Friday, November 20, 2009

Dari Di.Ar.Ti Ke Panggil Aku Melaju:Suatu Pelayaran Kreativiti Anak Pelabuhan.

Dari Di.Ar.Ti Ke Panggil Aku Melaju:
Suatu Pelayaran Kreativiti Anak Pelabuhan.

Assalamulaikum………….(Terima kasih Tuan Hj Abd Rahim, Pengerusi Majlis)
Yang berbahagia SN Dato Dr Anwar Ridwan, Dekan Fakulti Penulisan Kreatif, ASWARA, tenaga pengajar dan para mahasiswa ASWARA khususnya siswa-siswi Fakulti Penulisan Kreatif.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakam terimakasih saya atas jemputan FPK, ASWARA untuk menyertai program Persona ASWARA. Iannya tentulah suatu penghormatan buat seorang penulis sains fiksyen. Dalam bidang penulisan saya mungkin tidak memilikki sebarang kelulusan yang membolehkan saya dikategorikan sebagai seorang pengajar.
Memangnya dalam bidang perubatan, saya mempunyai kelayakan yang cukup untuk mendidik anggota masyarakat mengenai aspek-aspek pencegahan penyakit dan pengurusan kesihatan. Namun di bidang ilmu penulisan kreatif saya sendiri masih berstatus pelajar seumur hidup. Sebagai penulis jalanan, maksudnya saya tidak mendapat pendidikan formal bagaimana sebaiknya untuk menulis karya-karya kreatif. Jadi saya belajar menulis melalui perjalanan hidup saya. Melalui jalanan inilah saya belajar menulis sekehendak hati dan naluri, bukan sekehendak ilmu atau berdasarkan ilmu-ilmu penulisan yang dinamik dan mutakhir.

Pendahuluan.

Saya mau dikenali sebagai seorang anak bandar pelabuhan Butterworth, Seberang Perai, Pulau Pinang. Pernah nama Bagan Jaya diperkenalkan untuk mengganti nama Butterworth, namun ianya tidak pernah berjaya menambat hati penduduknya seperti mana pada Petaling Jaya atau Subang Jaya.
Saya percaya Butterworth mempunyai keperibadiannya sendiri hingga tidak mudah pihak berkuasa merubah nama-nama yang sudah sebati dengan penduduknya. Di kalangan orang Melayu, Butterworth dikenal sebagai Bagan. Tempat yang saya tinggal di kenal sebagai Bagan Dalam.
Sebagai sebuah bandar pelabuhan, Butterworth dikunjungi kelasi bukan untuk memungah barangan, kerana dulunya pemunggahan kargo dilakukan di dermaga di Tanjung hinggalah kompleks dermaga baru dibina di Perai Butterwoth tetapi untuk mengisi bahan bakar, kapal-kal kargo harus berlabuh di dermaga Bagan Jaya. Jadi Butterworth ketika saya membesar, merupakan bandar persisir yang menyediakan keperluan kelasi dan pelayar. Dari bar, kelab-kelab malam hinggalah sarang-sarang pelacuran, semua siap sedia untuk para kelasi dan pelaut. Saya membesar di kalangan penjenayah, pengedar dadah, pelacur dan pemabuk yang memperkayakan pengalaman dan pengamatan saya pada usia-usia mentah. Bapa saya bekerja sebagai pemandu kren di SPP (Suruhanjaya Pulau Pinag) bergaji RM 260 sebulan untuk menyara dan mengalas sedozen perut disamping beliau mampu membeayai pendidikan kepada kesemua 11 anaknya. Di tahun 60an tiada subsidi buku, apa lagi buku percuma, tetapi ayah saya dengan kerja lembur atau OT, berjaya meletakkan makanan yang sihat di lantai rumah dan buku-buku sekolah untuk kesemua anak-anaknya.

Kami tinggal di Kuaters PPC/SPP merupakan komuniti pekerja pelabuhan dan feri Pulau Pinang yang berbilang kaum. Ianya mewakili semua bangsa-bangsa di Malaysia dan dari segi demografi, ianya pasti memenuhi aspirasi 1Malaysia. Berhampiran Kuaters PPC dipisahkan dengan pagar, adalah Kg Musang yang merupakan sarang pelacuran diihuni orang Cina dan India, juga kira-kira 500meter terdapat Kg Bagan Dalam yang dihuni seluruhnya orang Melayu.
Pengalaman tingal di kawasan merah mendedahkan dengan segala macam watak manusia dari pencuri, penjudi, penagih dadah, pelacur hinggalah kepada pemabuk-pemabuk dan pemaki-pemaki. Malah, sebelum 13 Mei lagi, daerah merah itu sentiasa menyaksi dan menjadi medan bentrukan berdarah antara ras yang bermusim sifatnya di awal-awal tahun 60an. Di usia mentah, pernah menyaksikan mangsa-mangsa dan korban pertempuran ras yang menyayat hati. Masih terbayang kepedihan di mata saya, bila gas pemedih mata itu dibawa angin tersasar menembros jerejak tingkap rumah. Pengalaman hitam ini membujukan saya mengagungi citra damai dalam apa jua situasi. Beberapa imbasan lampau terlalu sadistik yang disebut di forum sebegini.
Disebabkan diulit kemiskinan menahun, pada usia yang muda, saya dan adik-adik saya terpaksa menjaja kueh di sekitar Butterworth untuk ikut membantu ibu. Selepas balik dari sekolah dan makan tengah hari, ibu sudah menyiapkan kueh untuk dijual. Cucur keria dan cucur badak memenuhi dua buah raga kadang-kadang mencapai antara 150 hingga 200 biji kueh. Dijual pada 5 sen sebiji, saya mendapat komisyen 1 sen.

Dengan menjual kueh mendedahkan saya dengan ragam manusia dan suasana. Jika saya tidak menjual kueh, tidak ada sebab untuk saya berjalan jauh dari rumah sekitar 5 batu parameter, meneroka segenap pelosok Butterworth, dari ghetto hingga ke daerah merah, daerah terlarang dan sarang perjudian, pendek kata di mana saja ada pelanggan yang mau mencicipi cucur badan dan cucur keria. Di usia formatif, pendedahan awal mematangkan minda bagaimana berinteraksi dengan pelangan-pelangan saya. Menjual kueh kepada penjudi-penjudi yang bermain pakau di dekat pier. Kekadang bertempiaran lari bila ada kelibat polis mendekati. Di Bagan, kami memanggil polis sebagai dokyok. Di sini, saya mampu melihat bagaimana duit lima sen dari tangan pelacur dan pejudi itu secara magis menjadi halal di telapak tangan saya sebaik sahaja terjadi transaksi jualan kueh-kueh.

Selain kelasi, pelaut, pelacur, pejudi, pengendar dan penagih ganja, penduduk kawasan perumahan JKR, Kilang Bijeh Timah, Kastam, Bomba menjadi sasaran penjualan kueh-kueh saya. Tetapi yang menariknya secara kebetulan, saya akan mengakhiri misi penjualan saya di Hospial Daerah Butterworth. Biasanya bila saya tiba di kawasan hospital sudah masuk ‘tea-time’, jadi para pesakit luar dapat membeli kueh-kueh yang saya jual sampai dihalau dresser bertugas. Kemudian saya akan masuk ke koridor pesakit dalam hospital terutama wad TB (hingga kerap saya dihalau petugas hospital). Di sini saya terdedah dengan suasana hospital dan kehidupan doktor-doktor dan para medik sambil menyimpan hasrat untuk menempati diri dalam keadaan hospital sebagai seorang doktor yang saya kagumkan. (Peristiwa Tanya Cita-cita 1963). Sebelum pulang dengan raga yang telah ringan, saya akan singgah ke Wad Psikiatri di mana pesakit-pesakit psikotik dikurung dalam wad berbentuk penjara. Melalui tingkat kecil separa bulatan, saya akan mengintip kerenah dan tingah laku pesakit-pesakit jiwa yang kerapkali cukup menghiburkan. Pengalaman-pengalaman dan pendedahan sebegini mempertajam pengamatan saya mengenai kemanusian dan permasalahannya di kemudian hari.

Tinggal di kalangan komuniti majoritinya buruh kasar, saya tidaklah sangat menyendiri (menurut pandangan saya, pandangan orang lain agak berbeza) masih bermain dengan kanak-kanak berperangai kasar, bercakap kasar selain menggunakan perkataan jorok, lucah yang tidak terbayang minda manusia yang beradab. Kata-kata carutan diucapkan kanak-kanak pada usia kecil seawal 4-6 tahun dengan nada selamba. Apatah lagi mereka berumur 7-18 tahun, carutan mereka lebih ‘advance’ . Jauh lebih dahsyat mutunya jika dibandingkan dengan makian yang diguna di internet atau di mana-mana sekali pun yang pernah saya dengar.

Hampir setiap hari, komuniti itu akan diwarnai dengan pergaduhan, pertelingkahan, budaya serang-menyerang, dihujani dengan carutan makian antara, ibu dengan ibu, ibu dengan anak , anak dengan anak, biasanya di antara bangsa-bangsa yang sama. Jarang terjadi pertengkaran antara Melayu dengan India atau pun Cina. Pertengkaran dan pergaduhan antara orang Melayu yang paling mendominasi. Isu-isu remeh temeh, seperti ayam-itik jiran suka berak di kawasan rumah jiran, belum lagi menuduh anak jiran mencuri ayam-itik, menuduh anaknya mengendap anak dara orang, anak remaja mengusik anak dara jiran dan pelbagai ragam masalah domestik.
Pengkayaan minda melalui pendedahan kemelut antar-manusia dalam realiti masyarakat semi-urban membolehkan saya membuat penilaian melalui pengamatan, lalu menerapkan apa yang saya alami di masa lampau dalam menulis karya kreatif dengan penokokkan kesan dramatik dari pengalaman asal. Semua novel-novel saya tidak tercetus tanpa rujukan peristiwa masa silam. Pengalaman silam diadunkan dengan penciptaan semasa, sama ada sebagai latar atau penambahan nilai watak-watak separa real adalah ragam yang mewarnai pemerian novel-novel Di.Ar.Ti., Manuklon, Sentuhan Oedipus, Terang Bulan, Hikayat Neogenesis, Fitrah Kimiawi dan Panggil Aku Melaju.
Orang kerap bertanya bagaimana seorang doktor atau pengamal perubatan boleh menulis novel. Pada mereka, sesuatu agak pelik dan ganjil. Saya selalu cuba menyakin penanya; yang sebenarnya adalah, saya seorang penulis yang menjadi doktor. Seorang penulis akan menulis menurut nalurinya samalah seperti seorang pelukis akan melukis atau pemuzik akan tidak senang duduk kalau dia tidak memainkan instrumennya. Begitu jugalah dengan seorang penulis. Dia perlu menulis kerana menulis itu adalah suatu dorongan dari dalam yang hakiki. Bukan paksaan, ianya dia, seorang penulis kreatif.
Memang, saya mula menulis sejak di sekolah menengah lagi tetapi pada mulanya karangan bukan-fiksyen. Sempat memenangi pertandingan mengarang peringkat sekolah dan pernah memenangi Hadiah Sagu-Hati Pertandingan Peringkat Kebangsaan “Malaysian Nature Society” pada tahun 1968. Pada tahun yang sama saya mulai berjinak-jinak dengan genere puisi ketika polemik sajak “Sidang Roh” karya Kasim Ahmad hangat diperkatakan di kalangan peminat puisi di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Kegiatan menulis karya kreatif saya terhenti ketika belajar di pra-U dan Universiti tetapi itu tidak menghalang saya mengikuti kegiatan susastera Indonesia secara tidak langsung yang merupakan aktiviti penghayatan seni sastera mahasiswa perubatan di kampus universiti tempat saya belajar.
Apabila saya telah memperolehi Sarjana Kedokteraan dan dilantik menjadi DM atau Doktor Muda atau Intern di RS Dr Soetomo Surabaya, saya menimba banyak pengalaman sosial yang saya rakam di benak dan rakaman-rakaman itu kembali muncul semula sebahagian dalam olahan dramatik melalui “Terang Bulan.” Meskipun tersangat sibuk, disebalik kekangan masa sebagai seorang doktor muda, saya menyempatkan diri menulis sebuah artikel berjudul “ISA penyelamat rakyat Malaysia” dan disiarkan di Harian Kompas sekitar tahun 1977 sebagai jawapan terhadap gerakan anti-Malaysia yang rancak ketika itu sabit hukuman korporal yang dijatuhkan kepada seorang remaja Malaysia atas kesalahan pemilikan senjata api. Penyiaran artikel itu ikut mengejutkan rakan-rakan mahasiswa Indonesia yang tidak menyangka tulisan saya bisa dimuat di harian peringkat nasional mereka. Selain pujian, saya juga menerima ancaman berupa kartupos yang mengutuk tulisan saya sebagai rasis.

Sekembali dari Indonesia, saya terus menulis. Namun tidak satu pun artikel yang saya tulis dan kirim, diterbitkan oleh majalah-majalah nasional termasuk Dewan Masyarakat. Isu kesihatan bukan jadi keutamaan pada sekitar tahun 1980-1981. Meskipun demikian, kegagalan itu tidak melemahkan semangat saya untuk menulis.

