Thursday, November 18, 2010
Penarik Beca Melaka Maju 2010
Pergi Melaka mencari Hang Tuah
Ketemu pula Stadium Hang Jebat
Melaka Maju Negeri Bersejarah
Penarik Beca memerah keringat.
Melaka bersih negeri maju
Bangunan dan gereja tinggalan penjajah
Apa yang ditinggal oleh Melayu
Menarik beca menumpang megah.
Rahmat Haroun 18.11.2010
Bandar Melaka.
MELAKA MAJU - KUNJUNGAN SEMULA SELEPAS 23 TAHUN.
Bersama anakku dengan bersenjatakan sebuah kamera digital yang tidak mau rusak-rusak (aku sudah bosan dengannya tapi sayang duit nak beli baru), kami berkereta menuju Melaka, Negeri maju pada 20.10hrs, 20.10.2010.
Sesiapa saja memasukki Bandar Melaka melalui lebuhraya pasti yakin dengan status yang diperolehi Negeri Melaka. Tetapi bila mengambil jalan alternatif, jelas status negeri maju sedikit sebanyak tercalar.
Terburu-burukah Melaka mengejar status yang dicita-citakan seluruh dunia dan Melaka mendahalui 10 tahun dari sasaran negara.
Jelas kriteria MAJU Melaka itu dilonggarkan demi gimik perlancongan yang tentu mampu memacu kadar pertumbuhan tourisme negeri itu.
Apa pun tahniah buat orang Melaka dan Kerajaannya.
Monday, October 25, 2010
RESENSI NOVEL DI.AR.TI OLEH MG CHOLID, PENYAIR MUDA MADURA
RESENSI BUKU Di.Ar.Ti karya Dr. Rahmat Haroun Hashim (MEMBACA ANEKA HIKMAH DALAM BUKU YANG TELAH BERUSIA SENJA, 20 TAHUN)
Peresensi: Moh. Ghufron Cholid
Guru Bahasa dan Sastra Indonesia, tinggal di Madura
Membaca Novel Di.Ar.Ti karya Dr. Rahmat Haroun Hashim, Malaysia, kita diajak bertamasya memaknai hakekat seorang peneliti, betapa pentingnya sebuah penelitian bagi seorang peneliti sehingga mau tidak mau nyawapun akan dipertaruhkan.
Kisah seperti ini dicontohkan oleh Dr. Jalani ketika mau mempertahankan penelitiannya dari sahabat karibnya Mr. Chong, penelitian yang dilakukan pada Sutrisno adalah bukti kesungguh-sungguhannya Dr. Jalani dalam mengabadikan jejaknya di dunia penelitian.
Masih ada keunikan yang lain, yang ingin diperkenalkan Dr. Rahmat Haroun Hashim dalam buku Di.Ar.Ti ini, novel ini menjelaskan juga tentang bagaimana Islam memperlakukan umatnya, sebenarnya Islam itu mudah, tidak menyulitkan umatnya dalam beribadah, namun kadang kita sendiri yang mempersulit diri dalam beribadah.
Adalah suatu cirri khas yang takkan pernah hilang dalam benak kita, bila kita membaca novel-novel karya Dr. Rahmat Haroun Hashim yaitu kepiawaiannya dalam menggabungkan ilmu sejarah, ilmu pengobatan, ilmu bahasa dan ilmu-ilmu lainnya.
Novel Di.Ar.Ti adalah salah satu novel dari 7 novel yang diterbitkannya. Meski novel ini diterbitkan pada tahun 1990 untuk cetakan keduanya namun novel ini masih memiliki daya tarik tersendiri untuk dikaji.
Novel ini cocok untuk dibaca oleh semua kalangan khususnya pembaca yang gemar melaksanakan penelitian.
Di dalam novel ini, dikisahkan pula hitam putih dunia penelitian. Hal semacam ini patut kita acungi jempol karena dengan keberanian penulisnya dalam mengungkapkan peristiwa yang jarang diungkap oleh penulis lainnya.
Seharusnya penduduk Malaysia bias berbangga hati dengan hadirnya novel Di.Ar.Ti ke tengah-tengah kehidupan yang serba komplek ini.
Saya sebagai pembaca dan penikmat sastra yang lahir dan hidup di Madura merasa bersyukur dengan terbitnya buku ini karena banyak menyuguhkan aneka ragam hikmah.
Walau usianya bias dibilang cukup tua, bayangkan saat sekarang usia novel tersebut sudah 20 tahun namun masih mempunyai charisma.
