Friday, September 3, 2010

SAMPAI BILA MALAYSIA MENJADI KARUNG TINJU INDONESIA


(Perhatikan kanak-kanak diperalat untuk membenci Malaysia dengan disuruh memijak Jalur Gemilang).

Secara berkala, masyarakat Malaysia akan dikejutkan dengan tindakan bantahan segelintir rakyat Indonesia (0.00231% dari jumlah penduduk Indonesia 260juta) yang berulang kali membakar bendera Sang Jalur Gemilang. Tidak cukup dengan itu, mereka juga membaling najis manusia ke halaman Kedutaan Malaysia di Jakarta.


Tiap kali ada kemelut dalaman Indonesia, media Indonesia (wartawan amplop; maksud wartawan yang dibayar untuk mengarang berita atas arahan tuan pembayar) akan mendeviasi isu sebenar kepada Malaysia dan menjadi Malaysia sebagai karung tinju buat sepak-terajang rakyat awam Indonesia yang selalu diperkuda untuk matlamat fraksi-fraksi politik yang kecewa dan kalah di peti undi.


Jangan lupa Indonesia terdiri fraksi-fraksi politik yang majemuk. Ada fraksi-fraksi politik Indonesia merupakan simpatisan Partai Komunis Indonesia yang diharamkan. Dilaporkan setengah juta anggota PKI hilang tanpa jejak selain yang ditahan Pulau Buru. Pembebasan tahanan PKI dari Pulau Buru dan simpatisan PKI yang mana ratus ribu anggota keluarga PKI ghaib pasti berdendam. Biarpun tidak dilafaz, kebencian mereka pada Malaysia memang ketara. Mereka bergerak aktif dengan bertopengkan partai-partai baru sepert PDI (pimpinan Soekarnoputeri) sebagai kumpulan militia BENDERA yang pasti dinafikan oleh pucuk pimpinan partai sebagai anggota partai mereka.


Mereka ini tidak suka pada Malaysia kerana anggapan mereka bahawa Malaysia ada memainkan peranan aktif dalam jatuhnya order lama (dimana PKI mendominasi NASAKOMnya Soekarno) diganti dengan order baru dibawah pimpinan Lt Gen Soeharto walaupun semua kerja-kerja sulit CIA.


Residivis-residivis PKI ini melancarkan perang saraf dengan mau menggerak massa Indonesia membenci Malaysia dengan pelbagai rangkaian demonstrasi demi demontrasi. Kita kehabisan menghitung berapa banyak tunjuk perasaan yang diadakan. Tidak pernah pula kita dengar, rakyat Thailand berdemonstasi di Kedutaan kita di Bangkok kerana nelayan mereka ditangkap mencerobohi perairan kita. Kapal-kapal nelayan dan pukat Thai disita, malah kerana tidak dituntut buat sekian lama, sitaan dijadikan tukun ikan dengan menenggelamkannya di tengah laut. Tidak pernah rakyat Thai membuat sebarang protes. Mereka dengan patuh melalui proses undang-undang yang sedia sah ada di negara kita.


Isu penahanan sementara pegawai-pegawai Department Kelautan dan Perikanan Indonesia dijadikan alasan demonstrasi kotor puak-puak yang mahu mendeviasi kemelut inflasi yang paling teruk sejak akhir-akhir ini, apabila rakyat Indonesia dilarang atau dianjurkan tidak menyebut perkataan juta pada wang kertas mereka. Jika wang 10 juta rupiah, harus disebut 10 rupiah sahaja.

Terakhir sejumlah 24 MP (Wakil Rakyat) bakal didakwa di muka pengadilan oleh KPK (Komisi Pencegahan Korupsi) atas tuduhan korupsi. Rentetan peristiwa-peristiwa dalaman ini mengundang pihak tertentu untuk berbuat sesuatu yang mampu memindahkan perhatian rakyat dari isu korupsi 24 orang MP kepada gerakan ganyang Malaysia. Media Indonesia akan menumpukan pada penahanan pegawai Departmen Kelautan dan Perikanan mereka. Lalu mereka menuntut Kerajaan Malaysia meminta maaf. Bila kerajaan enggan meminta maaf, mereka melancarkan satu lagi gelombang ganyang Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia.