Akhirnya, dalam satu kunjungan ke USA pada tahun 1989, telah mendesak saya menulis, bukan non-fiksyen tetapi sebuah sains fiksyen. Lahirlah Di.Ar.Ti. dari rahim minda kreatif saya. Pada masa yang sama, DBP sedang merekruit penulis-penulis dari kalangan profesional termasuklah doktor. Saya diundang untuk menghadiri bengkel-bengkel penulisan anjuran DBP. Melalui galakan ini, saya terus menulis. Atas pengalaman pendek dalam tentera dan kegusaran situasi perpecahan di kalangan orang Melayu (sampai sekarang) di samping pemikiran pemimpin negara tetangga tentang kuasa undi individu dipengaruhi emosi, maka timbullah idea untuk menghasilkan sebuah novel ‘apokaliptik’ Malaysia 2097 bergenre sains fiksyen futuristik yang berjudul Manuklon.
Terang Bulan novel ketiga saya merupakan suatu recap kehidupan seorang remaja Malaysia yang menuntut di bidang perubatan di Indonesia. Krisis dan kontroversi Indonesia-Malaysia yang menjadi-jadi pada masa kini, sebenarnya telah berakar umbi sejak zaman konfrontasi Sukarno lagi. Bila ORLA berakhir, hubungan diplomatik yang baik antara kedua-dua negara di bawah pemerintahan ORBA Suharto telah merealisasi program pertukaran guru/pensyarah-pelajar. Menerusi program ini, saya telah ditawarkan beasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di salah satu universiti terkemuka di Indonesia. Kehadiran penulis di tengah-tengah masyarakat Indonesia kelas menangah sentiasa diwarnai dengan pelbagai pancaroba dan kejutan budaya di luar dugaan. Ironi bukan. Ini barangkali disebabkan andaian yang didasarkan persepsi kebanyakan orang Melayu tentang kerumpunan Melayu Serantau. Sedikit sekali, kita sedari bahawa benteng-benteng pemisah antara (apa yang mau saya katakan sebagai) “SATU BANGSA DUA NEGARA” dengan kekentalan nasionalisme masing-masing yang berbeza. Melalui “Terang Bulan” saya merakam sentimen-sentimen anti-Malaysia bermula dengan lagu kebangsaan Malaysia yang dipertikaikan. Pengaruh Anti-Malaysia Sukarno demikian kuat terpahat dalam minda tidak hanya di kalangan orang Indonesia kelahiran tahun 40,50, 60an malah sentiasa dihidupkan sentimen-sentimen kenegaraan dan sikap memandang kecil dan rendah mereka terhadap kita dalam aspek budaya dan kenegaraan. Anehnya, meskipun dalam suasana tidak serasi menyangkut budaya dan kenegaraan (akibat nasionalisme extrim kedua-dua belah pihak) namun soal hubungan harian tidak terjejas. Lebih aneh lagi, mereka yang tanpa segan silu menyatakan tidak ‘senang’ dengan kehadiran mahasiswa merebut tempat yang sepatutnya dipenuhi oleh anak-anak Indonesia, tetapi amat senang sekali kalau dapat bermenantukan teruna dari Malaysia. Hampir 80% hingga 100%, mahasiswa Malaysia di masa saya belajar berkahwin dengan gadis-gadis Indonesia. Malah ada beberapa kes, Malaysia hantar seorang mahasiswa perubatan, dapat dua doktor. Mana mereka tak marah?



Proses Penkaryaaan Novel Di.Ar.TI.

Novel sci-fi saya yang pertama, diterbitkan pada tahun 1990 oleh DBP. Idea menulis Di.Ar.Ti. timbul setelah saya berpeluang mengunjungi sebuah klinik tersohor di dunia iaitu Mayo Clinic. Klinik ini mempunyai bangunan 21 tingkat menempatkan lebih 1500 spesialist (3,649 pada 2008) dengan tenaga sokongan para-medik dan non-medik sejumlah 60,000 orang pada masa kini. Tiap aras mempunyai empat sayap. Kesemua sayap dipenuhi pesakit. Pesakit-pesakit rujukan dari segala pelosok dunia datang ke Mekah Perubatan untuk medapatkan pendapat dan pandangan ketiga setelah mendapat rawatan awal di bandaraya atau negara asal pesakit.

Di sini saya terpegun melihat berpuluh-puluh ribu pesakit datang ke situ dengan tujuan untuk mengelak dan menunda kematian. Jadi timbul ilham, jika kematian telah terjadi mampukah sains perubatan mengembalikan nayawa kepada suatu kematian. Maka lahir singkatan DRT yang bermaksud Death Revival Technique yang disembunyikan dalam code computer.


Bila draf awal saya ajukan ke DBP untuk penerbitan pada tahun 1989, DBP sedang melancarkan program untuk menggalakkan kalangan profesional seperti doktor, saintis, jurutera, peguam, arkitek, ekonomis, shahbandar dan lain-lain professional untuk terlibat secara aktif dalam penulisan kreatif.

Hasrat saya melibatkan diri dalam pengkaryaan kreatif pada peringkat awalnya hanya berhasrat untuk memberi contoh sebuah sains fiksyen seharusnya berbentuk serius dan mengandalkan ilmu-ilmu sains terkini dan menerusi ilmu-ilmu tersebut pemerian kisah-kisah dikembangkan sehingga meninggalkan realiti semasa lalu membentuk gagasan ramalan dan segala ramifikasi di masa akan datang.

Novel kedua dan ketiga ditulis dalam masa serentak. Novel Manuklon dan Terang Bulan ditulis pada tahu 1990 dan kedua-duanya berjaya diterbitkan oleh DBP pada tahun 1991.
Manuklon adalah sebuah novel sains fiksyen yang membicarakan kesan-kesan aplikasi kejuruteraan genetik. Manuklon adalah gabungan dua perkataan, manusia dan klon. Novel futuristik ini memaparkan konflik antara manusia puris dan manuklon pada akhir abad ke 21 dengan latar landskap apokaliptik Malaysia.

Sentuhan Oedipus merupakan sekuel dari Di.Ar. Ti dan diterbitkan oleh K Publishers Sdn Bhd, satu-satu novel saya diterbitkan di luar penerbitan DBP.
Saya tidak berhasrat membicang secara terperinci novel-novel awal saya tetapi lebih ingin menumpu perbincangan hari ini kepada tiga novel terakhir saya iaitu Hikayat Neogenesis, Fitrah Kimiwi dan Panggil Aku Melaju.

Setelah beberapa tahun menyepi iaitu selepas empat novel yang pertama, saya masih mengikut kegiatan sastera secara pasif, tidak menghasilkan sebarang novel kerana novel kelima saya berjudul Gemeli telah saya buang ke tong sampah Majlis Perbandaran Langkawi meskipun sudah sampai ke bab ke X. Panggil saja mogok seni, saya juga dirasuk emosi seperti sesiapa jua yang berkecimpung dalam bidang seni, sesekali dirundung kemurungan susastera. Tetapi apakah tragedi yang mengakhiri mogok seni saya itu? Apakah yang membuat saya bangkit semula dari mogok seni itu di suatu celah masa hampir satu dekad? Jawapannya:

Pada tahun 2002, tragedi menimpa Bahasa Melayu. Kewibawaan Bahasa Melayu tercabar dan tercalar dengan ura-ura pelaksanaan PPSMI. Mogok Seni saya yang tak pernah diisytihar kembali menyuburkan jiwa penulisan kreatif saya. Upaya segera saya adalah menghantar sebuah puisi protes berjudul “Selamat Tinggal Bahasa Melayu Ilmiah” ke majalah Dewan Sastera. Sayangnya sajak tersebut dibakul sampah oleh editor.
Menyedari kawalan pihak berwajib atas ekspresi susastera melalui birokrasinya, saya tidak mahu melancarkan bantahan frontal kepada hasrat kerajaan melaksanakan PPSMI. Lalu saya memilih pendekatan satira dengan menulis sebuah novel berjudul Hikayat Neogenesis . Hikayat merupa kitab yang mengisahkan kisah-kisah lama dan purba, sedangkan Neogenesis mewakili istilah-istilah sains yang telah diMelayukan. Gabungan kedua-dua perkataan itu merupakan sindiran/parodi terhadap PPSMI.
Sebagai contoh, saya petik keratan dialog dalam novel Hikayat Neogenesis:

Kepada satu pertanyaan oleh peguam Lim kepada Dr Wan, pengarang tanpa berselindung lagi menunggangi watak-watak ciptaan untuk mengemukakan bantahan terhadap PPSMI dengan terang dan jelas sekali
“Mengapa tindakan kerajaan itu begitu berkesan kepada Dr Wan ?”
“Sebab saya terdidik sepenuhnya mulai pendidikan rendah tanah air hingga di pendidikan tertier dalam bahasa Melayu. Meskipun demikian saya masih berasa tindakan kerajaan itu agak pragmatis memandangkan cabaran gelombang globalisasi telah menimbulkan panik di kalangan pendidik di tanah air yang merasakan bahasa Inggeris lebih layak digunakan mengajar matematik dan sains biarpun di tahun satu, peringkat yang terendah dalam sistem pendidikan negara. Bahasa Melayu kini tidak lagi layak sebagai medium pengajaran mata pelajaran sains dan matematik. Itulah yang menyedihkan saya, tapi saya yakin kerajaan serius dengan perlaksanaannya dan dijangka tidak menoleh ke belakang lagi, dalam erti kata lain melupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal oleh nasionalis-nasionalis terdahulu yang rata-rata adalah bekas guru yang kemudian membina kerjaya mereka sebagai ahli politik. Kini ramai ahli korporat dan kontraktor menjadi ahli politik, mereka ini mengambil pendekatan pragmatik lalu memihak kepada globalisasi dan patriotisme dengan membelakangi nasionalisme sehingga sanggup mencabut jiwa bahasa Melayu itu daripada bangsanya. Saya dibesarkan dengan semangat “Bahasa Jiwa Bangsa” (nya) Syed Nasir dan cara terbaik untuk merakam atribut sastera saya dengan menulis novel Hikayat Neogenesis. Tiga puluh tahun lamanya, DBP dengan kerjasama pakar sains dan matematik tanah air bertungkus lumus mencipta istilah sains dan matematik, tetapi menjadi sia-sia dan sejarah telah berjaya membuktikan bahasa itu telah digunakan secara meluas di semua peringakat pendidikan dalam rangka menjadikan bahasa Melayu satu bahasa besar yang disegani. Dengan perlaksanaan dasar baru ini, puluhan ribu istilah bahasa Melayu saintifik akan menjadi bahasa arkib. Istilah-istilah itu tidak lagi berguna, berpuluh juta ringgit dihabiskan untuk mengembangkannya, tidak terhitung tenaga fikiran yang dicurahkan oleh pencinta-pencinta bahasa yang mahu memertabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Untuk menjadi bangsa Melayu maju, pencinta-pencinta bahasa diminta memilih antara bangsa atau bahasa. Jika mereka lebih sayangkan bangsa, mereka diharuskan memilih bahasa Inggeris. Agar istilah-istilah itu tidak dilupakan, maka saya merakam semula istilah-istilah itu dalam novel satira untuk memberi penghormatan terakhir kepada kemangkatan bahasa Melayu ilmiah dengan menghikayatkan perbendaharaan kata yang bakal menjadi antik itu. Maka tercetuslah novel berupa Hikayat Neogenesis,” jelas Dr Wan dengan panjang lebar.[1]

Demikian juga dengan novel Fitrah Kimiawi. Pembelaan terhadap Bahasa Melayu tersirat melalui peristiwa-peristiwa akibat pelaksanaan PPSMI hingga terjadi peminggiran Bahasa Melayu di MRSM yang menjadi latar novel tersebut.

Fitrah Kimiawi merupakan novel projek DBP atas galakan Sdr Abdul Ahmad yang inginkan saya menghasilkan sebuah novel remaja. Lalu saya dibengkelkan beliau di bawah mentor Allahyarham Prof Dharma yang mana beliau sendiri mencadangkan judul kepada novel tersebut. Novel Fitrah Kimiawi merupakan kembangan-karya cerpen “Kimiawi Cinta” yang dibentangkan sebagai kertas kerja di bengkel penulisan kreatif anjuran DBP Cawangan Utara.

Peristiwa pembuangan novel “Hujan Pagi” karya SN A Samad Said dipilih secara simbolik untuk melambangkan kegiatan penolakan sastera Melayu oleh kalangan guru yang taksub terhadap pelaksanaan PPSMI. Novel Hujan Pagi itu dipinjamkan oleh oleh guru BM kepada pelajar terbabit. Setelah ditangkap membaca novel tersebut semasa kelas, guru biologi telah melempar buku itu melalui tingkap. Pengarang memilih suasana hujan gerimis sebagai latar landskap. Secara dramatik, pengarang menggambarkan kepiluan pelajar ketika memungut novel “Hujan Pagi” yang basah dan rusak akibat pembuangan novel itu oleh guru biologi. Peristiwa pembuangan (fiktif) mewakili perlambangan usaha peminggiran sastera Melayu dalam pembentukan minda penghayatan sastera generasi remaja yang mahu diganti dengan apresiasi sastera Inggeris.

Usaha peminggiran sastera Melayu dapat dirasai terutama guru-guru BM dan sebilangan kecil guru-guru sains lainnya. Sastera Melayu mendapat pembelaan apabila guru BM dan guru fizik berpadu tenaga menganjurkan Malam Puisi dengan menjemput Prof. Wan Ahmad Tajuddin (bukan watak fiktif) seorang pakar nuklear fizik yang juga seorang pemuisi. Dalam FK, pra-kata anatologi puisi beliau, Lawatan Lain dipaparkan sebagai bukti pentingnya menghasilkan insan sains yang berjiwa seni dalam menghasilkan pelajar-pelajar sains yang mampu menggunakan kedua-dua otak kanan dan kiri secara holistik. Mengembalikan seni sastera kepada pemikiran sains dalam penyatuan semula ilmu merupakan usaha mengwujudkan ‘whole-brain thinkers’. Kalau sastera Melayu ingin mendapat tempat di hati generasi akan datang, maka program menggunakan kedua hemisfera otak secara serentak perlu diaktifkan dan diperkenalkan. Kalau tidak, kita hanya akan menghasilkan ilmuan sainstis yang tidak celik-sastera. Di zaman kegemilangan intelektual lampau tiada dikotomi sains-sastera. Contohilah Ibna Sina, Al-Hayan, Al-Khwarizim dan lain-lain. Mereka sainstis dalam zaman mereka, disamping penyair. Pada pandangan saya, Prof Dr Wan Ahmad Tajuddin adalah di antara contoh terbaik insan whole brain thinkers.