Al-Amien, 25 Oktober 2010
Tuesday, October 19, 2010
LORONG KENANGAN FK UNAIR
Wednesday, October 13, 2010
GENESIS SEBUAH PUISI
&&&&&&&&&&&&&&
(Apa itu puisi?)
P uisi itu sejambak protin
tenunan indah dalam karangan
berlegar-legar asid amino rangkai-rangkaian
Di aliran darah dari kilang ribosoma
Tersulam madah dan metafora
Dalam gabungan dari pelusuk minda
Posteriori pengalaman barusan dan silam
Dari ngarai benak janaan alam
(Dari mana datangnya puisi?)
Bila benak dilambung gelombang bergelora
Alfa, beta, delta atau theta
Korteks ubun-ubun kemilau bercahaya
Bioskop minda benderang menyala
Organ sastera beroperasi segera
Aktif tercipta di daerah Broca
Gen puisi tiba-tiba siaga
Bila alfa bertakhta sajak prozaik bersahaja
penaka secangkir kopi tanpa gula
Bila amigdala terangsang luka
Adrenalina dan noradrenalina berkuasa
Badai sajak amuk menggila
jenuh amarah, cerca membara
Bila murung menguasai jiwa
Serotonin menghilang entah ke mana
Berkarya si pemurung di gelombang beta
Otak mamun di kelabu biru
Stanza terungkap tepu pilu
Membenam melankoli depresi melulu
Dalam khusyuk, zikir dan meditasi
Amalan sufi peterana levitasi
Gelombang theta dalam emisi
Lahirlah sajak seindah puisi
Laksana bercanda di kamus firdausi
Yang membaca ditakluki elasi
Candu kalimat madat ektasi
Membuat puisi gian dikunjungi
**&***********&&&*********&**********
LL
Rahmatharounhashim
Padang Gaong, Ulu Melaka, Langkai
29.7.2007.
Saturday, October 9, 2010
HOSPITAL ISLAM KEDAH (HIK)
Mungkin saya keliru kerana ruang sebaran siaraya KIK amat terbatas. Tiadanya radio atau TV KIK barangkali penyampaian maklumat dan informasi kegiatan Islamik terpaksa menggunakan media alternatif.
KIK perlu mengembalikan percerahan perubatan Islam melalui pembinaan:
1. Hospital Islam
2. Kolej Perubatan Islam atau Sekolah Thabib Islam
3. Kolej Jururawat Islam.
Apakah konsep Hospital Islam?
Secara ringkas, penerapan nilai-nilai Islam secara holistik tidak hanya dari segi arkitekturnya tetapi tata-atur katil-katil pesakit menghadap khiblat. Begitu meja bedah, muka pesakit menghadap khiblat. Pembaca doa pra-pembebdahan, semasa pembedahan dan paska pembedahan.
Setiap prosedur minor dimulai dan disudahi dengan doa singkat. Termasuk tentunya semasa bersalin yang sedapat mungkin dikendali bidan-bidan, doktor-doktor, spesialis wanita sahaja.
Wad lelaki dirawat oleh jururawat lelaki dan sebaliknya.
Peng'inkoprasian aspek spiritual dengan tindakan rawatan perubatan secara fusi bukan tempelan sahaja, ianya bukan sekular. Tidak ada pengasingan unsur rohaniah dari sebarang prosedur perubatan, rawatan, penyelidikan makmal maupun pengambilan ubat-ubatan, semua disertai perlafazan dan penghayatan ayat-ayat Koran yang relevan.
Bilik-bilik pesakit diberi nama pemikir-pemikir dan thabib Islam yang tersohor; Ibn Sinna, Ibn Rush, Al-Ghazali dan lain-lain.
Artikel ini merupakan draf cadangan kepada KIK untuk menrealisasikan projek Hospital Islam Kedah (HIK).
