusat otak embrio berkenaan mulai tumbuh dan berkembang. Usaha untuk berkomunikasi sehala dengan embrio tersebut perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri melalui nyanyian, percakapan, membaca ayat suci yang ditujukan kepada rahim ibu. Komunikasi vokal dan verbal ini boleh merangsangkan dan perkembangan jaringan dendrit sel-sel di otak di segala penjuru otak embrio tersebut.Makin banyak sel-sel otak (neuron) dan dendrit makin pintar individu berkenaan kelak. Ukuran kepintaran (IQ) individu berkenaan bergantung pada bilangan neuron yang berjumlah ratusan bilion dan jaringan dendrit yang menghubungi sel-sel otak itu (ibarat jaringan kawat telefon) yang dapat mencapai ribuan trilion dalam satu laluan saraf sahaja.Sayangnya jika tidak dipupuk, jaringan-jaringan tersebut akan musnah dan akan kurang berhubung antara sel-sel saraf tersebut, maka kurang pintar orang itu. Maka amat penting komunikasi verbal dan vokal ini diteruskan sepanjang kehamilan. Dendangkan janin anda dengan alunan muzik kompleks seperti muzik klasik atau pendengaran ayat-ayat suci dan doa-doa hampir dengan rahim ibunya nescaya usaha anda untuk menghasilkan bayi yang pintar akan tercapai.

Di samping itu, ibu yang mengandung harus mengambil makanan bergizi tinggi dengan makro dan mikro yang seimbang sehingga dapat mendukung perkembangan otak janin yang lebih sempurna.Di peringkat pascanatal, begitu anak Melayu itu lahir, pemberian susu ibu merupakan suatu keharusan yang mutlak kecuali susu ibu kering atau tidak mencukupi. Dikatakan kanak-kanak yang menerima susu ibu tidak hanya memiliki IQ yang tinggi daripada yang tidak, malah ukuran emosi (EQ) juga dikatakan lebih mantap kerana sentuhan-sentuhan keibuan mententeramkan bayi, memperkukuhkan jaringan antara sel-sel otak menjadi lebih ekstensif dan intensif. Bayi-bayi Melayu perlu diusap sekerap mungkin dengan maksud dan tujuan yang sama.Penyebarluasan dan penumpuan dalaman jaringan sel-sel saraf diperkukuhkan lagi dengan pendedahan terhadap kesemua deria pancaindera sebaik sahaja bayi Melayu itu lahir ke dunia.

Dahulunya di fasa pranatal, hanya perangsangan vokal dilaksanakan, di fasa pascanatal, bayi baru lahir dapat dirangsang otaknya melalui pelbagai pancaindera lain seperti visual, sentuhan, belaian, usapan, pengecapan dan pembauan. Tindakan ini dijangka akan menghasilkan ribuan trilion sambungan antara saraf dan antara dendrit. Jika tindakan sebegini tidak dilakukan secara berterusan, sambungan-sambungan ini akan putus sehingga tidak dapat menghasilkan mereka yang mempunyai IQ dan EQ tinggi.Pendekatan perangsangan pancaindera ini bertujuan untuk membina ribuan trilion sambungan antara sel otak dan dendritnya ke tahap paling maksimum atau optimum.Membiarkan kanak-kanak demam panas tinggi meskipun tanpa kejang-kejang boleh memutuskan sambungan yang telah terbina. Apatah lagi terjadi jangkitan sel otak seperti encephalitis dan meningitis, suhu badan yang sangat tinggi sahaja dapat memati berjuta sel otak dalam satu serangan. Bayi-bayi dan kanak-kanak kerana pengetahuan ibu bapa yang kurang terhadap bahaya tersebut dan kesempitan kewangan mungkin mengambil keputusan merawat sendiri sehingga mengakibatkan pemutusan sambungan-sambungan sel-sel otak.Bayangkan berapa kerap bayi-bayi dan kanak-kanak Melayu mengalami panas badan yang dianggap enteng oleh sebahagian ibu bapa. Sedangkan kaum Cina mempunyai kedudukan kewangan yang baik di samping kesedaran kesihatan yang jauh lebih tinggi, maka sambungan saraf mereka jauh lebih terpelihara daripada kanak-kanak dan bayi Melayu.

