Thursday, November 18, 2010

Penarik Beca Melaka Maju 2010




Pergi Melaka mencari Hang Tuah
Ketemu pula Stadium Hang Jebat
Melaka Maju Negeri Bersejarah
Penarik Beca memerah keringat.

Melaka bersih negeri maju
Bangunan dan gereja tinggalan penjajah
Apa yang ditinggal oleh Melayu
Menarik beca menumpang megah.

Rahmat Haroun 18.11.2010
Bandar Melaka.

3 comments:

  1. orang melaka orang gagah
    baju rias bersulam tangan
    penarik beca tumpang megah
    beca berhias ikon pelancongan

    hentak kaki mendabik dada
    pahlawan melaka menurun cerun
    apa lagi melayu melaka ada
    warisi kemiskinan turun temurun

    ReplyDelete
  2. Sebelum roboh kota melaka
    Papan di Jawa saya dirikan
    sebelum runtuh sejarah kita
    berpadu tenaga kita tahankan

    ReplyDelete
  3. penarik beca tumpang megah
    beca berhias ikon pelancongan
    hendak hidup mesti gagah
    agar poket tidak kekeringan

    ReplyDelete