Friday, October 8, 2010
RESENSI NOVEL PANGGIL AKAU MELAYU OLEH MOH GUFRON CHOLID
RESENSI BUKU PANGGIL AKU MELAJU (ANTARA KEUNIKAN DAN HIKMAH MEMBACANYA)
Buku ini saya terima selasa pagi lewat pos sebagai kado persahabatan darinya. Membaca novel ini,kita selaksa diajak membaca orang melayu dengan segala keunikannya. Tak hanya itu,kita juga diperkenalkan dengan beraneka jenis penyakit dan cara menanganinya. Kita pun diajak untuk menghargai pentingnya bahasa ibu untuk dipertahankan di era globalisasi yang menempatkan bahasa inggris sebagai bahasa utama dunia untuk bisa hidup dan bersaing di era globalisasi. Novel PANGGIL AKU MELAJU sebenarnya novel yang diterbitkan khusus agar orang melayu bisa terus maju tanpa harus melupakan bahasa ibunya. Buku ini cocok dibaca oleh semua akademisi,utamanya yang ingin memperdalam ilmu sejarah,ilmu pengobatan dan ilmu bahasa. Membaca novel ini,tidak sama dengan membaca novel percintaan pada umumnya,karena di dalam novel ini,kita banyak bertemu dengan beraneka jenis penyakit,di samping itu pula,ilmu mengungkap suatu kasus pembunuhan. Semoga tulisan singkat ini bermanfaat untuk umat dan untuk sahabat Rahmat Haroun Hasyim,saya ucapkan terimakasih atas kado persahabatan ini. Saya tunggu karya lainnya.
Al-Amien,06/09/2010
Tuesday, September 28, 2010
EVOLUSI SEEKOR MANUSIA
EVOLUSI SEEKOR MANUSIA
Di kala lampau evolusi bersilam
Moyangku seekor ikan berinsang enam
berenang di air ketuban
membina kekotak hox bersegmen-vertebra
tumbuh tunas sirip bertungkai hasta
kaki menerjang lengan mendepa
Tanpa kusedar ekorku hilang
Tungkai-tungkaiku memanjang
Damailah kamu riang berenang
Di laut tenang pernah bertandang
Selamat tinggal duyung-dugong tersayang
Aku mendaki dataran terbentang
Sesekali aku akan pulang.....
Rahmat Haroun MD
Saturday, September 11, 2010
PANGGIL AKU MELAJU: RESENSI NOVEL OLEH SEORANG PROFESOR PSIKIATRI
Novel ini memberikan banyak pengalaman baru kepada pembaca terutama dari segi kepelbagaian disiplin ilmu yang jarang diterokai seperti filologi (sejarah dan asal-usul bahasa), ethnolinguistik (kajian bahasa puak ethnik minoriti) dan tentu sekali bidang yang saya ceburi. Saya sekadar boleh tersenyum sinis dengan kritikan sinikal terhadap Datuk Kamarudin samada kerana pengalaman lampau saya atau kerana sterotaip yang sering digambarkan kepada golongan ini.
Cuma saya tidak pasti kebenaran akan tesis pengarang dalam meletak tanggungjawab terhadap sarjana Barat dalam mengusulkan nama Malay hasil daripada transformasi malaise ke malas dan seterusnya ke Malay (m/s 346). Jika benar, ia kelihatan seperti memang direncanakan.
Mungkin persepsi penjajah itulah yang menyemarakan perdebatan Mahathir vs. Syed Hussin Al Atas dalam era 60-an apabila pihak pertama mempertahankan teori social Darwinism melalui The Malay Dilemma sementara pihak yang kedua mematahkannya dengan meletak kesalahan kepada penjajah melalui The Myth of The Lazy Native. Dalam kedua-dua teks yang popular itu, tidak pula dijumpai assertion seperti tesis pengarang di atas!
Novel ini memberi pengolahan yang panjang tentang kronologi delusi ethnik Dr Ridzuan yang bermula dari Pulau Ilha Farmosa sehingga ia bercantum dengan realiti apabila Dr Ridzuan beransur pulih dari penyakitnya; barulah pembaca tahu ia sebahagian daripada kajiannya tentang asal usul bangsa Melayu. Cuma sebagai pembaca yang laju saya agak tidak sabar dengan delusi sedemikian dan tercari-cari asal usul si Pengkhayal dan gagal menjumpainya sehingga habis membaca novel ini.
Kelemahan yang ketara bagi saya adalah penggunaan beberapa ayat yang kurang digunakan lagi dikalangan psikiatris seperti hebephrenic schizophrenia kerana psikiatris lebih berkiblatkan DSM-IV daripada ICD-10. Keduanya, penggunaan ayat psikoterapi yang merujuk kepada ubat-ubatan (m/s 36, 37 dan 44) yang sepatutnya ditukar kepada ubat psikotrofik. Kes sembahyang mayat dua kali dan enggan menjamah daging atas isu dua parti juga tidak meyakinkan saya kerana ia bukan perkara fardzu yang dipertikaikan (m/s 38, 39) dan akhir sekali, saya juga tidak pasti tentang penjelasan “makan” melalui disiplin kinestatik dan ethnolinguistik itu fiksi atau fakta.