Pengarang dengan sengaja mengungkap petikan lengkap pra-kata Lawatan Lain yang ditulis oleh tokoh yang diidolakan sebagai hasilan sistem pendidikan nasional yang mengorbankan sastera Melayu meskipun di era pra- PPSMI.

Panggil Aku Melaju (DBP 2008)

Latar Belakang PAM.
Berbeza dengan HNG dan FK, PAM bukan sebuah novel projek DBP. Malah pada peringkat saringan, PAM ditolak untuk penerbitan dan dikembalikan kepada penulis kerana sebab-sebab yang tidak diberitahu secara resmi.
Tidak putus asa meskipun sedikit kecewa dengan pemulangan manuskip PAM, saya secara kebetulan atau entah diatur, dihubungi agen literari swasta yang dilantik DBP. Kali kedua PAM dihantar melalui agen, juga mengambil masa yang lama bagi birokrasi sastera di DBP untuk membuat keputusan. Akhirnya, DBP setuju untuk menerbitkannya dengan syarat, dua adegan bunuh-diri ditiadakan. Saya kecewa lagi kerana algojo susastra mengunakan kuasa eksekutif mereka untuk memotong klimak novel saya. Oleh kerana ada syarat yang dikenakan dan kerana sangat mahu PAM itu diterbitkan, saya beralah mempersetujuinya. Dipersetujui, adegan bunuh diri antagonis di Menara Berkembar Petronas dan protagonis pula tidak digambarkan sebagai membunuh diri tetapi menghilang diri secara misteri. Saya membenarkan bahagian akhir novel PAM ditulis semula. Dan saya serahkan kebijaksanaan itu pada agen literari yang dilantik. Kesemua teks kecuali dua adegan bunuh diri dilenyapkan oleh kuasa eksekutif algojo susastra Malaysia dalam usaha membentuk penulisan kreatif lebih bertanggung-jawab. Tetapi kebebasan kreatif susastra Melayu sedikit tercalar dengan kawalan ekspresi oleh pihak berwajib yang mengatur tahab kebebasan penulisan meskipun dalam hanya sebuah cerita rekaan!


Sinopsis PAM.
PAM berkisar tentang halusinasi seorang pesakit mental lelaki yang diketemui dalam keadaan telanjang bogel, tanpa dokumen pengenalan diri yang kemudiannya dimasukkan ke Institut Mental Negara (IMN). Pesakit itu yang enggan memberitahu namanya (diberikan nama Mr. X dalam pendaftaran) ternyata sangat sensitif bila bertanya mengenai bangsanya. Beliau tidak mahu dipanggil Melayu tetapi Melaju.

Lelaki itu kemudiannya tidak menuturkan sebarang percakapan (mutisme) setelah dimasukkan ke dalam wad. Namun disebalik mutisme itu atau mogok-tutur, minda kacau Mr X memaparkan sebuah odesi pencarian akar-akar linguistik BM dalam karangan halusinasi bercerita yang teratur dan indah namun diirringi gerak-tari teaterikal dalam persembahan pantomim yang berlarutan panjang. Pantomimisme itu membingungkan pakar-pakar psikiatri di IMN yang mengkaji kecelaruan minda Mr X.

Disebalik odesi minda Mr X itu, Komplek Hospital Kuala Lumpur yang menempatkan IMN digemparkan dengan pembunuhan ngeri dan bersiri. Oleh kerana ada kalanya Mr X mempamerkan gerakan-gerakan ganas dalam pantomimismenya beliau disenaraikan sebagai salah seorang suspek.
Dengan rawatan, lambat laun Mr X tampak pulih dan mampu berkomunikasi dengan para doktor dan pesakit-pesakt mental lainnya. Usaha untuk mengenai pasti indentiti Mr X akhirnya berjaya; ternyata beliau adalah seorang arkeologis, filologis dan etnolinguis di ATMA UKM yang bernama Dr Ridzuan. Bila identitinya dikenalpasti, Dr Ridzuan yang hampir pulih dari halusinasinya dan kembali mengenali dirinya yang sebenarnya, telah ditempatkan wad VIP berasingan dari pesakit-pesakit mental lainnya. Dr Ridzuan atau Mr X itu terserempak dengan bilik rahasia pemujaan mangsa pembunuhan bersiri. Sayangnya, perlaporan beliau itu dianggap halusinasi paronoidnya kumat lagi.
Kecelaruan minda Dr Ridzuan sebenarnya disebabkan rasa tertekan dan kekecewaan yang mendalam akibat pelaksanaan PPSMI. Novel ini merupakan bantahan susastra terhadap PPSMI secara total lagi sinis. Disebalik kecelaruan mindanya dia mampu membantu polis mengenalpasti pelaku pembunuhan bersiri di Hospital KL. Datuk Dr Kamarudin tidak sempat dihukum oleh keadilan undang-undang namun beliau dimatikan penerbit (tidak pengarang) oleh penyakit barah otak yang dihidapinya sedangkan versi asal dia membunuh diri dalam adegan dramatik penuh debaran dengan terjun dari tingkat 68 Menara Berkembar Petronas. Dalam versi asal pengarang merakam dua kejadian bunuh diri kedua-dua antagonis dan protagonis di dua tempat yang berbeza yang menjadi mangsa suntingan di meja editor DBP. Kedua-kedua peristiwa bunuh diri itu, satu di Menara Berkembar Petronas dan satu lagi di bumbung IMN mempunyai makna tersendiri. Ketika membunuh diri dengan terjun dari atas bumbung IMN, Dr Ridzuan menjerit sekuat tenaga kata sumpahan yang kerap dipekikkan oleh Mr X semasa beliau masih hilang akal.
Sebenarnya kata sumpahan itu menjadi fokus utama sebagai bahan kajian semi-ilmiah beliau ketika merantau di lokasi-lokasi arkeologi yang dikunjunginya. Beliau berjaya menjejaki asal usul perkataan-perkatan yang berkaitan dengan anatomi tubuh manusia yang digunakan oleh etnik Malayonesia di seluruh kepulauan Nusantara. Perkataan-perkataan tersebut tidak banyak mengalami perubahan meskipun diuji masa, migrasi cuaca dan perubahan budaya-bahasa. Perkataan-perkataan itu kekal subur dalam masyarakat Nusantara yang diakari susur-galur geneologi dan sosio-budaya yang sama. Sumpahan itulah barangkali yang mau disampaikan oleh Dr Ridzuan watak fiktif pencinta bahasa Melayu kepada pelaksanaan PPSMI. Sepanjang kegilaannya itu Mr X secara geram dan berulang meledakkan makian itu yang menjadi klu atau tanda kepada kecelaruan minda yang dideritai Dr Ridzuan. Novel ini mengabadikan rakaman susastra dalam membantah pelaksanaan PPSMI dari awal hingga akhir.

Bukti-bukti Bantahan Susastra terhadap PPSMI.
Bukti-bukti bantahan susastra terhadap PPSMI begitu banyak dan dengan jelas diketengahkan berbanding HNG dan FK. Malahan tidak berlebihan kalau saya mengatakan PAM ditulis khusus untuk memprotes PPSMI.

Pembelakangan BM oleh syarikat-syarikat swasta milik kerajaan.
Syarikat-syarikat penswastaan kerajaan pun malu nak pakai nama Melayu. Dulu pakai Kedai Telekom, sekarang TM Point. “Kedai” itu kampungan. Pada era globalisasi , apa saja yang berbau Melayu akan dihilangkan. [2]
Pembelaan terhadap dakwaan kalangan pro-PPSMI yang BMI mengandungi banyak istilah-istilah pinjaman.
Pengkhayal melihat peminjaman istilah merupakan amalan yang pragmatik. Bukanlah merendahkan mertabat bahasa itu. Peminjaman tidak akan merendahkan mertabat sesuatu bahasa. Semua bahasa meminjam kata-kata orang lain dan dijadikan bahasa mereka. Kalau kata-kata pinjaman itu digunakan bertahun-tahun dan berkurun-kurun, lama-lama ia menjadi milik bahasa itu. Tidak siapa perlu mempertikaikannya. Sekaligus kata-kata pinjaman memperkaya perbendaharaan bahasa ibunda.[3]
Catatan emosi pencinta bahasa terhadap pelaksanaan PPSMI
Perasaan rawan Pengkhayal tidak dapat disembunyikan lagi ketika mengenang nasib bahasa Pengkhayal yang ditinggalkan dalam keghairahan diaspora baru untuk mengejar ilmu-ilmu tinggi. Pengkhayal meratapi kemangkatan bahasa ilmiahnya saking kegelojohan terhadap kemajuan duniawi sehingga membelakangi bahasa warisan yang kepingin juga maju seperti bangsanya. Kerawanan Pengkhayal menjadi nyata apabila mengingati bagaiman ilmuwan bangsanya sanggup mencicirkan bahasa ibunda dan menganggap bahasanya tidak layak berada di sisinya ketika bangsanya mencapai status negara maju di persada anatarbangsa. Ratusan ribu tahun yang lalu, bahasa ibunda sentiasa setia mengiringi penghijrahan manusia purba dan tidak pernah meninggalkan bangsanya. Ia terus maju bersama-sama pergerakan bangsanya. Sebab itu, Pengkhayal lebih selesa dengan dunia lampaunya.......................... Maka, dunia lampau ialah dunia sanubari yang meletakkan bahasa ibunda berada kekal di mercu penghormatan.[4]

Wacana kekesalan membantah PPSMI secara sinis.
Pembelakangan dan penciciran terancang cabang ilmiah bahasa ibunda menyebabakan dia merantau dalam kembara minda untuk mencari susur-galur asal usul bahasa ibunda yang dia banggakan. Dia sejak kecil membesar dan bernyawa dengan bahasa ibundanya. Tidak hairanlah dia terlalu hiba atas kemangkatan itu. Maka, kembara bahasa ialah suatu perlarian yang amat bermakna. Makin hari makin banyak istilah yang Pengkhayal temui mempunyai akar umbi berkurun-kurun lamanya. Ah, betapa pengkaji bahasa mengecil-ngecilkan ketulenan bahasa ibundanya itu. Mereka mengatakan jumlah perkataan yang berasal daripada bahasa ibunda tidak melebihi jumlah jari sebelah tangan. Ia (nya) suatu mitos yang ditanam dalam minda anak-anak bangsa sehingga apabila anak-anak bangsa menjadi pembuat keputusan, mereka berpihak kepada bahasa import dan akhirnya membunuh cabang ilmiah bahasa ibunda sendiri.[5]
Pemertabatan Bahasa Melayu sebagai hasilan evolusi bahasa (sedangkan PPSMI sebagai tindakan penghinaan dan pengaiban BM)
Pelayaran bersejarah itu sangat bermakna bagi Pengkhayal, bagaimana orang Ma Lanyu itu berubah dari pelaut yang membina kapal layar; menjadi pembina menara berkembar tertinggi di dunia. Daripada pembina kapal ke pembina manumen, orang-orang Ma Lanyu melalui pelbagai proses tranformasi, daripada suatu etnik kecil kepada suatu bangsa bermartabat, bermaruah dan berdaulat. Dari anismisme kepada hindunisasi, sankritinisasi, arabisasi atau islamisasi dan penjawian, feringinisasi, holandianisasi, hispanisasi, perumian dan akhir anglonisasi. Lahirlah satu bangsa dan bahasa yang matang setelah melalui ribuan tahun pembentukannya. Pletora genetik bangsa yang pelbagai itu menyumbang kekayaan korpus bahasa Pengkhayal yang mulai diragui oleh kalangan yang taasub terhadap kuasa dan pengaruh bahasa dunia pada bumi kini yang adipolar. Bagaimana kata-kata disaring dan dipilih untuk menjadi sebahagian daripada korpus bahasa yang memungkinkan bahasa Pengkhayal menjadi matang, unggul dan berima yang sesuai untuk berpantun, bersyair gurindam seloka dalam tambo, talibun, babad dan hikayat.[6]

