Wednesday, September 28, 2011

KUNJUNGAN SEMULA MANUKLON SELEPAS 2 DEKAD


Review: Manuklon by Dr Rahmat Haroun
Setiap bangsa yang lemah, akan tertindas oleh yang kuat, dan selagi tiada yang berani, akan selamanya menjadi tawanan di bumi sendiri.

Masih ingat petikan dari Al-Quran?

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Sejarah dah buktikan, dalam setiap peradaban manusia, akan wujud satu watak yang menjadi diktator, atau sesuatu bangsa yang menjadi penjajah kepada kaum yang gagal mempertahankan tanahair mereka. Ini adalah skrip oleh Tuhan sebagai ujian dan teladan bagi kaum yang dikehendaki-Nya.

England, Sepanyol, Belanda, menjadi kuasa besar yang menawan dunia melalui laluan Lautan sebelum Jepun dan Jerman dan Russia muncul menjelang awal abad 20. Kemudian, secara perlahan-lahan, Amerika menjadi 'polis dunia' selepas Perang Dunia ke II.

Apa kah prinsip utama dalam menguasai sesuatu kaum?

Bagi pengamatan saya, apabila suatu bangsa itu lebih Maju dari segi ketenteraan (bilangan dan fizikal), teknologi (persenjataan, binaan Kubu yang dimajukan oleh Tentera Islam, dan kenderaan samada penggunaan haiwan, pesawat, dll), akademik (kajian dan pengajian yang dijalankan tanpa henti), politik (pemerintah yang bijak, muslihat dan diplomasi yang berkesan), ia mampu menakluk bangsa yang lain, dengan syarat utama iaitu segala faktor dan kelebihan yg ada pada Bangsa yang Maju ini, tiada pada kaum yang Lemah.

Walaubagaimanapun, ada suatu faktor yang tersangat kuat iaitu Semangat dan Motivasi yang tinggi. Selagi ada faktor ini, dengan izin Tuhan, sebarang serangan dapat di tempis dan kekal lah Bangsa itu tidak dijajah.

Dr Rahmat Haroun menampilkan tema sebegini dengan penuh bergaya menerusi 'Manuklon' yang begitu ke hadapan dari zamannya.

Hakikat yang karya ini di terbitkan pada 1991, dan tema serta fiksyen nya masih relevan ke hari ini, sangat mengagumkan.

Manuklon (1991)
Dr Rahmat Haroun
228 Mukasurat, Dewan Bahasa dan Pustaka.



Azizi@Khairil Marzuki@Taming 3@Ketua 1 adalah seorang perajurit manusia purist dalam TENAMA pada tahun 2097 ketika bangsa Melayu Manusia tertindas oleh Bangsa Manuklon (Manusia Klon). Azizi yang diselamatkan Tuhan daripada terbunuh bersama anggota Platun nya yang lain dalam satu operasi ke Kubanah Nuang, kemudiannya terpilih menjadi Taming 3 iaitu perisik SKK dalam gerakan mahasiswa PEMATRA di ITM dan diberikan identiti baru bernama Khairil Marzuki. PEMATRA menjadi agen penggerak mahasiswa sebagai sebahagian operasi TENAMA menjatuhkan pemerintah yang terdiri daripada Manuklon.

Paduka Presiden, dan keseluruhan Menteri adalah terdiri daripada Manuklon. Terdapat satu institusi lain iaitu 15 Hakim Mahkamah Theta Agung yang menjadi penggerak sistem kehakiman yang terdiri daripada Megabot (Revolusi daripada Robot yang menjadi Manubot dan kemudian, Megabot). Sistem ini di lihat lebih cekap dalam mengendalikan Judisiari berbanding manusia yang memerlukan masa berbulan dan bertahun2 untuk menyelesaikan sesuatu kes.