Apa pun saya teruja membaca tulisan Dr Rahmat ini selepas DiArTi yang saya baca beberapa tahun lepas. Masih terbau formalin di bilik bedah mayat, Jabatan Anatomi dalam karya tersebut. Tahniah kerana berjaya melepasi kesukaran dalam penulisan novel ini. Beliau membuka minda saya dalam banyak hal setelah habis membacanya.
[Resensi novel ini ditulis dengan keizinan pengarang]
SECEBIS SEJARAH HIDUP DI TEBING DAN MUARA SG PINANG
Kamera second-hand yang dibeli beliau di Kedai Pajak Gadai di Singapura dengan harga 16 ringgit di zaman beliau mengikut troope bangsawan Din-Tejah.
Wednesday, September 8, 2010
RENDAHKAN KELAYAKAN USIA MENGUNDI
Dalam usaha mengekang kalangan mahasiswa dari terlibat aktif dalam politik, Malaysia mengekalkan kelayakan usia mengundi pada umur 21 tahun. Jika sesorang mahasiswa itu biarpun melampaui usia 21 tahun, dia masih tidak boleh secara aktif terlibat dengan sebarang partai politik. Bukan sahaja mahasiswa malahan seluruh komuniti akademia (staff pengajar IPTA) tidak dibenarkan menyertai sebarang partai politik. Yang menghairankan, guru-guru kini dibenarkan melibatkan diri dalam politik. Seolah-olah memberitahu kita; tidak mengapa politik masuk ke sekolah tetapi dilarang masuk kampus universiti. Apa pun, strategi itu tidak mengambar konsistensi dalam pembuatan dasar. Jelas sekali amat prejudis terhadap komuniti kampus.
Kembali kepada usia mengundi, sudah ketinggalan zaman jika kita mengekalkan umur 21 tahun sebagai had kematangan untuk mengundi. Tidakkah kita hairan kenapa umur dewasa dari aspek undang-undang hanya memerlukan usia 18 tahun bagi seorang mempertanggung-jawabkan perbuatan atau tindakannya. Batas 18 tahun itu menentukan seorang ke tali gantung atau ditahan atas budibicara Sultan atau Yang Dipertuan Agung bila sabit kesalahan jenayah berat dan atau pemilikan dadah. Ketimpangan ini sungguh ketara. Ia memperlihatkan ketidak-adilan dan merendahkan kemampuan berfikir seseorang yang secara undang-undang ditakrifkan sebagai dewasa.
Di UK, negara asal peraturan ini diturunkan kepada Malaya dan kemudian Malaysia sudah berakhir sejak tahun 1969 lagi. Pada tahun 2010, Malaysia Modern dan bakal Negara Maju masih gentar untuk menobatkan usia 18 tahun sebagai umur layak mengundi. Malah USA mengikut jejak British membolehkan mereka berusia 18 tahun ke atas boleh ke peti undi untuk menentukan siapa bakal memerintah negeri-negeri dan negara Malaysia.
Monday, September 6, 2010
OLIVE OIL CAKE
Friday, September 3, 2010
SAMPAI BILA MALAYSIA MENJADI KARUNG TINJU INDONESIA
Monday, August 30, 2010
RASA DI PAGI MERDEKA
Saturday, August 28, 2010
DI PUNCAK GUNUNG RAYA, LANGKAWI
Tiada kata seindah panorama
Bersyair merdu di halua mata
Segala lara bermadat ceria.
Thursday, August 19, 2010
GURINDAM DIABETES
Kencing kerap sering dahaga
cepat lapar demikian gejala
Kalau makan dah banyak gula
Otak bergeliga pun boleh jadi koma.
Belum tua mata dah buta
Retinopati, degenerasi makula
Komplikasi diabetes angkara buta
Dengan katarak memburami kanta
Bini muda pun nampak dah tua.
Gatal sana kebas sini
Sahabat Diabetes Darah Tinggi
Periferal neuropati begitu komplikasi
Ginjal rusak gengren di kaki.
Bersenamlah tuan saban hari
Cukup setengah jam setiap hari
Jantung sihat nyawa terselamat
Urat darah tidak tersumbat.