PPSMI membelakangi kontrak sosial.
Betapa Pengkhayal menyedari bahawa pegkaji-pengkaji awal bangsa Pengkhayal merendah-rendahkan keaslian bahasa Pengkhayal. Namun dalam tinjauan filologi Pengkhayal, dakwaan demikian tidak benar. Nyata, indoktrinasi mereka telah meresap dalam ramai pemuka-pemuka bangsa Pengkhayal. Mereka ini selalu memandang rendah terhadap bahasa mereka sendiri. Bahasa Pengkhayal kononnya tidak kompeten untuk menjadi bahasa pengantar pendidikan ilmiah yang tinggi. Kewujudan dan penggunaan bahasa Pengkhayal untuk mengajar ilmu-ilmu tinggi pada anak bangsanya dianggap tidak lagi relevan dalam zaman globalisasi di dunia adipolar. Pengkhayal selalu menghujahkan yang tidak kompeten itu ialah bangsa itu sendiri, bukan bahasa mereka. Mereka berjaya mengembangkan bahasa itu menjadi bahasa modern hanya di atas kertas. Namun, dari segi amalanya mereka gagal dalam perlaksanaan meskipun semua ramuan dan rumusan untuk memertabatkan bahasa mereka itu sudah tersedia. Sayang sekali, keazaman untuk mengangkat bahasa itu sudah luntur. Pengkhayal hairan mengapa pemuka-pemuka bangsa Pengkhayal apabila bercakap mengenai pencapaian ekonomi peribumi, mereka mengungkit-ungkit kontrak sosial yang dimeterai oleh pejuang-pejuang kemerdekaaan. Tidak pula mereka mahu mempertahankan kontrak sosial mengenai status bahasa ibunda yang diperjuangkan dalam sumpah dan janji pemuda pemudi prakemerdekaan. Sumpah dan janji pemuda pemudi pejuang bahasa tidak dikotakan. Hanya ekonomi peribumi dalam ringgit dan sen yang diperjuangkan oleh mereka.[7]

PPSMI menghasilkan budak globalisasi
Dari ribuan bahasa Malayonesia, bahasa Pengkhayal berkembang unggul sebagai mutiara dalam pelbagai bahasa etnik. Mutiara itu meskipun dalam lipatan tangan sendiri; tidak terserlah sirnanya di mata mereka yang memakai kaca mata kelam dan gelita. Demikian kiasan Pengkhayal terhadap anglofilik yang menjadi penyokong handalan globalisasi. Bangsa Pengkhayal dihindukan melalui bahasa bahasa Tamil Pallivian, dibuddhakan melalui bahasa Sanskrit, diislamkan melalai bahasa Arab, serta dijajah dan dijadikan budak globalisasi melalui bahasa Inggeris. Bangsa Pengkhayal tidak mencipta agama apa pun. Dari awal, bangsa Pengkhayal ditakdirkan menjadi pengguna tamadun yang dicipta dari luar dunianya. Kerana bangsanya senantiasa membuang apa yang dimilikinya dan menyarung sesuatu dari luar.[8]

PPSMI sebagai agenda oligopoli
Sayangnya, Pengkhayal hairan bagaimana pemuka bangsa Pengkhayal terpedaya dengan propaganda globalisasi seolah-olah perkataan keramat itu merupakan demi-god yang perlu dituruti sepenuhnya. Kononnya, mereka tidak mahu menjadi seperti orang-oraang asli Peru, meskipun berada di altitud tinggi, mampu melihat armada karavan laut Eropah menghampiri pantai mereka, mereka berpeluk tubuh tanpa mengambil tindakan apa-apa............Maka untuk tidak mengulangi kesilapan itu seyogialah anak-anak bangsa Pengkhayal meninggalkan bahasa ibunda untuk ikut sama menjayakan matlamat-matlamat globalisasi dalam penguasaan ekonomi dan hagemoni. Kita tidak mungkin berjaya mematahkan hasrat propaganda globalisasi, maka lebih baik anak-anak bangsa Pengkhayal dididik ikut menjayakan matlamat-matlamat tersirat menjadi komprador, dalam keramat globalisasi itu. Menentang dan melawan gelombang-gelombang globalisasi itu akan menenggelamkan kita. Adalah lebih selamat jika kita menyertai agenda-agenda globalisasi sebagai pemain global. Pada hal, Pengkhayal melihat bahawa kita bakal menjadi budak-budak globalisasi atau hamba pada pencanang-pencanang globalisasi............... Hanya dengan penguasaan bahasa Inggeris, kita kononnya mampu menjadi pemain global, walhal dengan segala keistimewaan dan subsidi, kendati kita kecundang di arena lokal. Rakan kongsi globalisasi akan menguntungkan golongan oligopoli yang menjadi rakan pintar mereka.[9]
PPSMI memenuhi kehendak doktrin globalisasi.
Bagi Pengkhayal, dia melihat betapa sesuatu kemajuan itu boleh dicapai melalui penciptaan. Penciptaan sesuatu kaedah mampu menangani sebarangan tantangan dan cabaran. Ia bukan sekadar menimba ilmu melalui persuratan dan pembacaan. Ilmu itu harus diciptakan. Bahasa dan tulisan hanya alat perakaman penciptaan. Untuk menjadi bangsa maju, bangsa Pengkhayal harus menjadi pencipta dam peneroka ilmu. Bukan sekadar pembaca ilmu, lalu hanya tahu menurunkan tandatangan dalam perjanjian yang meminta orang lain melaksanakan kemajuan buat mereka. Bangsa itu tidak akan menjadi bangsa besar dengan hanya tahu membaca jika mereka tidak menjadi bangsa pembuat dan pencipta reka. Mahir membaca cukup hanya menjadikan mereka bangsa pengguna kerana apa yang dibaca ialah acuan penulis ilmu. Itulah yang dikehendaki oleh doktrin globalisasi.[10]


10. PPSMI sebagai manifestasi sifat akomodatif Melayu.
Bangsa dan bahasa Melayu selalu mengorbankan khazanah yang dimilikinya dengan bahasa baru , apa sahaja, yang menjanjikan kemajuan kerana sifat akomodatifnya. Malah, bangsa itu membuat keputusan pahit dengan membunuh bahasa Melayu ilmiah demi mengejar kemajuan. Dalam sejarah perkembangan bahasa Melayu, terjadi banyak penyingkiran dan pembunuhan bahasa. Pengguna berhenti berucap bahas ibundanya apabila terpikat pada bahasa luar. Istilah-istilah purba ditinggalkan atau dimatikan oleh pengguna-penggunanya setelah menerima yang baru. ...........................Sesetengah bahasa atau istilah itu mati kerana keputusan mereka yang berkuasa. Matinya Jawi dan pengaruhnya ditentukan oleh pembuat dasar di institusi pendidikan. Sebelum kematian Jawi, skrip Pallavian dan Dravidian juga ikut terkorban di tangan penganut dan pemikir Islam di Alam Melayu. .......................Jawi dimatikan dalam pendidikan nasional selepas orang Melayu merdeka, hanya atas alasan intergrasi masyarakat majmuk Malaysia. Kini tiba masanya bahasa Melayu pula untuk dimatikan sedikit demi sedikit. Cabang bahasa Melayu ilmiah dimatikan kerana ia dianggap tidak lagi relevan dengan zaman globalisasi. Betapa konsistentnya pembuat dasar Melayu dulu dan sekarang. Mereka selalu mencari jalan mudah menyelesaikan masalah. Mengembangkan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmiah jauh lebih sukar daripada memaksa anak-anak Melayu belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Sama seperti anak-anak Melayu dipaksa belajar skrip Pallavian dan Dravidian demi kuasa kerajaan, agama dan perdagangan, kini anak-anak bangsa diperlakukan sama seperti tiga empat ribu tahun dahulu........... Diberi peluang mengembangkan bahasanya sebagai bahasa ilmu, tidak sampai lima puluh tahun, mereka telah hilang keyakinan dan mungkir janji pada kontark sosial prakemerdekaan yang mahu mendaulatkan bahasa itu. Tetapi, apabila menyangkut wang ranggit dalam penguasaan ekuiti, kontrak sosial dijadikan alasan dan landasan untuk mengganti DEB dengan ANB. Bangsa itu tidak diminta membina roket atau bom nuklear sendiri; hanya mengajar anak bangsanya ilmu sains dan matematik dalam bahasa ibunda, namun itu pun setengah jalan mereka berubah fikiran.[11]

11. Penyataan bantahan PPSMI melalui dialog.
“Jadi kalau anak bangsa kita boleh belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, akan terjadi brain drain ke negara Barat. Kita susah-susah mendidik mereka, akhirnya mereka meninggalkan Malaysia untuk bekerja di luar negara yang tentunya memberi ganjaran wang dolar dan pound yang jauh lebih besar.”[12]

“Kalau tidak mengajar sains dam matematik dalam bahasa Inggeris, kita seolah-olah menafikan realiti ilmu.”
“Tetapi kita juga menafikan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu. Bahasa itu telah membuktikan ia mampu menjadi bahasa pengantar untuk pengajian tinggi selama hampir empat puluh tahun. Ribuan profesional dan teknokrat dihasilkan melaluinya. Mengapa baru sekarang timbul fikiran aneh yang lain?”[13]

“Kalau sudah diajar dalam bahasa Inggeris dari tahun satu, mana mungkin akan ada khalayak pembaca penerbitan bahasa Melayu pada masa akan datang. Bahasa Melau ilmiah akan mati. Mati dibunuh! Ironisnya, oleh orang Melayu sendiri.”[14]

“Setelah mereka merdeka, mereka sendiri membunuh tulisan Jawi dan memertabatkan tulisan Rumi. Apabila tiba pula neokolonialisasi dalam gelombang globalisasi, bathera bahasa Melayu yang mereka layari di perairan pertiwi itu dikaramkan untuk memberi laluan bathera bahasa Inggeris.”[15]


Penutup
Dari Di.Ar.Ti hingga ke Panggil Aku Melaju, merupakan pelayaran seni anak pelabuhan merakam peristiwa-peristiwa masyarakat yang menyentuh nuraninya dalam bentuk pemerian cereka tanpa meninggalkan domain sains sebagai landasan dan lataran untuk meluncurkan gagasan dan idea-idea dalam bentuk penulisan kreatif.







[1] Haroun, Rahmat, 2005, Hikayat Neogenesis, Kuala Lumpur DBP, ms 222-224.
[2] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 33.
[3] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 53.
[4] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 58.
[5] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 64.

[6] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 114
[7] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 149.
[8] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 150.
[9] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 257-258.
[10] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 278.
[11] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 313-315.
[12] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 318.
[13] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 323-324
[14] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 325.
[15] Hashim, Rahmat Haroun, 2008, Panggil Aku Melayu Kuala Lumpur DBP, ms 348.

Wednesday, November 4, 2009

ASWARA



Bertempat di Dewan Orchestra, ASWARA, Kuala Lumpur pada tanggal 3 November 2009, jam 4 petang berlangsung acara PERSONA SENI ASWARA di mana saya telah diundang untuk membentangkan sebuah kertas kerja mengenai pengalaman seni penulis berjudul Dari Di.Ar.Ti. ke Panggil Aku Melaju: Pelayaran Kreatif Anak Pelabuhan.
Acara yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Rahim dihadiri oleh Yg Bhg SN Dr Anwar Ridwan, Dekan Fakulti Penulisan, ASWARA, tenaga pengajar dan mahasiswa-mahasiswi ASWARA. Turut hadir beberapa aktivis sastera dan budayawan.
Kunjungan ke ASWARA mengembali kenangan saya mengenai Grup Anak Alam. Rupa-rupanya pengambilan sanggar Anak Alam itu membuahkan sebuah akademi yang menjiwai roh para seniman yang pernah berkarya di premis yang sama pada tahun 70an hingga awal 90an.
Semoga ASWARA`maju jaya dan terus mempertahankana mertabat seni, budaya dan warisan bangsa.

Saturday, September 26, 2009

Y Chromosome


(lihat betapa kerdil kromosom Y. Meskipun cilik, mampu menghasilkan Muhammad Ali, Mike Tyson, Einstein dan Hitler sekalipun)


Lelaki dan perempuan dibezakan secara genetik dengan pemilikan kromosom seks mereka. Jika ada Y pada kromosom seks maka jadi lelaki seseorang itu dalam genotip XY. Sebaliknya jika tiada Y, genotipnya XX maka tergolong perempuanlah pemiliknya.

Saya tidak berhasrat membincangkan aberasi atau anomaly kromosom seks. Hanya mengenai kromosom yang saya miliki.

Teruja dengan keunikan kromosom manusia yang terpendek lagi ketot ini dengan hanya mempunyai tidak lebih daripada 65 gen (kalau tak salah) namun menghasilkan lelaki-lelaki pilihan seperti Nabi Adam, Nabi Yusof yang kacak dan lain nabi hinggalah kepada penakluk-penakluk seperti Napoleon, Kublai Khan, Iskandar Zulkarnain malah Hitler, Lenin, Bung Karno dan Mao Tze Dong pun mengandalkan kromosom cilik ini.

Oleh itu saya tercabar untuk menelusuri genologi Y chromosome saya. Yang jelas Y chromosom saya diturunkan oleh ayah saya Haroun, datuk saya Hashim, seterusnya Mat Arif, kemudian Yusof Dadameah atau Mea dan terakhir dalam tinjauan genelogi saya ialah Dadameah seorang berbangsa Pathan dari Lembah Swat yang sentiasa bergolak sejak ratusan tahun.

Menurut kajian, orang-orang Pathan ini merupakan orang-orang pelarian dari Israel Purba kira-kira lebih 2,000 tahun yang lalu. Diaspora 12 suku Israel Purba termasuk keturunan Nabi Yusof yang lari menuju Iraq, Iran dan akhirnya bertapak di Lembah Swat, Afghanistan dengan nama Pathan atau Pasthun. Suku terbesar Pathan ialah Yusofzrai.

Tidak sukar membukti asal-usul seseorang. Dengan swab mulut, kajian genetik dapat dilakukan melalu kajian DNA bandingan. Apakah benar orang Pathan itu berasal dari Israel Purba? Semuanya boleh dibuktikan dengan kajian genetik. Namun amalan budaya tertentu orang-orang Pathan dilaporkan sebagai bawaan dari tempat asal mereka meskipun lebih 2,000 tahun yang lalu.


