Thursday, July 29, 2010

Saya Di Sinarharian Rabu 28 Julai 2010



Terus terang saya tidak pernah berlangganan tabloid Sinarharian, jadi tidak saya sedari ada berita mengenai diri saya di tabloid tersebut. Ketika sedang makan tengahari, saya dikejutkan oleh pemilik gerai tentang publikasi itu. Pulau Langkawi yang kecil jumlah masyakatnya cepat menyedari kehadiran berita kemalangan saya sebagai pejalan kaki. Ramai juga menyedari kehilangan saya dari pulau lagenda selama dua setengah bulan sejak bulan April 2010.
Ianya bermula dengan undangan Capt. Gregg, pemilik The Big Apple, Langkawi, Jetty Point pada hari Sabtu, 24 Julai lalu, jam 7malam untuk memperkenalkan saya dengan seorang jurnalis Astro Awani sabit simpati Capt. Gregg dengan kemalangan di pejalan kaki yang saya alami.
Namun beberapa fakta tidak tepat tersiar melalui artikel pendek. Meskipun tidak signifikan tetapi memang persepsi berita dan pemberitaannya disesuaikan dengan gaya dan stail. Niat asal Capt Gregg mahu membantu saya dalam tuntutan dan bayaran insurans yang tidak adil sedangkan saya telah mencarum lebih 200,000 ringgit melalui dua polisi masing-masing sejak 1987 dan 1995. Capt Gregg sebagai rakyat Amerika yang mengusahakan cafe di Langkawi menganggap gergasi insurans Amerika mengenakan dwi-standard terhadapan tuntutan insans. Dia ingin menghubungi Orang Besar di ibu pejabat insurans itu di Amerika dan membawa isu amalam dwi-standard. Wakil syarikat itu di Amerika hanya membayar kurang dari 10% dari kos pembedahan bahu kanan saya. Ini tidak lojik, sedangkan premium yang saya bayar ialah RM 1,008 setiap bulan sejak 15 tahun yang lalu. (1995).
Namun perjuangan Capt Gregg tidak disebut sama sekali. Mungkin keutamaan editor tabloid tersebut adalah isu lokal saja. Perbincangan memang ada menyebut pertindihan kuasa dan tanggung-jawab agensi kerajaan fedral dan negeri yang mengelirukan orang awam. Juga tidak dimasukkan, aduan Capt. Gregg yang telah ditipu RM 4,000.00 oleh pembuat peta Langkawi rakyat Malaysia. Kunjungan Capt Gregg ke pejabat pembuat peta itu di Wisma Central di KL hanya menjumpai premis kosong. Ramai pengusaha asing di Langkawi ditipu oleh pembuat peta ini. Saya hampir juga tertipu oleh beliau. Capt. Gregg pergi sendiri ke SSM mengadu penipuan oleh individu tersebut. Saya merasa kagum dengan semangat Capt Gregg memperjuangkan isu-isu tempatan di Langkawi. Yang paling menganggumkan, Capt. Gregg, pilot persendirian/free lance, menyatakan keinginannya untuk membantu masyarakat Islam di Langkawi.
Semoga persepsi pelaporan berita itu tidak diterima secara negatif oleh pihak yang mungkin tertelan cili.

1 comment:

  1. alhmdllh, walau apa jua pelaporan berita di akhbar sinar harian, namun sekurang2nya masalah adinda dah dhighlighted kpd pihak berkuasa langkawi. adinda bertuah dpt berkenalan dgn orang spt capt gregg yg berusaha mahu membantu mengenengahkan ur problems with the insurance co

    ReplyDelete