Daun mengkudu pucuk pegaga
petai jering selera herba
Penyakit Diabetis amat berbahaya
Kurangkan gula hidup bahagia.
Guridam diabetis untuk tatapan
seloka pendita punya gerangan
Kurangkan gula dalam makanan
Tambahankan manis pada senyuman.
Diperbaharui Langkawi 25.8.2010.
Saturday, August 14, 2010
Cerita aku dan guru
Namun diantara mereka ada yang bertopengkan guru. Disebalik topeng guru terdapat pembuli, penghancur, 10% pesakit jiwa, perogol, perversi seks, pemalas dan anti-pendidik (tidak digelar guru tetapi GURI; manusia yang bertopengkan guru tetapi tangan-kakinya penuh onak berduri).
Walaupun jumlah manusia bertopengkan guru hanya 10% tetapi kesan yang mereka lakukan kepada murid/pelajar mereka berkekalan hingga ke akhir zaman.
Friday, August 13, 2010
BAHASA ORGAN
(maaf, pesakit seorang Dextrocardia; 1 dalam setengah juta)
Dengarlah bisikan organ
Sebelum ia menjerit-perit
Mengerang garang
Bila keluhan bergejala derita
Berdesing di telinga
Ladenilah aduan organ
sebelum malapetaka membawa nestapa
Bawalah diri untuk
Diperiksa tabib pendita
Agar terawat organ derita
Jangan masa terbiar leka
Mengabai bahasa organ yang melakar cedera
Hantar isyarat nyeri dan derita
Karena baji jantung
Menikam dada
Ibarat kilat guruh
Gempita
Serangan jantung
Mengancam nyawa
Akibat bisikan organ
Diabai-alpa.
Thursday, August 12, 2010
FALSE MEMORY -INGATAN PALSU?
Thursday, July 29, 2010
Saya Di Sinarharian Rabu 28 Julai 2010
Wednesday, July 28, 2010
Wujudkah Genre Puisi Pangkid atau Tomboy Poetry?
Kebetulan saya terbaca “artikel sastera” di e-sastera.com komuniti penyair berbentuk puisi yang mendapat sambutan luar biasa berdasarkan jumlah rekasi yang diterimanya.
Lalu saya cuba membuat tinjauan siber dan ilmiah dalam aspek puitis genre Tomboy Poetry. Dalam cubaan ini, saya tidak berhasrat mengangkat maupun menjatuhkan perjuangan puisi genre tersebut. Saya cuba bersikap impartial. Jauh sekali untuk menyamai genre ini dengan genre terikhtiraf seperti gospel atau ateisme, feminisme atau patriotisme.
Apakah keberadaan Puisi Pangkid dikategorikan ke peringkat wujud, jika ia, kenapa ianya menerima tantangan yang hebat dari khalayak sastera khususnya tempatan. Tentunya layanan berbeza di dunia barat. Dalam satu puisi yang berjudul “Tomboy” oleh MAMberConcord dengan bait yang antaranya berbunyi:
“ I can change my oil,
And look like royal”
Sebagai wanita, kebolehan mengganti minyak hitam sendiri dilambangkan dengan kebesaran rasa ‘bangsawan’ (great feeling). Menjadi lelaki-pseudo dengan melakukan apa yang boleh dibuat kaum lelaki meletakkan mereka seolah-olah sehebat lelaki sejati sedangkan banyak lelaki normal tidak sudi menukar minyak hitamnya sendiri. Kebolehan berlagak kelakian merupakan suatu pencapaian dan kejayaan. Itulah barangkali yang ingin diperjuangkan sekadar merujuk pada contoh tersebut di atas.
Sebelum kita teliti aspek perjuangan (sekiranya ada) dalam Puisi-puisi Pangkid, ada baiknya kita tinjau kajian saintifik kejadian atau kejadi-jadian makluk pangkid itu sendiri sebagai variant spesies manusia. Tidak berbeza dengan lelaki lembut, mekanisme kewujudan lebih kurang serupa. Sesekali tidak pula ingin saya mengelaskkan mereka manusia sub-spesies. Namun semua anomali ini bermula dengan kehamilan ibu kira-kira lapan minggu mengandung.