(Hairan....... kenapa datuk-nenek meninggalkan lembah yang indah ini untuk menjual senjata kepada Sultan Kedah bagi menangkis serangan tentera Siam. Memang orang Pathan sampai kini pandai buat senjata api. Atau naluri pengembara dalam Y chromosome mereka. Orang-orang Pathan di sebelah utara Semananjung dikenali sebagai penjual manik-koran. Diapora orang-orang Pathan meliputi juga Negeri Sabah. Mantan KM Sabah Dato' Harris Salleh juga berketurunan Pathan)

Wednesday, September 23, 2009

KELUARGA HARUN BERAYA 2009 TH 1430



Di Hari Raya Idil-Fitri
Ampun maaf sepuluh jari
Semoga usia dipanjangkan lagi
Di tahun depan raya menanti.
Hari Raya tahun ini disambut di rumah bibik Intan Section 8, Shah Alam. 20.9.2009.

Saturday, September 12, 2009

SELAMAT MENUJU KE MENARA GADING




Tahniah!






Sejambak tahniah ayahnda kalungkan
Atas kejayaan melanjutkan pelajaran
Merantau jauh ke Bumi Scotland
Semoga tabah menghadapi dugaan.



Beginilah negara maju melayani kedatangan mahasiswa baru.


Patut dicontohi oleh universiti-universiti di Malaysia.


Saturday, September 5, 2009

TERANG BULAN TIMBULKAN KONTROVERSI LAGI





Merujuk petikan berita UM, Sabtu 5 September 2009 di laman Luar Negara ms 17 dengan judul “Terang Bulan diberi kepada Malaysia”, saya ingin menyanggah kebenaran lagu tersebut milik Indonesia yang kononnya diberikan dengan ikhsan Bung Karno melalui Saiful Bahri.

Meski pun lagu itu popular di Indonesia suatu ketika dulu yang dijadikan lagu pembukaan persembahan bangsawan tetapi ianya bukan milik Indonesia. Lagu tersebut telah diciplak dari lagu asal ciptaan ahli muzik Perancis bernama Pierrr Jean de Beranger (1780-1857). Karya-karya Beranger digunakan oleh Napopleon Bonaparte sebagai lagu-lagu march band untuk kempen militarinya.

Ketika Sultan Abdullah dibuang ke Pulau Seychelles pada tahun 1876-1892, saban sore baginda dan puterinya Tengku Mariam akan bersiar-siar di padang awam di Mahe, Seychelles. Di tengah-tengah padang itu, ada wakaf tempat brass band memainkan lagu-lagu-lagu march. Salah-satu lagu yang dimainkan itu dirakam dalam memori Tengku Mariam yang juga seorang pemain biola. Bila mereka kembali pada tahun 1892, lagu itu kemudian diangkat menjadi lagu negeri Perak yang kemudiannya dalam satu pertandingan memilih lagu Kebangsaan Persekutuan Malaya sempena hari kemerdekaan, lagu negeri Perak dengan senikata baru telah memenangi pertandingan tersebut. Bagi 26 juta rakyat Malaysia, lagu kebangsaan itu dikenali sebagai “Negaraku” bukan “Terang Bulan.”

Semoga dua bangsa serumpun tidak terus bergaduh soal-soal sepele sedangkan lagu itu bukan pun milik kedua-dua bangsa. Indonesia terus menghidupkan propaganda lapuk zaman konfrontasi-PKI untuk menangani isu-isu sosio-politik masa kini. Hentilah menjadi abang tiri yang menyemburui adik tirinya. Cubalah membina hubungan baik antara kedua negara dan hubungan akrab antara kedua-dua bangsa serumpun. Jangan lupa, yang menjadi bangsa serumpun mempunyai banyak persamaaan ataupun kemiripan dalam aspek budaya dan sosial.


Penulis “Terang Bulan” (DBP 1991).

Thursday, September 3, 2009

Komen Pembaca "Panggil Aku Melaju"


Komen 1.
Faizah Roslaini's review of Panggil Aku Melaju
Panggil Aku Melaju by Rahmat Haroun Hashim

Faizah Roslaini's review


150 mukasurat pertama yang sangat 'menyakitkan' untuk diikuti. Saya 'koma' beberapa kali untuk sampai ke tahap itu. Namun bab2 selepasnya mengujakan (selepas pembunuhan pertama). Saya tertarik betul dengan teori asal-usul etnik Melayu dari Pulau Lanyu dekat Taiwan. Dan teori yang menyebutkan Melayu juga sudah punya tulisan sendiri sebelum kedatangan pengaruh Hindu lagi. Namun, saya ada sedikit kekeliruan. Pada bab pertengahan, ada disebutkan bahawa perkataan Melayu berasal dari Malanyu, dan evolve kepada Melayu disebabkan kessesuaian lidah penutur yang pada ketika itu mula menerima tempias dari kedatangan pedagang India. Jadi kenapa di bab-bab akhirannya, perkataan Melayu itu dikaitkan dengan kononnya ia diberikan oleh pelayar2 Barat, yang mengaitkan pula kata Melayu itu pada malaise.? Namun kalaulah betul boleh kita menukar nama bangsa itu kepada Melaju, saya pun setuju. Apa ada pada nama? Nama itu doa, kan. Kalau betul sudah tidak elok, apa salah nya kalau ditukar


Komen 2. dari kepalakotak
----------------------------------
"lalu hang nak panggil apa?"
"panggil aku MELAJU."
"melaju? bangsa apa tu?"
"melaju bangsa yang maju. kerana bangsa melayu yang ingin maju,mereka tidak boleh panggil diri mereka melayu. melaju tidak boleh layu.dan, bangsa melaju jangan mahu lagi dipanggil melayu."

anehnya buku ini diterbitkan dengan spoiler di bahagian kulit belakangnya yang sepatutnya dimuatkan dengan ringkasan pendek. penceritaan berbolak-balik antara dua dimensi : alam khayal Pengkhayal meniti asal bangsanya, dan alam sebenar - Hospital KL di mana berlakunya siri pembunuhan wanita yang sadis.per sepuluh, novel ini layak mendapat 6. tambahan satu markah untuk tajuknya yang memikat. serta pengemukaan teori asal bangsa melayu dan bahasanya yang jauh berasal, berentetan sejak zaman bahari.jika ingin membelinya, pastikan tidak terbaca "sinopsis" di kulit belakang. potong atau buang sahaja atau lekatkan dengan apa-apa pelekat agar tidak terbaca.
Komen atas komen.
'aifa berkata...
haa.btul3..ashraf ckp tu btul.tpi bile bce "panggil aku MELAJU.""melaju? bangsa apa tu?"haha.bangsa apa eyh?kalau melaju, melajulah.kalau melayu, melayulah.betul tak?
Komen 3 dari Cikgu Zahid
---------------------------------
Hjung minggu ni, aku isi msa cuti aku dgan baca buku a.k.a novel ni. Tq gak kat min sbab bgi aku pnjam novel ni..hu3..mula-mula msa belek2 novel ni kat perjmpaan PBS, nampak macam membosankan sebab bermula dengan cerita-cerita epik dan aku bukanlah orang yang suka pada sejarah..hahah..tapi lepas aku baca sikit-sikit,lama-lama novel ni jadi satu perkara yang menyeronokka bagi aku..novel yang sarat dengan sejarah, trhiller, fakta dan segala bagai perkara yang boleh wat kite sedar sebagai seorang melayu..Panggil aku Melaju - novel tulisan Rahmat Haroun Hashim yang juga merupakan seorang Dr..Novel ni secara ringkasnya menceritakan sejarah bagaimana kehidupan Melayu pada masa lampau dan menceritakan kisah kehidupan di Institut Mental Negara. Mr X ataupun Dr. Ridzuan ataupun Pengkhayal merupakan ahli arkeologi yang mengkaji perkara-perkara tentang kewujudan bangsanya sendiri. Sejarah Melayu digarap penulis dengan naratifnya yang tersendiri, menceritakan asal usul bahasa Melayu, perkataan-perkataan melayu dan sebagai contoh perkataan "makan" yang muncul daripada perkataan "ma" ( ataupun emak ) dan "kan" yang hadir daripada bunyi lelangit bersentuhan dengan leidah apabila gigi terkatup..kemudian novel ni turut memerihalkan isu Bahasa Melayu yang semakin pupus penggunaannya dan Isu PPSMI turut dibahaskan dengan penceritaan penulis sendiri. Penulis turut menyedarkan pembaca mengenai keadaan bangsanya yang hanya tahu menggunakan dan bukannya mencipta sehinggakan penulis menyatakan hanya beberapa perkataan sahaja yang datangya asal dari bangsa Melayu dan apa yang menarik, perkataan yang dicipta oleh bangsa Melayu boleh dikira dengan jari sahaja! Asal-usul dan makna disebalik perkataan MELAYU turut diceritakan, dan penulis berpendapat perkataan MELAJU adalah lebih sesuai untuk menggantikan perkataan MELAYU itu.Penulis sertakan dalil-dalil yang boleh diterima akal mengapa perkataan MELAYU itu harus diubah..sampai sini saja ringkasan novel ni...hu3..nak tau lgi baca sendiri..hahaapa yang aku rasa ---- Aku rasa semua orang yang rasakan dirinya Melayu kena baca novel ni. Secara sedar atau tidak, novel ni telah membuatkan aku tepikir tentang keadaan bangsa aku skang. hanya menjadi bangsa pengguna dan bukannya pencipta.Kat sini aku amik beberapa tulisan penulis untuk korang yang baca post aku ni berfikir k..."Lihat juga pada Perancis.Selat Inggeris tak lebar mana. Pemuda Melayu dari air tawar dapat menaklukinya. Namun demikian, bahasa Inggeris tidak mampu menyeberang Selat Inggeris itu kerana jati diri orang Perancis. Kita yang berada beribu kilometer jauh, sanggup karamkan bahasa sendiri, bila tampak bahtera bahasa global itu menghampiri perairan kita, kita dah tenggelam punca. Bocorkan bahtera Bahasa Melayu di perairan sendiri. Kita orang Melayu sudah hilang jati diri kerana mabuk kepada kemajuan. Kononnya,tidak mahu ketinggalan dalam persaingan global. Sepatutnya kita bentuk anak-anak bangsa menguasai kedua-dua bahasa secara mantap " - Panggil Aku Melaju, Rahmat Haroun Hashim,2008
Posted by Cikgu Zahid at 11:36 PM
Labels:
Komen 4 dari Zulfazlan
------------------------------
Thursday, July 16, 2009

BUKU TERBAHARU DI DALAM KOLEKSI SAYA
Beberapa hari yang lalu, saya ada pergi ke Dewan Bahasa bersama-sama dengan dua orang rakan saya. Sejujurnya, kedatangan saya pada kali ini lebih kepada usaha untuk mencari buku-buku yang perlu saya miliki demi melengkapkan tugasan kuliah. Sebelum tiba lagi, saya sudah berangan-angan untuk memiliki dua buah buku bertajuk PANGGIL AKU MELAJU dan MANUKLON kedua-duanya karya RAHMAT HAROUN HASHIM. Saya tidak gusar dengan Panggil Aku Melaju kerana saya percaya buku itu masih banyak di DBP kerana ia diterbitkan pada tahun 2008, tetapi saya risaukan buku Manuklon kerana sangat yakin bahawa buku terbitan tahun 1991 itu tidak lagi dijual di DBP, tetapi tetap yakin barangkali ia termasuk dalam bahagian buku yang dijual secara pukal di sudut tepi DBP.Namun, sebaik sahaja tiba, segala telahan saya itu benar. Menurut pekerja di kedai itu, buku Manuklon itu sudah lama habis. Dan dengan hati yang sedikit terkilan, saya merayau-rayau untuk melihat-lihat kalau-kalau ada buku yang menarik perhatian saya selain buku Panggil Aku Melaju yang seharusnya saya kaji untuk menyiapkan tugasan Sastera Bandingan saya di bawah seliaan Dr. Kamariah Kamaruddin.

RESENSI FITRAH KIMIAWI DI TUNAS CIPTA

Majalah sastera remaja, Tunas Cipta, edisi bulan September 2009 memuatkan resensi novel Fitrah Kimiawi.

Penulisnya, Ruziati Abdul Rani memulakan resensi novel itu dengan apresiasi yang bersifat positif terhadap pembacaan karya tersebut. Dipetik,

"Menarik dan lari daripada kebiasaan. Itulah pujian yang layak diberikan kepada Fitrah Kimiawi." (Tunas Cipta, edisi September 2009, ms 40)

Melalui blog ini, penulis ingin merakam ucapan terima kasih atas komen yang diberikan.

Ketika membaca beberapa komen mengenai Fitrah Kimiawi di ruang-ruang siber, ada yang menyebut Rahmat Haroun Hashim itu seorang remaja, hasil tafsiran bacaan mereka. Kalau demikian, percubaan saya menulis dengan gaya bahasa remaja walhal sudah berusia 58 tahun boleh dianggap berjaya.

Novel ini ditulis atas galakan dan sokongan En Abdul Ahmad, bekas pegawai penyelidik di DBP.

Di. Ar. Ti, karya sulung saya boleh digolongkan sebagai novel remaja kerana watak utamanya masih berusia 20an. InsyaAllah, jika ada kesempatan dan ruang, akan ada karya remaja untuk tatapan pembaca di masa-masa mendatang.