Bangsa Manuklon yang mempunyai kecerdasan IQ 3 kali ganda dari manusia, memandang rendah kepada manusia dan mereka menguasai bumi Malaysia dalam segenap aspek. Hampir 100 tahun, negara telah diatur oleh mereka dan kini, mereka makin melampau dan ingin melaksanakan AKU (Akta Kuasa Undi) di mana bagi dalam pilihan raya, undi manusia di kira sebagai 1 manakala undi manuklon di kira sebagai 5.

Isu ini tambah menyemarakkan lagi semangat manusia untuk bangkit melawan manuklon. Oleh itu, PEMATRA bekerjasama dengan AJIMA menerusi Ketua Pemuda nya, Irca, menyerang saintis, Dr Imran yang sedang dalam usaha menghasilkan sejenis senjata biologi yang hanya membunuh manusia.

Seiring dengan itu, TENAMA yang sebelum ini bergerak secara bawah tanah bertindak menyebarkan berita-berita yang sebenar demi menyemarakkan semangat kaum Manusia dalam melawan penjajah Manuklon.

Akhirnya, bangsa Manuklon tewas dan Manusia memenangi peperangan dan akhirnya kembali mentadbir Manusia pada penghujung abad 21.

Terdapat juga subplot di mana Khairil Marzuki berkahwin dengan Mardianah, adik kepada sahabat Azizi semasa beliau di dalam platun T-4334, Zaki yang terbunuh akibat di patuk ular. Sebelum meninggal dunia, Zaki sempat meminta Azizi menjaga ahli keluarganya dan Azizi memakai kalung milik Zaki selepas itu sehinggalah beliau bertukar identiti kepada Khairil Marzuki.

Mardianah yang jelita hampir menjadi mangsa kerakusan Mabarcil, peguam manuklon ketika dia berusaha membebaskan ibunya yang di tawan pemerintah kerana di sangka menjadi talibarut AJIMA.

.........................................................

Fuhh.... Kompleks tak?

Namun Dr Rahmat Haroun berjaya mempersembahkan karya beliau dengan penuh bergaya dan berkesan tanpa mengelirukan pembaca.

Oh ya, mungkin jika anda biasa menonton filem sains fiksyen, boleh membantu dalam mendapat gambaran yang lebih jelas.

Tema kemanusiaan tersangat jelas dalam novel ini apabila manusia dilihat begitu tertindas di tanah air mereka sendiri. Penulis sempat menyelitkan unsur-unsur islamik yang tidak begitu ketara, hanya Islam Melayu seperti solat, hukum nikah kahwin dan persoalan halal dan haram dalam GMF.

Terdapat juga tema antara dua darjat apabila membandingkan kecanggihan dan kemajuan Manuklon berbanding Manusia yang masih menggunakan senjata yang di anggap antik dan tinggal dalam kesempitan hidup sementara Manuklon yang hidup mewah.

Plotnya berjalan lancar, di tulis secara linear. Dari awal, kita akan berkenalan dengan Azizi yang kemudian mulai mengikuti pengembaraan nya bersama rakan-rakan di dalam hutan demi meneruskan misi ke Kubanah Nuang. Masa ni terasa macam tengah baca siri Famous 5 cuma watak dan latar belakang berbeza. Ahaks..

Kemudian, plot pengubahan identiti oleh Kolonel Lumping. (Woaa.. memang cool abes Kolonel Lumping ni). Namun tidak pula di ceritakan bagaimana Khairul Marzuki tiba-tiba sahaja menjadi Ketua 1. Saya menggemari adegan pengenalan Khairil sebagai Ketua 1. Macam tak sengaja dan bersahaja.

Seterusnya, masa Taming 3 bertemu dengan Taming 2, ada ala-ala James Bond dan cerita spy macam Leonardo diCaprio pernah berlakon tapi lupa pula apa nama cerita nya..

dan seterusnya, bersulam antara babak kasih sayang Khairil dan Mardianah dan babak pertempuran dan kemuncak nya adalah pendedahan identiti Taming 1 dan Taming 2 dan kejatuhan empayar Manuklon.