Selain rangsangan sentuhan dan usapan, bayi-bayi baru lahir harus secepatnya dirangsang deria penglibatan mereka dengan ribuan warna. Jika anda ingin anak anda menjadi pelukis, dedahkan mereka dengan kekayaan warna-warni melalui pelbagai ikhtiar. Mata manusia dapat mengenal sejuta jenis warna. Setiap warna mempunyai memorinya sendiri di otak manusia. Setiap memori mempunyai jaringan masing-masing. Makin banyak warna yang didedahkan melalui pelbagai cara (mainan/cat dinding/warna pakaian dan sebagainya), makin banyak terbina jaringan yang menyalur keterangan untuk disimpan dan dikeluarkan dalam masa yang lebih pendek dari sekelip mata.Begitu juga dengan deria kecapan di lidah kanak-kanak, ia perlu dirangsang agar mengelak prejudis terhadap makanan tertentu. Deria kecapan di lidah janganlah dibiasakan dengan rasa-rasa asas sahaja seperti manis, masin, masam, pahit dan pedas. Kalau itu sahaja yang diberi, dikemudian hari mereka terikat dengan keterbatasan cita rasa sehingga membuat mereka menolak makanan bergizi tinggi dan menjadi ketagihan pada satu atau hanya beberapa cita rasa asasi.Pendedahan awal kepada rasa-rasa yang kompleks seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat menghindarkan mereka daripada tidak meminati makanan-makanan tersebut. Umpamanya hirisan-hirisan timun, tomato dan buah-buahan diletakkan sahaja di atas lidah untuk diperkenalkan tanpa membenarkan mereka menelan pada bayi-bayi tetapi boleh dikunyah apabila diberikan kepada kanak-kanak yang lebih besar.Proses perkenalan itu boleh diperkukuhkan dengan penyebutan nama bahan itu meskipun kita berhadapan dengan bayi seusia enam bulan. Dengan berbuat demikian, terakam tidak hanya isyarat melalui saraf pengecapan dalam masa yang sama, apabila bahan makan dibaukan ke hidung bayi, proses pengenalan itu menjadi cukup lengkap. Terpeta di memori otaknya dan dijangka berkekalan. Kaedah ini akan membuat kanak-kanak itu menjadi gemar dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang merupakan sumber mikro-nutrien and vitamin yang penting untuk metabolisme otak. Kelima-lima deria pancaindera dapat dimanipulasikan sehingga perangsangan optimum sel-sel otak tercapai melalui pengisian komputer hayat.

Pemakanan anak-anak Melayu berusia bawah 12 tahun hendaklah diberikan perhatian istimewa. Ternyata pemakanan yang berasaskan kanji atau karbohidrat serta gula berlebihan seperti yang diamalkan oleh orang Melayu mungkin menyebabkan mereka menjadi agak lembap.Kadar protein makanan Melayu biasanya rendah dan ia perlu dipertingkatkan jika orang Melayu ingin pintar. Banyak ikan, banyak daging tanpa lemak, banyak ayam, susu dan lebih penting banyak makan produk-produk kacang soya seperti tahu, tempe dan tofu.Lawatan ke sekolah-sekolah luar bandar, akan mendapati rata-rata ukuran fizikal mereka jauh lebih kerdil daripada orang Melayu bandar yang sedikit lebih baik dalam pengambilan protein dalam diet mereka.Walaupun tidak menyetujui IQ seseorang ditentukan oleh saiz tengkoraknya, namun dipandang dari sudut survival, mereka bertubuh kasa dan besar seperti orang Barat itu mempunyai banyak kelebihan. Otot dan otak harus seiring untuk menjadi manusia cemerlang. Keunggulan otak dan otot harus seimbang, ini diperlihatkan oleh banyak pemain bola sepak Barat yang mempunyai kombinasi tersebut. Tanpa kecekapan otak yang bertindak pantas, kesempatan serpihan saat yang diambil dengan refleks otak akan menentukan kemenangan. Dengan kata lain bermain bola sepak secara cemerlang pun harus punyai IQ yang tinggi.