Thursday, August 27, 2009

RENDRA DALAM KENANGAN


Renungan Indah W.S. Rendra


Seringkali aku berkata,
Ketika semua orang memuji milikku
Bahwa sesungguhnya ini
hanyalah titipan
Bahwa mobilku hanyalah titipan-Nya
Bahwa rumahku hanyalah titipan-Nya
Bahwa hartaku hanyalah titipan-Nya
Bahwa putraku hanyalah titipan-Nya
Tetapi, mengapa aku tak pernah bertanya : mengapa Dia menitipkan padaku ???
Untuk apa Dia menitipkan ini padaku ???
Dan kalau bukan milikku, apa yang harus kulakukan untuk milik-Nya itu ???
Adakah aku memiliki hak atas sesuatu yang bukan milikku ?
Mengapa hatiku justru terasa berat, ketika titipan itu diminta kembali
oleh-Nya ?
Ketika diminta kembali, kusebut itu sebagai musibah
Kusebut itu sebagai ujian, kusebut itu sebagai petaka
Kusebut itu sebagai panggilan apa saja untuk melukiskan kalau itu adalah
derita
Ketika aku berdoa, kuminta titipan yang cocok dengan hawa nafsuku
Aku ingin lebih banyak harta, ingin lebih banyak mobil,
lebih banyak popularitas, dan
kutolak sakit, kutolak kemiskinan, seolah semua"derita" adalah hukum bagiku
Seolah keadilan dan kasih-Nya harus berjalan seperti matematika :
aku rajin beribadah, maka selayaknyalah derita menjauh
dariku, dan nikmat dunia kerap menghampiriku.
Kuperlakukan Dia seolah mitra dagang, dan bukan kekasih
Kuminta Dia membalas "perlakuan baikku", dan menolak keputusan-Nya yang tak sesuai keinginanku
Gusti, padahal tiap hari kuucapkan, hidup dan matiku hanya untuk beribadah.
"Ketika langit dan bumi bersatu, bencana dan keberuntungan sama saja"....."


Wassalam,
Azimatul Karimah, M.D., Psych
Dr.Soetomo General HospitalSurabaya, Indonesia

Wednesday, August 26, 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU ANAKNDAKU





(Foto sewaktu bertunang)

Pantun-pantun di Majlis Perkahwinan.

Sirih Berlipat Sirih Pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata Selamat Datang
Awalan Bismillah Pembuka bicara.




Ucap selamat ke anak cucu
Doa hamba dikarang ulama
Ucap Selamat Pengantin Baru
Ayahnda-Bonda menumpang gembira.


(Hadiah dua rangkap pantun untuk kebaikan En Osman dan isteri, ayahnda dan bonda pengantin perempuan)



Kembangan melati berdahan selasih
Dara ditinggal di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra Kekal sepanjang zaman.

Bingkai bertali panjang sedepa
dara melukis di alam maya
Sampai mati takkan lupa
Kerana baik hati budinya.Hadiah pantun untuk pengantin baru.



Limau purut bunga Angsana
Menghias pengatin nampak berseri
Hati terpaut pinangan diterima
Duduk bersanding bersatu hati.


Seloka bersyair buat anaknda.

Kalau menyeberang Selat Terberau
Jangan lupa meminta izin
Seloka ini syair bergurau
Untuk menghibur para hadirin

Jejaka dari Pulau Langkawi
Gadis Kelantan Machang mari
Bertemu di Changloon Kolej matrikulasi
Pandangan pertama dah jatuh hati

Setelah selesai kursus matrikulasi
Nazihah di UKM, Idzham di UMT
Berpisah jauh tidak di hati
Melalui gelombang mereka berkomunikasi
Bil telefon melambung tinggi
Terpaksalah ayahnda bertindak sendiri
Post-paid dipotong, pre-paid diberi
Hari ini tiadalah ayahnda merasa rugi
Dapat menantu berpelajaran tinggi

Bila Idzham tamat pengajian tinggi
Bekerja di bank dua bulan berhenti
Dengan Maxis kerja dicari
Sungguhlah hapi dapat telefon free!
Sekarang jadi Pegawai PTD
Tiada lagi telefon free
tapi kini dah kawin jadi suami isteri
Tak payah telefon-telefon lagi
Boleh sembang sampai ke pagi
Tak payah bayar semuanya free.

Pantun Pujian.

Ilham dicari sekitar malam
Menjelma wajah cantik beraut
Idzam mencari seputar alam
Dengan Nazihah hati terpaut

Awalan Bismillah pembuka hati
Sebutan keramat menyentuh kalbu
Kupanjat doa ke hadrat ilahi
Bahgia pengatin ke anak cucu.

Pantun Penutup.

Dari Machang ke Subang Jaya
Bawa kasih bersulam cinta
Terima kasih ucapan hamba
Budi dan Jasa dikenang senantiasa

Bunga dikarang di dalam kebun
Kebun permainan Raja Judah
Saya tidak tahu berpantun
Mohon Ampun barang yang salah.

Kalau hidangan kurang sedap
Tambah belacan dalam kuali
Kalau ada tersilap cakap
Jangan simpan di dalam hati.

Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh.


Diucapkan di Majlis Perkahwinan anaknda Idzam dan Nazihah di Grand Bluewave Hotel, Shah Alam pada 8.8.2009.






Sunday, July 26, 2009

Mengusir mati (PERGILAH KAU WAHAI MATI!)



MENGUSIR MATI
(pergilah kau wahai mati!)

Mati.....
Pergilah wahai mati, jangan hampiri
Diri tak sudi, mahu diusir itu mati
“Aku mahu hidup seribu tahun lagi”

Diri tak mengerti tentang hidup
Tentang maknawi hidup
Apa lagi mengenai semantik mati
Diri tak peduli
“Aku kepingin hidup seribu tahun lagi”

Biar fatalis menyambut ole-ole mati
Hadiah penderita yang merindui mati
Silakan mati....
Bingkisan maut yang dinanti-nanti
Dikau salah alamat, diri tak sudi
Diri bukan penanti mati
“Aku nak hidup seribu tahun lagi”

Mengapa dicari bahagianya mati?
Tanya diri lagi,
Kecuali jiwa mati sebelum jasad kembali
Bahagia dunia yang diri cari
Biar diri kekal imortal
dan seboleh-bolehnya abadi
“Aku pinta hidup bahagia seribu tahun lagi”.

Diri penolak gamitan mati
Persetan! Mati tak punya erti
Diri penganut pembenci mati
Bahagia hidup kebendaan sejati
Nyawa terhirup dadah ektasi
Nikmat lidah arak di kecapi
Dosa ditambun segunung tinggi
Malah bangga mungkar diagungi
Apa kau peduli
“Karena aku percaya bakal hidup seribu tahun tahun lagi”.


Kuah, Langkawi
4.9.2007
Hedonisme amalan globalisasi, gelombangnya disahut, sebahagian daripada kita, sepenuh hati.

Wednesday, July 22, 2009

RESENSI PANGGIL AKU MELAYU




-->
Panggil Aku Melaju..bukan meLAYU.
19Jul09
Sudah lama saya tidak menulis. Kekangan masa atas tugasan sekolah membantutkan ruang untuk berbicara di ruangan ini. Semalam baru sahaja berlangsungnya Karnival Sukan Sekolah SMKBB. Bertugas sebagai penjaga masa di balapan telah membuatkan hari ini kulit terasa pedih semasa mandi setelah disimbahi dengan panas terik cahaya matahari semalam.
Malam semalam juga menjadi detik untuk saya mengusaikan pembacaan novel Rahmat Haroun Hashim yang bertajuk Panggil Aku Melaju. Kisahnya memaparkan berkenaan Dr.Ridzuan iaitu merupakan ahli arkeologi dan pejuang bahasa Melayu di salah sebuah universiti tempatan yang telah ditempatkan di IMN atas gangguan mental. Walau bagaimanapun, detik-detik berlalu dan Dr.Ridzuan kembali normal apabila mampu menghujahkan pandangannya berkenaan soal orang Melayu dan bahasa Melayu yang kritis dan logik. Dan ini menjadi petunjuk kepada para pakar perubatan atas perubahan ke atas Dr. Ridzuan yang pada mulanya dikenali sebagai Mr. X.
Konflik turut berlaku di IMN atas berlakunya satu kes pembunuhan yang membabitkan beberapa orang mangsa perempuan yang dibunuh dengan kejam. Dr. Ridzuan merupakan salah seorang suspek yang dituduh melakukan perbuatan tersebut. Mangsa yang dibunuh ini akan dikerat puting payu dara mereka sebagai simbolik kepuasan kepada pemangsa yang disyaki mengalami psikopat.
Apa yang paling mengesankan melalui novel ini adalah ia bukan sahaja sebagai satu karya sci-fi malahan turut memaparkan idea dan hujah yang saintifik terutamanya dalam soal PPSMI. Ternyata ia membuka minda dan boleh membasuh pemikiran individu yang bersetuju akan pelaksanaan PPSMI dalam sistem pendidikan negara. Di samping itu, penulis turut menyelitkan bagaimana asal-usul bangsa Melayu itu mula bertapak di Tanah Melayu. Menjadi intinya adalah perihal bahasa Melayu yang menjadi lingua franca di Nusantara suatu ketika dulu yang kini mula dibobrokan oleh insan-insan yang tidak bertanggungjawab dalam memeliharanya dengan andaian bahasa Melayu tidak bisa membawa kemajuan kepada negara.
Saya berasa puas selepas membaca novel setebal 386 muka surat ini. Banyak input yang berguna sebagai pengetahuan. Kekaguman terserlah kepada penulisnya kerana sebagai seorang doktor perubatan, beliau masih mampu berbicara dan menyanjungi bidang bahasa Melayu dengan baik sekali. Bagi yang baru mengenali Dr.Rahmat Haroun Hashim, bisa juga melewati beberapa karya terawalnya seperti Manuklon, Di.Ar.Ti dan Fitrah Kimiawi.
Tajuk : Panggil Aku Melaju
Penulis : Rahmat Haroun Hashim
Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Harga : RM30.00

Penulis asal:http://mesejabdul.wordpress.com/2009/07/19/panggil-aku-melaju-bukan-melayu/

Friday, July 17, 2009

ENGLISH AS A TOOL NOT SOUL

Cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memperkenalkan Sastera Inggeris kepada pelajar-pelajar Malaysia merupakan sesuatu langkah silap kali kedua yang hanya akan melahirkan lebih ramai pelajar anglofilik yang berrohkan "English". Langkah silap pertama kali adalah melaksanakan PPSMI.

Pelajar-pelajar yang bakal terdidik dalam Sastera Inggeris akan menjadi bidak-bidak dan budak-budak yang mengagumi atau memperhambakan diri terhadap persuratan Inggeris termasuk majalah-tabloid yang mengguna Bahasa Inggeris.

KPM sepatutnya memperkenalkan Sastera Dunia yang ditulis dalam bahasa Inggeris termasuk sebahagiannya Sastera Inggeris.

Sebagai akibat pelaksanaan tersebut, pelajar-pelajar akan secara sistematik akan mengenepikan Sastera Kebangsaan/Malaysia/Melayu, melenyapkan tokoh-tokoh sasterawan tempatan dan mengidolakan kesusasteraan Victorian, Elizabethan, Modernism dan Post-Modernisme.

Sastera Dunia yang ditulis atau diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris patut diperkenalkan dalam subjek Apresiasi/Penghayatan Sastera, barulah kita menghasilkan pelajar-pelajar berjiwa global dalam susastra sejagat bukan menjadi BI sebagai roh mereka.

Jadikan BI sebagai alat bukan semangat. Itulah yang patut dianut KPM.

Wednesday, July 8, 2009

"JENAYAH" TERHADAP BAHASA MELAYU

Meskipun PPSMI bakal dimansuhkan pada 2012, namun 'jenayah' terhadap BM telah berlaku. Hairannya jenayah tersebut tidak patut dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik berbangsa Melayu terhadap bahasa mereka sendiri. Mereka sepatutnya menolak dari sejak awal gagasan itu dilontarkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Sikap tidak yakin diri pada BM menjadi ketara dan nyata sehingga pernah dilaporkan ada upacara rasmi disempurnakan dengan menggunakan BI pada hal seluruh hadirin memahami BM. Malah baca doa pun dalam BI.

Akibat kesan sosio-politik pelaksanaan PPSMI sudak jelas di peti undi. Sayangnya mereka kurang sedar bahawa pengurangan sokongan pengundi Melayu terutama di Johor dan Kedah sebahagiannya disebabkan rakyat Melayu menolak PPSMI. Jatuhnya kerajaan-kerajaan negeri BN tidak pernah dikaitkan dengan pembangkangan perlaksanaan polisi PPSMI.

Dalam mengimbas kembali pengkhianatan terhadap BM pada tahun 2002, saya tidak pasti akan tertebuskah dosa mereka terhadap BM dengan pemansuhan tertunda ini. Maruah BM bukan saja tercalar malah diinjak-injak oleh bangsa sendiri. Bila tahun 2012 muncul, kita akan kembali ke era 1960an di mana bermulanya penggunaan BM untuk mengajar sains dan matematik (ilmu hisab). Betapa ruginya kita terpaksa memulakan semula sesuatu yang telah jalani 49 tahun yang lalu. Bergerak mundur ke belakang memerlukan rundingan dengan UNESCO yang sejak awal lagi pada tahun 2002 mengkehendakki bahasa Ibunda digunakan untuk mengajar semua subjek pendidikan.

SESUNYI MATI SURI

Sesunyi mati (suri)

Sesunyi mati nafas sedangkal henti
Dengupan jantung hilang setuli cuping
Sijil mati ditandatangani
Di liang lahat, jenazah dituruni
Bakal disimpan selamanya mati.

Bagaikan kaleidoskop
arca meninggalkan diri
rhapsodi mati dalam ektasi
seolah terowong kelahiran dilalui kembali.