Saya agak biasa dengan tema sebegini. Jadi memang sedikit mudah untuk meneruskan pembacaan. Cuma rasa tercabar dengan kemampuan penulis dalam menghasilkan karya yang versatil sehingga 2097 kerana kemampuan beliau dalam mentafsir masa depan jika saintis menghasilkan manusia klon.

Mungkin pada 2097, ada pembaca yang membaca karya ini dan terfikir, Eh, takde pun jadi macam ni?? Ya lah.. sebab takde manusia klon pun yang berjaya hidup. Semua mati. Atau mungkin yang berkata, Ek Eleh, tak canggih pun Malaysia sekarang ni.. atau apa-apa sahaja lah yang mungkin terlahir dalam benak fikiran mereka.

Terima kasih atas pemberian karya ini, semoga saya berkesempatan lagi membaca karya sebegini dan menyelami minda penulis Malaysia yang tidak kurang hebatnya. =)

Wallahua'lam..
Kotak Daku Farahanani Amhazali Kotak Berwaktu 8:02 AM
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook

Kotak-kotak Kotak Ulasan
5 Peng-Kotak-an:
Pei Pan said...
Ramai yang cakap novel Dr. Rahmat bagus tapi sehingga hari ini walaupun sudah miliki Terang Bulan dan Manuklon - masih belum membacanya.

Bolehlah baca novel terbaru beliau - Panggil Aku Melaju. Tentang orang Melayu malu mengaku Melayu.
July 7, 2011 6:51 AM
Farahanani Amhazali said...
Laa... Belum baca ke?? Then.. baik nya hati bagi kat orang lain..

Pujian saya spesifik kepada Manuklon.. belum baca karya yang lain lagi.. Jadi tak boleh kata apa2..

Nanti saya baca, saya review ya!
July 9, 2011 12:12 AM
Pei Pan said...
Saya beli 2 novel. Satu untuk saya, satu untuk awak. Nantilah saya baca. Saya kurang minat sains fiksyen tapi akan cuba baca.
July 9, 2011 11:55 PM
Farahanani Amhazali said...
Heh.. barangkali mencabar utk membaca sains fiksyen bagi awak..

macam saya ni, memang susah nak baca motivational novel. takut nanges!

huhu..
July 10, 2011 12:36 AM
Farahanani Amhazali said...
"Saya beli 2 novel. Satu untuk saya, satu untuk awak."

suka nya ayat tu.. HOHO
July 10, 2011 1:25 AM
Post a Comment

Friday, August 5, 2011

DINOBAT HARIAN KOMPAS SEBAGAI PENULIS


Sekali lagi aku bikin gempar di kampus FK UNAIR (Fakultas Kedokteran Universitas Airlangga).
Habis spesialis dan dosen tertanya-tanya gerangan siapakah dokter muda dari Malaysia yang artikelnya muncul di harian nasional Kompas.

Kalau tidak salah tahunnya 1977. Artikel yang berjudul "ISA Penyelamat Rakyat Malaysia" terpampang di halaman dalam dengan nama drs. Medicinae Rahmat Haroun FK Unair. Jarang-jarang nama FK Unair terpampang di harian nasional itu yang berpusat di Jakarta. Ianya bukan surat kepada editor, artikel itu dimuatkan di bahagian atas di salah satu hamalan dalam. Malah aku dibayar Rp 13,000.00 melalui giro yang kutuntut di Kantor Pos kampus.

Seronoknya bukan main. Bukan pada nilai yang Harian Kompas bayar tetapi lebih-lebih lagi lontaran kekaguman rakan-rakan atas pengikhtirafan jurnalisme di peringkat nasional mereka.
Bila aku ketemu dosen/spesialis atau profesor, mereka terus menegur, "iki arek Malaysia sing nulis di Kompas?"