Minggu ke delapan kehamilan adalah titik tolak satu lembaga embryo akan menjadi lelaki sejati, wanita tulen, tomboy atau lelaki lembut. Pembentukan litar kejantinaan otak atau brainsex bergantung pada dua jenis hormon testosteron dan estrogen. Dalam kes pangkid, meskipun mereka secara genetik berkromsom seks XX iaitu di KP dan Sijil Kelahiran berstatus perempuan tetapi proses imprinting litar saraf otak dalam peringkat pembentukannya dipengaruhi oleh hormon lelaki testosteron. Dengan lain kata, sebenarnya bukan kehendak mereka untuk menjadi pangkid, tetapi ‘software’ yang diinstall pada usia 8 minggu kehamilan membentuk tingkah-laku pangkid di kemudian hari. Tidak boleh disebut salah ibu mengandung tetapi instalasi software yang salah telah terpasang di litar-litar yang berkaitan dengan kejantinaan yang songsang dan pengaruh genetik. Konstituisi genetiknya perempuan tetapi software brainsexnya lelaki. Memang sudah salah dari masa awal proses mengandung. Namun satu dari 10 pangkid memang benar-benar ada penyakit yang dipanggil CAH atau Congenital Adrenal Hyperplasia. Sepasang kilang endokrin di atas buah pinggang menjadi bengkak dan mengeluarkan hormon lelaki yang berlebihan dalam tubuh wanita atau kanak-kanak perempuan yang berperi-laku lelaki/budak kasar (dengan loghat Kedah, kami panggil kasak kedahaak) yang seolah-olah dibuat-buat.
Di tadika, calon-calon pangkid meskipun pakai gaun (kerana dipaksa ibu-bapa) sudah dapat dikenalpasti kerana kasak kedahaak selain penampilan tingkah-laku yang ‘buas’ dan selalu kelihatan suka merampas dan merempuh rakan perempuan sebaya. Juga diperhatikan kanak-kanak calon pangkid lebih menghindari eye contact dengan kanak-kanak perempuan tulen sebaya. Justeru kebalikan terjadi bila menjadi pangkid, wanita-wanita kekasih menjadi ratahan mereka. Bila mereka memiliki kebebasan, mereka akan memakai pakaian seluar jean, kemaja dan hair-do lelaki semasa. Di ambang puberti, litar-otak kejantanan mulai beroperasi dan memperolehi ‘pleasure’ (kepuasan) seksual dan non-seksual dengan mengorat mangsa dengan berbagai taktik seperti memberi hadiah. Remaja pangkid berani menentang lelaki yang cuba menganggu kekasih mereka dengan telunjuk di muka. Tidak hanya bisa fisikal, fanatasi mereka juga berkisar menjadi putera mahkota, pelindung, juara, hero malah mengemari cerita-cerita mengenai gedebai (monsters).
Yang wanita kekasih pangkid pula merasa hubungan intimasi mereka adalah paling selamat jika mereka mengekalkan hubungan intim yang sama dengan lelaki sejati. Bercinta dan berkasih dengan pangkid tidak mungkin membuat mereka mengandung, jadi safe. Keperluan dan kepuasan seksual terjamin sebagai pasangan aktif dan pasif tanpa harus bimbang haid yang terlambat. Namun tidak semua hubungan berorientasi seks semata-mata. Tiada ketunggalan peraturan. Segala macam kombinasi boleh wujud.
Kembali kepada soalan besar wujudkah genre Puisi Pangkid? Saya terpaksa akur kepada jawapan YA!. Jelas dalam puisi “Wahai Pemuda” oleh Dr mafia.
Jika hendak mengenal puisi-puisi pangkid kini, ia mempunyai ciri-ciri simplisiti dengan penampilan estetika yang terhad dan paling ketara pemuisi pangkid kalis seklusi masyarakat. Semuanya sesuai dengan pengamatan Dr Louann Brizedine MD terhadap kanak-kanak calon pangkid yang mempunyai skor yang rendah dalam ‘verbal behaviour”.
Tentunya senantiasa ada pengkecualian dalam apa kes pun. Pencirian tersebut di atas tidak laku dengan Emily Dickinson, seorang tomboy di abad ke 19 di Boston, Amerika Syarikat. Beliau dibarisi sebagai di antara Penyair Agung Amerika (anda boleh berbeza pendapat dalam hal ini). Emily sepanjang hayatnya menghasilkan 1,700 puisi yang dianggap berkualiti tinggi dan diklasifikasikan immortal.
Petikan sajak Emily yang saya jumpai tanpa judul, saya salin tanpa berani menerjemahkannya.
My life closed twice before its close.
So huge, so hopeless to conceive
Dr Rahmat Haroun MD
UM, Langkawi .
July 28, 2010.