Langkah ketiga adalah mengenai pendidikan prasekolah. Untuk menghasilkan pelajar Melayu yang cemerlang, pendidikan prasekolah harus dimulai lebih awal. Secara formal, ia perlu dimulai pada usia 3 tahun. Sebenarnya seperti mana yang saya tekankan, pengajaran harus bermula pada masa dalam kandungan lagi secara tidak formal. Kajian (di luar negara) membuktikan kanak-kanak yang memulakan pendidikan seawal tiga tahun mencapai kecemerlangan akademik lebih tinggi dibandingkan mereka yang memulakan pendidikan pra-sekolah pada usia lima tahun. Demikian jugalah dengan penguasaan pelbagai bahasa dapat dipupuk secara lebih berkesan pada usia prasekolah tiga tahun.Di Malaysia, pendidikan prasekolah bermula pada peringkat lima tahun. Ia perlu dapat pandangan serius para pendidikan semua. Sebelum keputusan itu boleh dibuat, kita perlu meninjau perbezaan prasekolah Melayu dan Cina kerana perbezaan itulah yang mencorak produk di peringkat tinggi kelak. Yang paling ketara ialah kanak-kanak Melayu diajar abjad rumi mahupun jawi berjumlah 26 sahaja. Sedangkan kanak-kanak Cina diajar tulisan kanji di mana penghafalan ciri-ciri kaligrafinya dapat merangsang lebih banyak rangkaian saraf di peringkat usia muda.Dengan sendirinya di peringkat awal lagi, kanak-kanak Cina didedahkan kepada kompleksiti sedangkan kanak-kanak Melayu kepada simplisiti. Kanak-kanak tadika dikatakan boleh menguasai dan merakam antara 1,000-4,000 karakter Cina. Ini boleh menumpukan pendalaman dan menambah kepadatan jaringan dendrit antara sel-sel otak.Keempat ialah mengenai sikap orang Melayu baik pelajar mahupun bukan pelajar. Di zaman penjajah dan di peringkat awal pascakemerdekaan, orang Melayu selalu diperolok-olokkan kerana sikap `tidak apa' mereka.Mungkin banyak yang tidak setuju andainya saya mengatakan sikap dan perangai orang Melayu itu sebenarnya merupakan ekspresi genetik mereka. Melayu itu malas, Cina itu rajin. Suatu generalisasi yang tidak diterima dan yang diterima, bergantung kepada siapa kita bertanya.

Apakah ciri-ciri rajin vesus malas itu terletak pada DNA kromosom atau DNA mitokondria?Buat masa ini masih belum terjawab oleh mana-mana pakar genetik. Kalau kita mengandaikan kerajinan seseorang itu bergantung pada jumlah tenaga (dalam bentuk ATP) yang dimiliki sepanjang hari maka orang Cina diandaikan mempunyai tenaga yang lebih dan berpanjangan daripada orang Melayu. Dapat diibaratkan semacam bateri tahan lama dengan bateri jangka pendek. Kesimpulan nanti, berkesudahan dengan perbezaaan jumlah mitokondria Melayu yang kurang dibandingkan dengan orang Cina.Sebagai contoh, (dan masih banyak contoh-contoh lain) di sebuah sekolah menengah harian di Selangor yang mempunyai jumlah pelajar Cina dan Melayu yang seimbang, sekolah tersebut telah menganjurkan maraton matematik yang dipanggil RelaMath di mana para pelajar dalam masa sebulan disuruh membuat penyelesaian matematik sebanyak mungkin.Pelajar matematik terbaik Melayu menampilkan 300 penyelesaian matematik sedangkan pelajar matematik terbaik Cina mengatasi dengan 8,000 penyelesaian. Inilah yang dikatakan kekuatan innate (dalaman, tersembunyi dan sebahagian) sesuatu bangsa yang sudah tentu merupakan manifestasi perlembagaan genetik masing-masing.