Sesiapa pun dapat membeayai demonstrans upahan agar paparan berita kisah pembakaran dan pemijakan bendera Malaysia mampu mengalihkan perhatian rakyat Indonesia agar isu-isu dalaman tenggelam dengan propaganda kebencian kepada Malaysia dan rakyatnya.
Rakyat Indonesia selalu keliru. Bila mereka pertama kali merdeka dari Belanda, rakyat tidak mahu membayar tambang bas kerana itulah makna merdeka buat mereka. Bila mereka memperolehi demokrasi sepenuhnya selepas jatuhnya pemerintahan Soeharto, demokrasi ditandai dengan kebebasan bersuara biarpun apa yang dilaongkan fitnah maupun dusta. Kebebasan bersuara, berdemonstrasi tanpa perlu meminta sebarang permit apa pun. Jadi, rakyat Malaysia harus menerima hakikat bahawa polis mereka tidak akan menahan sesiapa yang ingin tunjuk perasaan di depan Kedutaan Malaysia. Lain pula halnya, bila 2 orang mahasiswa Malaysia ingat tunjuk perasan di Kedubes RI di KL, mereka dicekup polis sebelum sempat pun membakar bendera Sang Saka Merah Putih. Di Indonesia, pembakaran bendera Malaysia bukan suatu kesalahan, polis RI yang berada di situ, menunggu sampai Jalur Gemilang terbakar hanggus.


Sebelum ini demonstrasi terakhir beberapa bulan lalu dibuat di hadapan Kedutaan besar Malaysia di Jakarta merupakan upaya deviasi media kepada skandal terbesar yang dijulukki melalui metafora "CICAK VERSUS BUAYA".

Cicak diwakili KPK (Komisi Pencegahan Korupsi) biro pencegahan rasuah yang tertinggi di Indonesia dan buaya diwakili oleh POLRI (Polisi Republik Indoensia. Pertelingkan KPK Vs Polri melibatkan cinta tiga segi, zina, skandal seks, korupsi, peras ugut, pembunuhan antara pemain-pemain teater Cicak versus Buaya. Akhirnya sang cicak (orang no 1 di BPR Indonesia) dijatuhkan hukum penjara kerana membunuh, cicak 2 dan cicak 3 kena bedalan (buaya) hukum. POLRI pun tercalar akibat pergelutan antara Cicak dan Buaya. Bayangkan di Malaysia, bagaiamana jadinya Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah BPR Malaysia saling melemparkan tuduhan kriminal terhadap satu sama lain. Tentulah perlu direncana "MEGA-DEVIASI berita" agar rakyat Indonesia tidak melancarkan demontrasi kepada Pemerintah, maka oknum-oknum tertentu/badan inteligensi mencipta usaha pengalihan perhatian rakyat kepada propaganda bencikan Malaysia melalu perang saraf yang sudah lapuk dan usang iaitu GANYANG MALAYSIA.


Begitulah jugalah hubungan Malaysia-Indonesia yang sentisa panas sejak wilayah Sipadan dan kebanyakan tuntuhan daearh laut bertindih yang belum selesai dirundingkan. Tetapi apa pun yang terjadi, Malaysia akan terus menjadi "Karung Tinju" Indonesia sedangkan pemindahan haram wang rakayat Indonesia ke Singapura berbilion USD tidak mendapat sepak-terajang dan tumbukan pada Karung Tinju Singapura. Singapura yang menerima wang panas hak rakyat Indonesia berbilion USD jumlahnya tidak dianggap pencuri, tetapi kita yang mengakui rendang itu salah satu makanan warisan dikecam sebagai pencuri dengan julukan Malingsia. Tanah-tanah di Batam dijual/digadai, pasir-pasir diseludup ke Singapura tanpa sebarang bantahan atau demonstrasi rakyat Indonesia di Kedutaan Singapura, Jakarta.
Rasional dan adilkah demokrasi dan demonstrasi Indonesia terhadap 'adik tiri'nya (Malaysia)?

Kapan Malaysia terus menjadi karung tinju Indonesia? Ianya harus berakhir.
Dr Rahmat Haroun MD
Langkawi 4 September 2010.

1 comment:

  1. Rasanya tuan, pawaka itu dimarakkan supaya rasa bersaudara itu renggang dan kemungkinan dua saudara berpeluk itu tidak akan berlaku. Harusnya karung tinju itu berisi singa, tetapi malangnya mereka sentiasa keliru sepertimana yang tuan katakan.

    ReplyDelete