Seperti arca-arca sutradara
Berputar menurut kronologi
Mengisah diri, dari lahir ditimang umi
Hingga bersemadi ke liang lahat
Laksana bioskop diari kehidupan
Melayang datang klise demi klise
Menayang semula arca segenap peristiwa
Hedonisme yang dianuti jiwa-raga.

Di hujung terowong mati
Tampak sebuah taman, sebatang kali membelahnya
Bila ingin menyeberangi, jatuh tenggelam
Lemas, sesak tersedar dari mati suri
Lalu mengoyak kain kapan,
mengorek tanah merangkak naik ke permukaan
Bila tangan muncul di kuburan basah
Yang bertahlil bertempiaran lari resah
Hanya seorang hamba Allah menerpa berani
Mayat mati hidup kembali.

Sekembali dari mati suri
Sifat berubah tabiat terpuji
Menyendiri di sunyi sepi
Dulu pemabuk, kini alim sejati
Dulu di disko, kini di masjid lima kali sehari
Beberapa lama berlalu
Benar-benar mati kaku
dalam keadaan sujud abadi
Bukan lagi mati suri

Banyak yang alami mati ke dua kali
Di liang lahat, sesak nafas, tercekik mati


Subang Jaya. 21.9.2007

Sunday, June 14, 2009

PEDULI BAHASA

Pemimpin Melayu kini telah menghilangkan jiwa bangsa kita. Bahasa Jiwa Bangsa tinggal retorik yang lapok. Setiap pemimpin Melayu baru menerajui Kementerian Pelajaran/Pendidikan, setiap kali polisi mengenai bahasa Melayu berubah. Pemimpin-pemimpin kita tidak lagi peduli bahasa.

Jika keputusan lulus BI sebagai syarat lulus SPM dilaksanakan, dijangka setiap tahun 130,000 pelajar akan gagal. Yang jelas akan banyak lagi gejala sosial termasuk peningkatan jumlah Mat Rempit.

Ironi sekali, sekitar tahun 70an, surat-surat dalam BI yang dihantar ke Jabatan-jabatan dan Kementerian-kementerian telah dipulangkan kepada penghantar kerana ianya tidak ditulis dalam Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu. Jika polisi pengagungan BI diteruskan oleh aparat pemerintah (pinjam Bahasa Indonesia), maka tidak hairanlah pada tahun 2020, surat-surat yang ditulis dalam BM akan dikembalikan oleh Jabatan-jabatan Kerajaan kepada penghantar.


(Artikel ini dalam pembinaan aksara, harap maaf)

Thursday, June 4, 2009

PUSTAKA HAYAT PAYA SETUI



Pustaka Hayat Paya Setui


Tanah Paya Setui kaya-raya
Pustaka berharga Darul Iman
flora dan fauna terpelihara
Zaman-berzaman masih bertahan

Ekosistemnya lestari nan bestari
Berkurun lama terjaga rapi
Pustaka hayat khazanah semulajadi
Modal alam biodiversiti.

Rhizophora apiculata berakar tombak
Tempat plankton beranak-pinak
gizi tinggi hidupan air membiak
Paya Setui pelindung ombak
Ekologi memulihara pantai tak rusak.

Zooplankton berdansa girang
fitoplankton bercanda cahaya
Hidup subur di bawah rimbunan nipah,
Tumu putih, api-api dan katung laut,
Rumput laut bersenda gurau
di kelembutan arus gelombang
dasar paya laut menari bersama
Rumpai agar ‘kerabu sarer’yang enak jadi juadah di lidah.

Fauna dan Tanah Paya Setui
Suatu kesatuan ekosistem intim
Antara air tawar dan masin
demi kitaran hayat ikan,
udang, ketam, tiram dan lokan
Labi-labi, belacak dan siput-siputan
Saling bergantung rangkaian makanan
Jadi rezeki fauna nelayan
Asalkan bijak menatang kestabilan
Agar ekosistem kekal tanpa ancaman.

Kekayaan Tanah Paya Setui dicemburui
Kontraktor dan usahawan
Membina pembangunan atas kuburan
Fauna dan flora alami kemusnahan
Tiada pemulihan tiada pemugaran
Piramid ekosistem rapuh dirobohkan
Tanpa simpati hijau dan belas kasihan
Rakus menggondol tanah payaberhutan
Melahap kekayaan sepenuh tenggorokan
Nanti tiada lagi Pustaka Hayat
Taman Paya Setui yang ditinggalkan
Untuk generasi mendatang menatapnya
Yang tertinggal melulu kenangan.


Catitan pustaka : Nakisah et all,2003 Setui Wetlands, UMT Publishers
Dan kunjungan singkat ke Tanah Paya Setiu, Terengganu. (24/8/2007 – 26/8/2007)
Disudahi di Padang Gaong, Ulu Melaka, Langkawi1.9.2007

Thursday, May 28, 2009

THE NEW BOOK OF GENESIS (THE FINAL CHAPTER)

12. The Eternal Judgment.


The judgment of The Honourable Syari'ah High Court Judge, Datuk Paduka Dr. Haji Awaluddin compiled in one hundred and thirty pages had really opened his heart and soul. By now he had already realized that he was a victim of his own uninhibited mind. Apparently, all this while he was foolishly obsessed with doubtful thoughts, the kind of doubt that Satan showed his disrespect against the more exalted Adam. Satan refused to prostrate before Adam and the refusal was due to his assumption that he was superior to Adam. The first being to adopt assumption and presumption was Satan, who then kept trying hard to sway future human discreetly to follow his paths. The assumption and presumption were based on zann[1] as mentioned by the Paduka Judge. Satan presumed that as his essence was made of fire, he was definitely superior to Adam, whose essence was from soil. It was the soil that fashioned Adam as the truly First Man, none other than him. All were presented in the judgment that touched his heart and soul.

Dr. Wan Rahman also realized that how fragile was the iman of an intellectual who pondered relentlessly in the abyss of mind, travelling freely without the guidance and direction from the al-Hadi. The one he explored was purely the knowledge of ain-al yaqin[2], which was based on empirical observation but not the valid knowledge of total conviction haqq-al yaqin.[3]

Datuk Paduka Haji Awaluddin in his judgment, in a considerable length he stressed on the concept of haqq and batil. He also explained in great details, which parts of The Chronicle of Neo-genesis were considered as haqq and which parts were batil. No wonder it took him more than two hours to read the entire judgment.

It was an unpredictable surprise, the mental voyage through theta waves and hyperendorphinism ended with a catastrophe that almost sacrificed his iman when vagabonds of ghafala[4] had succeeded to control his thoughts to writing of The Chronicle of Neo-genesis and The New Book of Genesis. After being deviated to follow the zann, which was coerced by Satan and he repented for his grave mistake; he now wanted to embrace the unison of total knowledge and iman as practised in accordance to the precepts of Allah. Longing to the original fikir and zikir, he was ready to discard old habits of combining various approaches of meditation techniques. In the past, he had tried the secularised meditation technique developed in the West to the traditional meditation of the Orient. In fingers' movements of gyan mudra, he breathed fire in the mantra of Kirtan Kirya or in deep samadhi like the practices of rishi and sadhu, he was drowned with beta-endorphin but the promising sutras had never come to reality. On the contrary, he had to appear before the Syri’ah High Court to face the music. Seemingly, after a much focused listening to the judgment, he then realized that all the images in his lucid dreams from one night to another were merely manifestations of ghafala and hawa[5], which deviates him to the valley of falsehood and fallacy.

Datuk Paduka Dr. Haji Awaluddin also explained the fault of Dr Wan, who tried to use rational and logical approaches as a result of his secular education, inspired by Greek civilization to solve the confused state of his mind but unfortunately he mistakenly equated Sufism with practical meditation and samadhi through the production of brain chemicals. In Sufism, according to the Paduka Judge, it was free from rational spirit because through dhikr and huda[6], all internal impurity would be cleansed to a stage of divinity in which a Sufist was able to become a pure essence that transcended to the realm of The Most Exalted.

The noble judgment of Paduka Judge was more concerned to educate rather than to punish. In unprecedented move, The Syri’ah High Court Judge instructed Dr. Wan Rahman to undergo a special religious re-education course for a full year, hoping the essence of The Al-Hadi[7] would lead him to spiritual guidance of The Right Path. The course would be conducted by a senior scholar of Islamic Study at University Malaya. The Islamic re-education programme was intended to be more rehabilitative and corrective. Datuk Paduka Dr. Haji Awaluddin rejected the request of Syarie Prosecutor to impose a punitive action amounting a penalty of three thousand ringgit and two years jail as an exemplary punishment to deter others from writing any discourse that could jeopardise the status of one’s ‘aqidah.

According to the Syari’ah High Court Judge, the punishment was just and fair as the offence committed was for the first time. It was a mitigating factor besides the defendant was remorseful of his fault and looking forwards to repent. While undergoing corrective re-learning and re-thinking of Islamic basic values, Dr. Wan would restore his ‘aqidah under close supervision of an academic ulama, who would be Dr. Wan’s new role model to substitute the shadow of mystical Guru that might reappear in his lucid dream. The ulama who was a professor would make a detailed report to the Honourable Syri’ah High Court Judge, Federal Territories.
Obviously, the punishment announced by Paduka Judge had angered Mr. Amir. He had no choice but to suppress it anyway because if he challenged the verdict and submitted an appeal to the Syari’ah Appeal Court, he would put his career at risk. He was comfortably pleased to be in Federal Territory Kuala Lumpur. He was not ready to work in Labuan, as his wife was a true KLite. Two days away from KL, she felt like loosing civilization. His decision of not filing an appeal was nothing to do with hearsay that a notice of his transfer to Labuan Federal Territory was underway. He understood that MAIWP versus Wan Rahman had attracted the world’s attention especially the international media. He realized that there must be a lot of international pressure from NGOs toward the justice process of the case by publishing imbalanced media coverage in print as well in electronics.

However at eleven hours of the Court session, the Syarie Prosecutor had created commotion as there were heated argument between Mr. Amir and Mr. Lim. Again in unprecedented move by the Syarie prosecutor had requested the Court to declare that the royalty received from the sale of the New Book of Genesis as haram[8]. With a calm composure and lots of self-controlled, the Paduka Judge Dr. Haji Awaluddin reminded the Syarie Prosecutor to go through the official paper that the original indictment was over and the motion was related to sideline's issue. In spite of his displeasure of the matter that was brought before him after his judgment, The Honourable Paduka Judge considered royalty derived from the sale of The New Book of Genesis was a syubhah[9]. The Syari'ah High Court Judge gave an example of the Muslim workers who worked in a wine factory or the hotel personnel who served wine to guests, their incomes could not be considered as haram but syubhah. The same ruling had to be applied to authorities, that were alleged secular or alleged fundamental that collected various taxes based upon the sale of wine and alcoholic beverages, thus the ruling of syubhah should be taken into account in utilizing money received from the taxes of illegal activities according to Islamic Syari’ah Laws. It was also applied to The New Book of Genesis, which he declared banned in Malaysia but the royalty received by the defendant from the sale of the New Book of Genesis could not be considered haram but syubhah. You could buy anything with the money except things that could be consumed and converted into the essence of your body. This issue must be tackled urgently according to the precepts of Islam, as allowing the issue hanging would cast doubts in public. If the Syarie Prosecutor was not happy, said the Paduka Judge, he could bring the matter to any Syari’ah Court except the court in which he would be the hearing Judge.

To Dr. Wan, on contrary, the judgment brought new light in his re-birth as a true Muslim with the illumination of Islamic Nur that wholly filled his heart. With His blessing, the enlightenment of the iman in his qalb[10] would be endowed with the divine teachings and precepts of the God Al-Mighty. To be a seer and a wisdom seeker, he would be well-versed in nafsu lawamah[11] inside his fu’ad,[12] which radiated the light of ma’rifah. As a muwahhid[13], his intellect now and soon, would always reflect the light of tauheed from the Kingdom of The Magnificent God, Al-Ghaffaru.[14]

As a Muslim who successfully repented with the blessings of At-Tawwab[15] and Al-Halim[16], he had returned to the Quranic knowledge and teachings, which rejected ghafala and hawa as advised by the Syari’ah High Court Judge. The Paduka Judge had also advised him to immediately stop the practice of subhaniyyah ala rishi and sadhu and to purify his past knowledge, which had shaped the deviated thought, hence through dhikr[17] and huda, his intellect be bestowed with the guiding Nur from Allah, Al-Mu’mini[18] and Ar-Rashidi.[19]

Though The New Book of Genesis was banned however The Chronicle of Neo-genesis escaped banning. This was due to the deletion of all praises of Allah and its ninety-nine Attributes by the foreign publisher which was initially added by Professor Jaafar Sulong as the mentor of the project, jointly organised by USM and DBP. In view of the novel was a creative fiction based on raib[20], ghafala[21] and nisyan[22], the state of absent-mindedness during dreams was a winning argument put forward by the defence lawyer, adopted by the Paduka Judge, had been endorsed as the basis of the final judgment. The Paduka Judge regarded the novelist had been totally confused with the images registered while experiencing transcendence ala non-Quranic and in the process of writing, the novelist had put his aqidah in question but since the offence was his first and he was serious to repent under supervision, the Paduka Judge was in favour of the defence lawyer’s submission. Nevertheless, the actual basis of the Paduka Judge to finalize his judgment was referred to Allah Al-Hakimi[23] and Al-Hakami[24] Who had illuminated the Syri’ah Judge’s qalb with the essence of Al-‘Adl [25]during his prayers and at the same time brought him to total closeness to the Magnificence of Allah, The Al-Majidi[26].