Tentang artikel itu mungkin tidak lagi relevan masa kini. Ianya berkaitan dengan ISA (Internal Security Act). Aku benar-benar jadi duta akhbar bagi Malaysia ketika masyarakat pembaca Indonesia mengutuk dalam kecaman yang keras terhadap Kerajaan dan Mahkamah Malaysia atas vonis hukuman gantung sampai mati ke atas seorang remaja yang memilikki pistol secara haram. Aku membela keputusan mahkamah dengan memberi alasan dan situasi di Malaysia termasuk pembunuhan Ketua Polis Perak dan lain-lain bahasan undang-undang yang menunjang legitamasi keputusan mahkamah Malaysia. Editor Kompas menerima argumentasi artikel itu merasanya layak itu dimuat dalam halaman utama dalam memberi wacan journalisme yang seimbang dalam akhbar nasional mereka.

Rasa gembira atas penobatan Kompas buat diriku sebagai penulis tiba-tiba sedikit tersentak. Aku terima sekeping kartu pos yang dialamatkan ke kantor FK Unair. Kandungan katu pos itu mengutuk artikel yang kutulis. Penulis kartu pos tidak bernama menganggap diriku sebagai rasis kerana remaja yang dihukum gantung seorang warga Malaysia keturunan Thionghua. Aku lupa atau tidak ingat sama kartu pos dikirim dari Surabaya atau luar Surabaya. Namun, aku beranggapan kartu itu ditulis dari rakan yang aku kenal. Sampai sekarang kecurigaan itu masih menebal. Apalagi dalam kartu pos itu membayangkan bahaya nyawaku boleh terancam. Meskipun demikian, fikiranku ketika tidak terjejas maupun merasa bimbang kerana mengklasifikasi ancaman itu hanya suatu lelucun atau gurauan.

Ternyata benar, apa pun tidak terjadi, aku tidak diapa-apa sesiapa. Kenalan yang kusyakki mengirim kartu pos tidak sempat kutanyakan kepada apakah dia yang mengirim kartu pos kerana beliau sudah mendiang ketika berkunjung ke Surabaya tahun lalu.

Dr Rahmat Haroun MD
5 Ogos 2011
Subang Jaya.

Thursday, August 4, 2011

DIKROYOK MASSA PAWAI PARTAI POLITIK


( Memoir ini sengaja di tulis dalam slangka tahun 70an agar suasana latar zaman dikekalkan)

Gimana sih mau ceritain kisah gue dikroyok massa pawai partai politik Islam ketika lagi studi di Surabaya?
Ini kisah gelap yang gue alami yang sukar dikikis dari ingatan meskipun kisah berlalu lebih 34 tahun yang lalu. Seolah-olah ianya masih segar di benak ini.

Aku baru saja lulus dan lolos Sarjana Kedokteran (SK) yang mengizinkan title drs med. mendahului namaku. Dengan SK itu membolehkan daku menjalani internship DM 1 atau Doktor Muda 1 di RS Dr Soetomo, Karangmanjangan, Surabaya. Namun pagi malang itu, aku tidak bertugas di hospital karena habis tugas malam menjaga dan merawat pesakit. Kesempatan itu kugunakan untuk melunas bayaran letrik Pusat Pelajar PKPMI cawangan Subaya dimana aku menjawat YDP atau Bendahari PKPMI Cawangan Surabaya sekaligus care-taker MSC itu.

Dari Jalan Pacar Keling aku bersepedamotor dengan Yamaha 150cc ke Kantor Pembayaran Bil Letrik di hadapan THR (Taman Hiburan Rakyat) kalau tidak salah. Usai pembayaran itu aku bergegas pulang ke MSC dalam rutin mempersiapkan diri untuk bertugas sebagai DM dari jam 2 petang hingga ke dini pagi.

Di pintu luar Kantor Bekalan Letrik, aku berhenti sambil memperhatikan pawai (perarakan) sebuah partai politik Islam yang terkemuka di Indonesia. Pawai partai politik kerap diadakan sebagai acara kampanye menjelang PEMILU 1977. Pawai tersebut didahului kenderaan bermotor, diikuti gerombolan penunggang sepeda motor dengan panji dan bendera partai berkibar megah kerana lajunya perarakan mereka.

