Wednesday, July 28, 2010

Wujudkah Genre Puisi Pangkid atau Tomboy Poetry?

Wujudkah Genre Puisi Pangkid atau Tomboy Poetry?

Kebetulan saya terbaca “artikel sastera” di e-sastera.com komuniti penyair berbentuk puisi yang mendapat sambutan luar biasa berdasarkan jumlah rekasi yang diterimanya.

Lalu saya cuba membuat tinjauan siber dan ilmiah dalam aspek puitis genre Tomboy Poetry. Dalam cubaan ini, saya tidak berhasrat mengangkat maupun menjatuhkan perjuangan puisi genre tersebut. Saya cuba bersikap impartial. Jauh sekali untuk menyamai genre ini dengan genre terikhtiraf seperti gospel atau ateisme, feminisme atau patriotisme.

Apakah keberadaan Puisi Pangkid dikategorikan ke peringkat wujud, jika ia, kenapa ianya menerima tantangan yang hebat dari khalayak sastera khususnya tempatan. Tentunya layanan berbeza di dunia barat. Dalam satu puisi yang berjudul “Tomboy” oleh MAMberConcord dengan bait yang antaranya berbunyi:

“ I can change my oil,
And look like royal”


Sebagai wanita, kebolehan mengganti minyak hitam sendiri dilambangkan dengan kebesaran rasa ‘bangsawan’ (great feeling). Menjadi lelaki-pseudo dengan melakukan apa yang boleh dibuat kaum lelaki meletakkan mereka seolah-olah sehebat lelaki sejati sedangkan banyak lelaki normal tidak sudi menukar minyak hitamnya sendiri. Kebolehan berlagak kelakian merupakan suatu pencapaian dan kejayaan. Itulah barangkali yang ingin diperjuangkan sekadar merujuk pada contoh tersebut di atas.

Sebelum kita teliti aspek perjuangan (sekiranya ada) dalam Puisi-puisi Pangkid, ada baiknya kita tinjau kajian saintifik kejadian atau kejadi-jadian makluk pangkid itu sendiri sebagai variant spesies manusia. Tidak berbeza dengan lelaki lembut, mekanisme kewujudan lebih kurang serupa. Sesekali tidak pula ingin saya mengelaskkan mereka manusia sub-spesies. Namun semua anomali ini bermula dengan kehamilan ibu kira-kira lapan minggu mengandung.

Minggu ke delapan kehamilan adalah titik tolak satu lembaga embryo akan menjadi lelaki sejati, wanita tulen, tomboy atau lelaki lembut. Pembentukan litar kejantinaan otak atau brainsex bergantung pada dua jenis hormon testosteron dan estrogen. Dalam kes pangkid, meskipun mereka secara genetik berkromsom seks XX iaitu di KP dan Sijil Kelahiran berstatus perempuan tetapi proses imprinting litar saraf otak dalam peringkat pembentukannya dipengaruhi oleh hormon lelaki testosteron. Dengan lain kata, sebenarnya bukan kehendak mereka untuk menjadi pangkid, tetapi ‘software’ yang diinstall pada usia 8 minggu kehamilan membentuk tingkah-laku pangkid di kemudian hari. Tidak boleh disebut salah ibu mengandung tetapi instalasi software yang salah telah terpasang di litar-litar yang berkaitan dengan kejantinaan yang songsang dan pengaruh genetik. Konstituisi genetiknya perempuan tetapi software brainsexnya lelaki. Memang sudah salah dari masa awal proses mengandung. Namun satu dari 10 pangkid memang benar-benar ada penyakit yang dipanggil CAH atau Congenital Adrenal Hyperplasia. Sepasang kilang endokrin di atas buah pinggang menjadi bengkak dan mengeluarkan hormon lelaki yang berlebihan dalam tubuh wanita atau kanak-kanak perempuan yang berperi-laku lelaki/budak kasar (dengan loghat Kedah, kami panggil kasak kedahaak) yang seolah-olah dibuat-buat.

Di tadika, calon-calon pangkid meskipun pakai gaun (kerana dipaksa ibu-bapa) sudah dapat dikenalpasti kerana kasak kedahaak selain penampilan tingkah-laku yang ‘buas’ dan selalu kelihatan suka merampas dan merempuh rakan perempuan sebaya. Juga diperhatikan kanak-kanak calon pangkid lebih menghindari eye contact dengan kanak-kanak perempuan tulen sebaya. Justeru kebalikan terjadi bila menjadi pangkid, wanita-wanita kekasih menjadi ratahan mereka. Bila mereka memiliki kebebasan, mereka akan memakai pakaian seluar jean, kemaja dan hair-do lelaki semasa. Di ambang puberti, litar-otak kejantanan mulai beroperasi dan memperolehi ‘pleasure’ (kepuasan) seksual dan non-seksual dengan mengorat mangsa dengan berbagai taktik seperti memberi hadiah. Remaja pangkid berani menentang lelaki yang cuba menganggu kekasih mereka dengan telunjuk di muka. Tidak hanya bisa fisikal, fanatasi mereka juga berkisar menjadi putera mahkota, pelindung, juara, hero malah mengemari cerita-cerita mengenai gedebai (monsters).

Yang wanita kekasih pangkid pula merasa hubungan intimasi mereka adalah paling selamat jika mereka mengekalkan hubungan intim yang sama dengan lelaki sejati. Bercinta dan berkasih dengan pangkid tidak mungkin membuat mereka mengandung, jadi safe. Keperluan dan kepuasan seksual terjamin sebagai pasangan aktif dan pasif tanpa harus bimbang haid yang terlambat. Namun tidak semua hubungan berorientasi seks semata-mata. Tiada ketunggalan peraturan. Segala macam kombinasi boleh wujud.

Kembali kepada soalan besar wujudkah genre Puisi Pangkid? Saya terpaksa akur kepada jawapan YA!. Jelas dalam puisi “Wahai Pemuda” oleh Dr mafia.

Jika hendak mengenal puisi-puisi pangkid kini, ia mempunyai ciri-ciri simplisiti dengan penampilan estetika yang terhad dan paling ketara pemuisi pangkid kalis seklusi masyarakat. Semuanya sesuai dengan pengamatan Dr Louann Brizedine MD terhadap kanak-kanak calon pangkid yang mempunyai skor yang rendah dalam ‘verbal behaviour”.

Tentunya senantiasa ada pengkecualian dalam apa kes pun. Pencirian tersebut di atas tidak laku dengan Emily Dickinson, seorang tomboy di abad ke 19 di Boston, Amerika Syarikat. Beliau dibarisi sebagai di antara Penyair Agung Amerika (anda boleh berbeza pendapat dalam hal ini). Emily sepanjang hayatnya menghasilkan 1,700 puisi yang dianggap berkualiti tinggi dan diklasifikasikan immortal.

Petikan sajak Emily yang saya jumpai tanpa judul, saya salin tanpa berani menerjemahkannya.

My life closed twice before its close.
It yet remains to see
If immortality unveil
A third event to me,

So huge, so hopeless to conceive
As these that twice befell,
Parting is all we know of heaven,
And all we need of hell.
(Emily Dickinson)

Dr Rahmat Haroun MD
UM, Langkawi .
July 28, 2010.

1 comment:

  1. tq for a mind opener info. i'll ask all anak2 saudara baca ur article

    ReplyDelete