Kelima, beberapa aspek budaya Melayu yang negatif perlu ditinggalkan. Budaya Melayu yang lemah-lembut tidak perlu ditonjol-tonjolkan. Barangkali itu merupakan propaganda penjajah yang tidak mahu orang Melayu bangun menentang mereka. Tidak juga saya menyetujui harus kurang ajar. Dalam mengejar kecemerlangan akademik, minda Melayu kerap terpengaruh oleh sebahagian peribahasa Melayu yang negatif. Di dunia akademik kelantangan menyuarakan pandangan atau pendapat yang bernas dianggap suatu kualiti yang terpuji. Sedangkan kebanyakan minda Melayu masih terkongkong dengan peribahasa, `diam-diam ubi berisi'.Sebab itu pelajar-pelajar Melayu diam (dalam bidang akademiklah!). Secara bawah sedar, diam itu bermakna `mengikut resmi padi, makin berisi makin menunduk ke bumi'. Sebab itu orang luar sukar menilai pantas kemampuan akademik pelajar Melayu sehingga tampaknya seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa. Sedangkan pelajar Melayu itu berharap seorang penilai itu harus mengorek tanah dahulu untuk mengetahui pelajar itu berisi atau sebaliknya. Diam bermakna berada dalam kawasan selamat.Banyak eksekutif Melayu yang bekerja di bawah pengurus besar atau ketua eksekutif Barat, tidak dapat kenaikan pangkat oleh kerana orang Barat tidak berusaha menggali. Eksekutif bukan Melayu lebih vokal dan menurut ukuran Melayu, mereka lebih menunjuk-nunjuk.Penampilan dan penonjolan diri bukanlah ciri Melayu yang terpuji. Terdapat psyche (jiwa) pelajar Melayu yang telah terbentuk melalui pendidikan ala madrasah atau sehala, Galilah ubi mereka, jadikan mereka tembikai berkulit durian.Kebanyakan pelajar Melayu adalah late developer (berkembang lewat) sedangkan pelajar Cina early developer (berkembang awal). Sering saya ketemui late developer ini berjaya meraih ijazah falsafah kedoktoran (Ph.D) meskipun mengambil masa yang lama.Untuk Melayu jadi cemerlang di pelbagai bidang, tidak ada formula mudah. Untuk mencapai matlamat itu, ia boleh terlaksana dengan mengelakkan perkahwinan kerabat terdekat, meningkatkan komunikasi dengan janin anda, perangsang otak yang optimum, memperbaiki taraf pemakanan pranatal, pascanatal dan pada peringkat pertumbuhan, pendidikan tadika mulai usia tiga tahun, pendedahan pelbagai bahasa di bawah lima tahun, peningkatan kadar protein dalam gizi dan merubah norma-norma Melayu ke arah yang lebih progresif dan proaktif.

Banyak eksekutif Melayu yang bekerja di bawah pengurus besar atau ketua eksekutif Barat, tidak dapat kenaikan pangkat oleh kerana orang Barat tidak berusaha menggali. Eksekutif bukan Melayu lebih vokal dan menurut ukuran Melayu, mereka lebih menunjuk-nunjuk.
Penampilan dan penonjolan diri bukanlah ciri Melayu yang terpuji. Terdapat psyche (jiwa) pelajar Melayu yang telah terbentuk melalui pendidikan ala madrasah atau sehala, Galilah ubi mereka, jadikan mereka tembikai berkulit durian.

Kebanyakan pelajar Melayu adalah late developer (berkembang lewat) sedangkan pelajar Cina early developer (berkembang awal). Sering saya ketemui late developer ini berjaya meraih ijazah falsafah kedoktoran (Ph.D) meskipun mengambil masa yang lama.
Untuk Melayu jadi cemerlang di pelbagai bidang, tidak ada formula mudah. Untuk mencapai matlamat itu, ia boleh terlaksana dengan mengelakkan perkahwinan kerabat terdekat, meningkatkan komunikasi dengan janin anda, perangsang otak yang optimum, memperbaiki taraf pemakanan pranatal, pascanatal dan pada peringkat pertumbuhan, pendidikan tadika mulai usia tiga tahun, pendedahan pelbagai bahasa di bawah lima tahun, peningkatan kadar protein dalam gizi dan merubah norma-norma Melayu ke arah yang lebih progresif dan proaktif.

Rahmat Haroun Hashim