Setelah pasti pawai itu melepasi, aku menyeberang jalan membeluk ke arah kiri. Sekonyong-konyong muncul dengan tiba-tiba gerombolan hampir 20 orang penunggang sepeda (basikal) dengan kelajuan tinggi terus menabrak sepedamotorku. Aku jatuh kerana aku sempat brek namun beberapa buah basikal turut jatuh menimpaku yang sudah terbaring di tengah jalan.

Dalam masa secebis saat, sejumlah manusia ganas itu terus menyerangku yang masih terbaring di jalan. Bertubi-tubi aku ditumbuk dan diinjak beramai-ramai. Istilah Indonesia ialah dikeroyok. Memang pagi tragis itu aku diganyang habis-habisan. Saat-saat itu sempat aku terbayang jenazahku dihantar pulang ke Malaysia dalam kapan tanpa bendera Jalur Gemilang menutupi keranda. Dalam saat-saat di ambang kematian, aku merayu "tolong pak saya orang MALAYSIA!" (untung kejadian itu terjadi tahun 1977, jika tahun 2000an pasti aku dikroyok sampai mati kerana Mat Top dkk dikaitkan dengan kegiatan terorisme).

Perkataan keramat itu, MALAYSIA, rupa-rupanya punya kuasa magis. Seolah-olah bagaikan dipukau mereka memberhentikan pembantaian massal terhadap tubuhnya yang kerempeng. Perlahan-perlahan mereka mengambil sepeda-sepeda yang saling bertindih akibat tabrakan sesama sendiri mereka. Mereka beredar dengan membawa bendera partai politik mereka yang aku kenal simbolnya (PPP)

Tanpa dibantu para pemerhati-pemerhati di tepi jalan, dengan segala kepayahan aku bangun sendiri. Menghidupkan semula sepeda motorku lalu dengan segala kesakitan aku menuju ke Rumah Sakit tempat aku bertugas sebagai dokter pelatih.
Setelah diperiksa oleh dokter di RS Simpang (bahagian RS Dr Soetomo, kini sudah tiada, didirikan Shopping Complex.) aku diberi cuti sakit selama seminggu. Keesokan harinya matanya biru dan badanku lebam-lebam kerana perdarahan di bawah kulit.

DM Nasaruddin (kini Prof Dr Nasaruddin di Fakulti Perubatan UIAM di Kampus Kuantan, berjawatan tinggi kalau tak silap Timbalan Dekan, HalEhwal Mahasiswa) membuat bantahan melalui HMFK UNAIR dan HMI yang akhirnya diperpanjangkan ke PARTAI Politik Islam terulung ketika itu di Indonesia.

Seperti diduga, Biro Info partai Islam itu menafikan ada pawai rasmi pada hari kejadian. Walaubagaimana pun, Ketua HMI di kampus DM Syaiful, anak Gabenor JATIM Bapak Noer sempat menyatakan kekesalan atas kemalangan tragis yang menimpa. Seingat saya secara pribadi dan surat, namun peristiwa pertemuan dengan Ketua 1 HMFK Unair hilang dari ingatan saya. Mungkin saya tidak puas hati lantas memadam ingat pertemuan itu.

DR RAHMAT HAROUN MD UNAIR
5 Ogos 2011
Subang Jaya/Jaya.

Sunday, July 17, 2011

JALANG KEBENARAN

Dikaukah jalang kebenaran
Yang melacur kemuliaan
Hanya kerana sesuap rasuk
Yang menghantui gelombang pelesit perubahan
Mengganti kuasa lewat arakan sensasi benci
Atas tiupan emosi laungan demokrasi

Lalu,
Kamu raikan jalang kebenaran
Dengan mantra jampi serapah kesucian
Disanjung di persada kencana ragu
Dijunjung dengan mahkota munafik
Atas serakah nafsu kemaruk kuasa
Yang kepingin mimpi beradu di tahta perdana.

