(lihat betapa kerdil kromosom Y. Meskipun cilik, mampu menghasilkan Muhammad Ali, Mike Tyson, Einstein dan Hitler sekalipun)
Lelaki dan perempuan dibezakan secara genetik dengan pemilikan kromosom seks mereka. Jika ada Y pada kromosom seks maka jadi lelaki seseorang itu dalam genotip XY. Sebaliknya jika tiada Y, genotipnya XX maka tergolong perempuanlah pemiliknya.
Saya tidak berhasrat membincangkan aberasi atau anomaly kromosom seks. Hanya mengenai kromosom yang saya miliki.
Teruja dengan keunikan kromosom manusia yang terpendek lagi ketot ini dengan hanya mempunyai tidak lebih daripada 65 gen (kalau tak salah) namun menghasilkan lelaki-lelaki pilihan seperti Nabi Adam, Nabi Yusof yang kacak dan lain nabi hinggalah kepada penakluk-penakluk seperti Napoleon, Kublai Khan, Iskandar Zulkarnain malah Hitler, Lenin, Bung Karno dan Mao Tze Dong pun mengandalkan kromosom cilik ini.
Oleh itu saya tercabar untuk menelusuri genologi Y chromosome saya. Yang jelas Y chromosom saya diturunkan oleh ayah saya Haroun, datuk saya Hashim, seterusnya Mat Arif, kemudian Yusof Dadameah atau Mea dan terakhir dalam tinjauan genelogi saya ialah Dadameah seorang berbangsa Pathan dari Lembah Swat yang sentiasa bergolak sejak ratusan tahun.
Menurut kajian, orang-orang Pathan ini merupakan orang-orang pelarian dari Israel Purba kira-kira lebih 2,000 tahun yang lalu. Diaspora 12 suku Israel Purba termasuk keturunan Nabi Yusof yang lari menuju Iraq, Iran dan akhirnya bertapak di Lembah Swat, Afghanistan dengan nama Pathan atau Pasthun. Suku terbesar Pathan ialah Yusofzrai.
Tidak sukar membukti asal-usul seseorang. Dengan swab mulut, kajian genetik dapat dilakukan melalu kajian DNA bandingan. Apakah benar orang Pathan itu berasal dari Israel Purba? Semuanya boleh dibuktikan dengan kajian genetik. Namun amalan budaya tertentu orang-orang Pathan dilaporkan sebagai bawaan dari tempat asal mereka meskipun lebih 2,000 tahun yang lalu.
(Hairan....... kenapa datuk-nenek meninggalkan lembah yang indah ini untuk menjual senjata kepada Sultan Kedah bagi menangkis serangan tentera Siam. Memang orang Pathan sampai kini pandai buat senjata api. Atau naluri pengembara dalam Y chromosome mereka. Orang-orang Pathan di sebelah utara Semananjung dikenali sebagai penjual manik-koran. Diapora orang-orang Pathan meliputi juga Negeri Sabah. Mantan KM Sabah Dato' Harris Salleh juga berketurunan Pathan)
Pak Haroun Yang Terhormat,
ReplyDeleteTulisan Anda membuat saya semakin merenung akan kebesaran Allah Swt.
Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1430 H, mohon maaf lahir dan batin. Mohon dimaafkan jika ada kekhilafan, maklumlah yang lebih muda masih kurang pengetahuan.
Putri Pelangi,
ReplyDeleteSelamat Idul Fitri 1430H. Maaf Zahir Bathin.
Kesama-rataan intelektual tidak mengenai usia. Perkara tertentu (IT,ICT) saya masih belajar dari anak lelaki saya SMP Kelas 3. Sejak SD tahun 5, dia jadi mentor saya....
MasyaAllah Paman. Terima kasih kerana menerangkan serba sedikit susur galur asal usul kita. Sedikit sebanyak terdapat dokumentasi keturunan kita.
ReplyDeleteFadli, kita balik ke Israel, tuntut balik Jerusalem. Tetapi sebelum itu kena buat DNA test dulu. Baca "The Lost Tribe Of Israel" Fadli carries Y Chromosome from your father (Rahim), Rahim got Y Chr from Harun, Hashim, Mat Arif, Dadameah and Yusof a Pathan, your X from your mother, other autosomal chromosomes one set from mum (Klanten origin) another set autosomal X chromosomes from Mak Tok (Chinese descendent). But your Y Chromosome is exclusively originated from Afghanistan and itis believed that Pathans are descendents of one of the lost tribes of ancient Israels
ReplyDeleteThis is fantastic write-up. Pathans are usually warriors and they are now the Talibans.
ReplyDeleteAnyway, let's go back to Israel and Let's claim Golan Heights or some part of Jurusalem from the Israelis. Am You and I the Chosen One?
Hassan alias Soul Faith (Roh Imam). Yes , you are right! Your Y chromosome as all in your sons (not your daughters) are from distant land. May not just from the Land of Talibans but from an ancient land of Joseph.
ReplyDelete