Saturday, September 5, 2009

TERANG BULAN TIMBULKAN KONTROVERSI LAGI





Merujuk petikan berita UM, Sabtu 5 September 2009 di laman Luar Negara ms 17 dengan judul “Terang Bulan diberi kepada Malaysia”, saya ingin menyanggah kebenaran lagu tersebut milik Indonesia yang kononnya diberikan dengan ikhsan Bung Karno melalui Saiful Bahri.

Meski pun lagu itu popular di Indonesia suatu ketika dulu yang dijadikan lagu pembukaan persembahan bangsawan tetapi ianya bukan milik Indonesia. Lagu tersebut telah diciplak dari lagu asal ciptaan ahli muzik Perancis bernama Pierrr Jean de Beranger (1780-1857). Karya-karya Beranger digunakan oleh Napopleon Bonaparte sebagai lagu-lagu march band untuk kempen militarinya.

Ketika Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles pada tahun 1876-1892, saban sore baginda dan puterinya Tengku Mariam akan bersiar-siar di padang awam di Mahe, Seychelles. Di tengah-tengah padang itu, ada wakaf tempat brass band memainkan lagu-lagu-lagu march. Salah-satu lagu yang dimainkan itu dirakam dalam memori Tengku Mariam yang juga seorang pemain biola. Bila mereka kembali pada tahun 1892, lagu itu kemudian diangkat menjadi lagu negeri Perak yang kemudiannya dalam satu pertandingan memilih lagu Kebangsaan Persekutuan Malaya sempena hari kemerdekaan, lagu negeri Perak dengan senikata baru telah memenangi pertandingan tersebut. Bagi 26 juta rakyat Malaysia, lagu kebangsaan itu dikenali sebagai “Negaraku” bukan “Terang Bulan.”

Semoga dua bangsa serumpun tidak terus bergaduh soal-soal sepele sedangkan lagu itu bukan pun milik kedua-dua bangsa. Indonesia terus menghidupkan propaganda lapuk zaman konfrontasi-PKI untuk menangani isu-isu sosio-politik masa kini. Hentilah menjadi abang tiri yang menyemburui adik tirinya. Cubalah membina hubungan baik antara kedua negara dan hubungan akrab antara kedua-dua bangsa serumpun. Jangan lupa, yang menjadi bangsa serumpun mempunyai banyak persamaaan ataupun kemiripan dalam aspek budaya dan sosial.


Penulis “Terang Bulan” (DBP 1991).

9 comments:

  1. Doc...one more thing, saya x faham dengan dia orang ni...pasal tarian pun dia orang boleh gaduh besar-besaran...isu tarian pendet tu, their hackers attack YM kaw2 punya..huhu

    ReplyDelete
  2. I am,
    Seribu tahun lagi, macam tu fiil mereka. Tapi saya di sana, saya lawan habis-habisan.

    ReplyDelete
  3. yup..suppose too...sebab dia orang ni main aci tuduh saja...but if u noticed..ada banyak many produk Indonesia masuk sini dan diterima dengan mudah...saya masih lagi dok fikir macam mana nak pasarkan buku kita ke sana...

    ReplyDelete
  4. sangat provokasi silap sikit pun nak berperang gadoh sana gadoh sini...

    ReplyDelete
  5. Satu hari hasrat Indonesia hendak berperang dengan Malaysia akan termakbul. Kerana Hang Tuah dilahirkan di Bengkulu, mereka tuduh kita mencuri Hang Tuah. Tan Sri P. Ramlee pun menurut mereka orang mereka kerana berasal dari Acheh.

    ReplyDelete
  6. Dr. Rahmat. Mereka protes tanpa berfikir. Sayang mahu guna otak. Mereka berdemonstrasi untuk sebungkus nasi sebotol air. Kalau sesiapa mahu anjur demo, panggil saja mereka.

    ReplyDelete
  7. Sdr Nassury,

    Pengupah demonstrans mempunyai agenda tersendiri. Apabila Indonesia-Malaysia berperang, siapa yang untung dari segi geo-politik. Geo-politik boleh berubah. Indonesia mengandaikan, mereka akan menang bila berperang. Memang menang dengan Papua melalui Perang Dwikora dan Timor Timur dengan Fretelin. Dengan Malaysia, hanya boleh perang-perangan, gayak bocah kecil, yang Malaysia tembak pakai 'beng' dan yang Indonesia menembak pake "dorr".
    Ayuh, perang-perangan dong!

    ReplyDelete
  8. We leave humanity and humanitarian aid as our good deeds, as and when Sumatera was hit by the mighty earthquake, not once, but twice, and perhaps more coming. Let them see and learn, how much we treasure human beings, and over not some cultural thing called tarian pendet or over obsessive on Terang Bulan. Do you want to claim, Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Ayam, Nasi Kandar, as our birth rights food? These are trivial things, there are just far too many things that are more meaningful to us. We need to treasure faith, dignity and family values...that's my two sen.

    ReplyDelete
  9. saya baca buku ni masa sekolah dulu. memang banyak fakta2 sejarah kat dalam buku ini.

    tabik untuk sdr Rahmat sebab atas usaha dan dedikasinya menuliskan kebenaran.

    ReplyDelete