Finally, at the end of his judgment, The Honourable Syari’ah High Court Judge, Datuk Paduka Dr. Haji Awaluddin had sentenced the defendant to undergo Istitabah, in the blessing that his repentance would be accepted by Allah, The At-Tawwabi as He, The Al-Ghaffar and Al-‘Afuw[27] would accept those who were truly fear of Allah in undisputed taqwa. For the acceptance, he was grateful to Him, The Ash-Shakur[28] and he could clearly see the eternal judgment of As-Samad[29].


. Wa’ llahu a’lam bisawab.

Bibliography:

Al-Edrus, SM Dawilah, Epistemologi Islam: Teori Ilmu Dalam al-Quran, DBP, Kuala Lumpur, 1999.
Al-Syed, A.M.A., Etika Sosila Dalam Islam (Terjemahan Syed Putra Syed Ahmad), DBP, Kuala Lumpur, 1995
Bahn, Dictionary Of Archaeology, Collins, London,1992.
Boorstin J. D. The Discoverers, Penguin Books, Middlesex, 1986.
Chopra D., Quantum Healing, Bantam New Age Book, New York, 1990.
Chopra D., Ageless Body, Timeless Mind, Three Rivers Press, New York, 1998.
Connor m & Ferguson-Smith M., Essential Medical Genetics, Backell Science, International Edition, UK, 1997.
Elrod, S & Stansfield W., Genetics, Mc Grow Hill, New York, 2002.
Friedlander S. & Muzaffereddin AJS, Ninety-Nine Names of Allah, Speedy Self-Study System, Kuala Lumpur, 1982.
Goleman D.,Emotional Intelligence, Bantam Books,New York, 1997.
Hale W.G. & Margham J.P., Dictionary of Biology, Collins, London, 1988.
Hillman J., The Soul's Code, Random House, New York, 1996.
Idris, drs. A.G. Azmi., Mengenal Qanun Jenayah Islam, Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur, 1997.
IIlingworth V., The Dictionary Of Astronomy, HarpwrsCollins, Glasgow, 1994,
Jones S, The Language Of The Genes, Flamingo,-----------,------------.
Ling M., What is Sufism? Premier Publishing, KL. 2000.
Kotalak R., Inside The Brain,Andews McMeel, Kansas City, 1997.
Khalsa D.S., Brain Longevity, Warner Books, New York, 1997.
Lapidus D.F., Dictionary of Geology, Collins, London,, 1990.
Nasr, S.H. Science And Civilization in Islam, Shah Alam, Dewan Pustaka Fajar, 1984.
Ng, Dr F.S.P. , Tree Flora of Malaya, Vol. 4, FRIM, Min. of Primary Industries, Longman Malaysia, 1989, Kuala Lumpur.
Palmer, F.R. Semantik, Penterjemah Prof. Abdullah Hassan, Dewan Bahasa dan Pustaka K.L., 1989.
Russell D, Plutarch, Selected Essays And Dialogues (A new translation), Oxford University Press, Oxford, 1993.
Salleh, Baharuddin et.al. Kamus Biologi, DBP, Kuala Lumpur, 1990.
Salleh, Siti Hawa,.Hikayat Merong Mahawangsa, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1991.
Samat T., 99 Nama Allah Yang Termasyhur, Utusan Publication, Kuala Lumpur, 1998.
Schwartz J.H., Sudden Origin, Jihn Wailey & Son, New York, 1999.
Simmons J. The 100 Most Influential Scientists, Robinsons, London, 1997.
Vesey G. & Foulkes P., Dictionary Of Philosophy, Collins, London 1990.
Whitemore T.C. Tree Flora Of Malaya, Volume Two, Forest Department, Ministry of Primary Industries, Malaysia, Longan, Kuala Lumpur , 1983.
Youngson R.M., Dictionary Of Medicine,Collins, London, 1992
Qayyim Ibnul, Roh (terjemahan Syed Ahmad Semait), Pustaka Nasional, Singapura, 2002.
------------, Federal Territories Syariah Laws (as at 15th January 2002), ILBS, Kuala Lumpur, 2002.












Ninety-nine glorified names of Allah (According to alphabetical order).

A.

1. Al-‘Adl
The Just; The Just One.
2. Al-‘Afuw
The Pardoner; He Who pardons all who repent sincerely as if they had no previous sin.
3. Al-Ahad
The One.
4. Al-Akhir
The Last
5. Al-‘Ali
The Most High; He Who is most high.
6. Al-Alim
The All-Knowing; He Who is all-knowing.
7. Al-Awwal
The First
8. Al-Azim
The Great One: He Who is magnificent.
9. Al-Aziz
The Mighty; The Unconquerable.

B.
10. Al-Badi’
The Incomparable; He Who guides, gives success and directs His servant to do things beneficial to others.
11. Al-Ba’ith
The Resurrector: He who give life to all creatures on the judgment day.
12. Al-Bari’
The Evolver; He Who creates all things in proportion.
13. Al-Barr
The Source of All Goodness; He Who is tolerant to His servants, to all creatures, and is good to them.
14. Al-Basit
The Expander; He Who is the expander.
15. Al-Basir
The All-Seeing; He Who sees everything.

16. Al-Batin
The Hidden
17. Al-Baqi
The Everlasting

D.
18. Ad-Darr
The Distresser; He Who creates that which makes one despondent.
19. Dhul-Jalal-Wal-Ikram
The Lord of Majesty and Bounty

F.
20. Al-Fattah
The Opener; He Who opens solution to all problems, eliminates obstacles

G.
21. Al-Ghaffar
The Forgiver; He Who is all-forgiving
22. Al-Ghafur
The All-forgiving; He who forgives all.
23. Al-Ghani
The Self-Sufficient.

H.
24. Al-Hadi
The Guide; He Who guides, gives success and directs His servants to do things beneficial to others.
25. Al-Hafiz
The Preserver: He who preserves all things in details, for a time preserves them from misfortune and calamity.
26. Al-Hakam
The Judge; He Who judges and provides what is due.
27. Al-Hakim
The Wise: He Who has wisdom in all orders and actions.
28. Al-Halim
The Forbearing One; He Who is clement.


29. Al-Hamid
The Praiseworthy; He Who is the only one to be praised and glorifies and thanked by all creatures.
30. Al-Hasib
The Reckoner; He Who knows in detail the account of things people do throughout their lives.
31. Al-Haqq
The Truth; He Whose existence has no change.
32. Al-Hayy
The Alive; He is all-knowing and His strength is sufficient for everything.

J.
33. Al-Jabbar
The Compeller; He Who repairs all broken things, Who completes that which is incomplete, and Who has the ability, with force, to make people do whatever He wants.
34. Al-Jalil
The Sublime One; He Who has wealth, dominion and holiness.
35. Al-Jame’
The Gatherer: He who collects things, gathers them, anywhere He wants, at any time.


K.
36. Al-Kabir
The Most Great; He Who is most great.
37. Al-Karim
The Generous One; He Who is generous.
38. Al-Khabir
The Aware; He Who has knowledge of the most secret parts of everything, and knows their inner meanings.
39. Al-Khafiq
The Abaser; He Who diminishes or decreases
40. Al-Khaliq
The Creator; He Who creates everything from nothing and creates all things with the knowledge of what will happen to them.



L.
41. Al-Latif
The Subtle One; He Who know the delicate meanings of everything. He Who creates things most subtly, which cannot be understood by people and He Who gives blessings to people in the most subtle ways.



M.
42. Al-Majid
The Most Glorious; He Who is most glorious.
43. Al-Maajid
The Noble; He Whose highness is great, Who is beneficent, and His munificence is rich.
44. Al-Mani
The Preventer.
45. Al-Matin
The Firm One.
46. Al-Malik
The Sovereign Lord; He Who is the absolute king of the entire universe.
47. Al-Mu’akhkhir
The Delayer; He Who delays whatever He wants.
48. Al-Mubdi
The Originator; He Who has created for the first time all beings from nothing and without any model.
49. Al-Muhaymin
The Protector; He Who watches over and protects all things.
50. Al-Mu’id
The Restorer, Whom restored all errors and mistakes.
51. Al-Mughni
The Enricher.
52. Al-Mujib
The Responsive; Te One Who responds to every need.
53. Al-Muhsi
The Reckoner; He Who knows the number of all things although they cannot be counted, and knows each of them.
54. Al-Muhyi
The Giver of Life; He Who gives life and health.
55. Al-Mu’izz
The Honourer; He Who makes one glorious, gives dignity, and treats one with respect.
56. Al-Mu’min
The Guardian of Faith; He Who places faith in the heart of His servants, protects those who seeks refuge in Him, and gives tranquillity.
57. Al-Mumit
The Creator of Death; He Who creates death.
58. Al-Muntaqim
The Avenger; He Who punishes wrongdoers.
59. Al-Muqaddim
The Expediter
60. Al-Muqit
The Maintainer; He Who sustains.
61. Al-Muqsit
The Equitable; He who does His work accordingly an in a balanced way.
62. Al-Muqtadir
The Powerful; He Who is more powerful than any being.
63. Al-Musawwir
The Fashioner; He Who designs all things.
64. Al-Mutakabbir
The Majestic; He Who show his greatness in all things and in all ways.
65. Al-Muta’ali
The Most Exalted; He Who is higher than any action, manner and condition, and any thought that any being may have. This Name indicates that Allah is higher than the most evolved thought of man.
66. Al-Muzill
The Dishonourer; He Who lowers and puts one in abasement and degradation.
67. Malik-Ul-Mulk
The Eternal Owner of Sovereignty.

N.
68. An-Nafi
The Propitious; He Who creates all things which provides goodness and benefit.
69. An-Nur
The Light: He who provides divine light to the entire universe; to the faces, minds, and hearts of His servants.

Q.
70. Al-Qabid
The Constrictor; He Who constricts.
71. Al-Qadir
The Able; He Who is able to do anything in the way He wills.
72. Al-Qahhar
The Subduer; He Who is victorious and dominant in a away that He can do anything He wills.
73. Al-Qawi
The Most Strong
74. Al-Qayyum
The Self-Subsisting: He who holds the entire universe.
75. Al-Quddus
The Holy; He Who is free of all error, absentmindedness, is free from incapacity and free from any kind defect.

R.
76. Ar-Rafi
The Exalter; He Who uplifts.
77. Ar-Rahim
The Merciful; He Who gives blessing and prosperity, particularly to those who use these gifts as Allah has said, and is merciful to the believers in the hereafter.
78. Ar-Rahman
The Beneficent; He Who give blessing and prosperity to all beings without showing disparity.
79. Ar-Raqib
The Watchful; He Who observes all creatures, and every action is under His control.
80. Ar-Rashid
The Guide to the Right Path: He Who is The Guide, with wisdom, to the right path according to His eternal plan,
81. Ar-Ra’uf
The Compassionate; He Who is benign.
82. Ar-Razzaq
The Provider; He Who provides all things beneficial to His creatures.



S.
83.

As-Salam
The Source of Peace; He Who frees His servant from all danger and obstruction. He Who give His greeting to those fortune people in heaven.
84. As-Samad
The Eternal; He Who is the only being to apply to if one has any need to be completed or any troubles to be eliminated.
85. As-Sami
The All-Hearing: He Who hears everything.
86. Ash-Shahid
He Who is present everywhere and observes all things.
87. Ash-Shakur
The Appreciative: He Who is grateful and gives rewards for deeds done for
Him.
88. As-Sabur
The Patient.

T.
89. At-Tawwab
The Acceptor of Repentance.

W.
90. Al-Wadud
The Loving; He Who loves those who are kind/good and bestows on them His compassion.
91. Al-Wahhab
The Bestower; He who donates all blessing to His creatures.
92. Al-Wahid
The Unique; He Who is one in His actions, His names, ho has no partner or equal in His attributes, personality and orders.
93. Al-Wajid
The Finder, He Who finds whatever He wants in the time He desires.
94. Al-Wakil
The Trustee; He Who provides a means to solve all problems in the best way.
95. Al-Wali
The Protecting Friend; He Who is Friend of His righteous servants.
96. Al-Wali
The Governor; He Who directs, manages, conducts, governs, measures, plans every action which happens at any moment in the entire universe.
97. Al-Warith
The Supreme Inheritor; He Who has everlasting ownership of all things. Finite man only has temporary ownership, and at death all creatures have nothing.
98. Al-Wasi’
The All-Embracing; He who had limitless capacity and abundance.

Z.
99. Az-Zahir
The Manifest.

















[1] A deep belief in assumption.
[2] A belief based on empirical observation.
[3] An eternal and absolute conviction of belief.
[4] A forgetful state of unconsciousness.
[5] Lust of desire
[6] deep thought and guidance
[7] The Guide; He Who guides, gives success and directs His servants to do things beneficial to others.
[8] Illegal.
[9] Accomplice of wrongdoings/ambiguity.
[10] heart
[11]
[12] inner heart/thought
[13] unifier
[14] The All-Forgiving: He Who forgives all.
[15] The Acceptor of Repentance
[16] The Forbearing One
[17] remembrance
[18] The Guardian of Faith: He Who places faith in the heart of His servants, protects those who seek refuge to him, and give tranquillity.
[19] The Guide to the Right Path: He Who is The Guide, with wisdom, to the right path according to His eternal plan,
[20] fantasy
[21] Forgetfulness based on unawareness or under unconscious state.
[22] temporary loss of memory
[23] The Wise: He Who has wisdom in all orders and actions.
[24] The Judge; He Who judges and provides what is due.
[25] The Just.
[26] The Most Glorious One.
[27] The Pardoner; He Who pardons all who repent sincerely as if they had no previous sin.
[28] The Appreciative.
[29] The Eternal