Sunday, June 26, 2011

TERATAK DACHA DI BANDAR PUSHKIN



Ziarah seni ke Bandar Pushkin
Dalam kembara singkat ke Bumi Lenin
Tugu gangsamu dihiasi indah
kembangan musim panas
Pelbagai rona pelmacam citra

Bandar Pushkin dijaja mesra
Penuh bangga
Buat pemandu wisata gadis Rusia
Yang sarat sejarah bangsa
Mempersadakan Pushkin setara pemuka negara

Di teratak dacha itu
Pushkin berkarya
Mengegar getaran roh setiap jiwa
Di Bumi Rusia

Kapan kubisa berkunjung ke Bandar Usman Awang?

Tuesday, June 21, 2011

Di Pusara Ulyanov


Ziarah ke pusaramu tanpa doa
Karena pasti kau ketawa dalam tidur abadimu

Kau pembikin negara pekerja dan petani
Bolshevik yang menjadi juara soviets*
Atas derita mereka, kau jadi maharaja sosial
Yang mengusir feudal dan bourgeois
Dari bumi kaya untuk terpilih
Dari bumi merana yang merata

Dari pusara terdengar deru-deram BMW, KIA dan Toyota
Lada dan Skoda terpinggir tua
Remaja paska revolusioner entah kenal entah peduli
Kamu yang keliru tentang kegagahan sosialisme
ketika kamu berucap garang pada tanggal 16 April 1917
'sosialisme akan menghancurkan kapitalisme Eropah'
Kini Coca-cola mengunjungi pusaramu
Dengan kekotak Mc Donald mengisi penuh

Tong sampah di sekitar makammu.


Kukenang jasamu karena menghilangkan senyuman
Di wajah-wajah rakyatmu.

Monday, June 6, 2011

BUNUH SAJA BAHASA ITU....


BUNUH SAJA BAHASA ITU
KALAU IA TIDAK DIHORMATI
OLEH JELATA BERSTATUS TINGGI
MAUPUN PAK MENTERI

BUNUH SAJA BAHASA ITU
KALAU IA TIADA BERBICARA ILMU
HANYA INDAH BUAT PANTUN PUISI BERLAGU
KALAU BERSUARA BUAT KAU MALU

BUNUH SAJA BAHASA ITU
JIKA IA HIASAN MELULU
HANYA TUNGGANGAN KETIKA PRU
SUDAH MENANG BAHASA TAK LAKU
MANSUH PPSMI MENJADI RAGU
BUNUH SAHAJALAH BAHASA MELAYU !

Friday, May 27, 2011

ANDAINYA PERANG SUDAH MATI


Andaikata perang sudah mati
Dunia lenyap kesumat benci
Andaikata perang jadi bangkai
bumi bakal jadi permai
andaikata perang tidak bernyawa
Alam bahagia dilambung ceria
Andaikata perang itu suatu kutukan
Buana sejahtera sentosa aman
Andaikan dunia bebas perang
Ilmu bertambah ekonomi berkembang
Citra kemanusiaan anutan sejagat
berakhir kelak perang salib dan jihad
Andaikata perang sudah mati
Sengsara tiada perang dibenci
Generasi mendatang tidak mengerti
Kata perang pun berkubur mati


Aku masih menanti bila perang itu mati..........

Friday, April 22, 2011

RONA-RONA SENJA

Dari jendela teratak
rona-rona melukis senja
terlakar di retina mata
pelmacam warna
menenteram jiwa
yang lama
meratap nestapa
menghapus duka
merawat luka lama
rona-rona senja
membawa cahaya
penyembuh jiwa.


Rahmatharounhashim Langkawi
24.11.2011








Saturday, April 9, 2011

RAIKAN INSOMNIA


Sambutlah ia dengan hormat
Tika insomnia menemani
Bunyian tItisan air kaleng
Yang menderang di cuping telinga
Detik demi detik cengkerik memekik
Minit demi minit nyamuk mendengung
Jam demi jam ratu kantuk menyepi
Diri
Kuredha dan kuterima
Kehadiran insomnia
Sebagai rakan menemani diri
Di dini pagi
Aku bersyukur
Insomnia bukan MATI


UM, Langkawi 9 April 2011.

Tuesday, February 1, 2011

MENDADAK IA DATANG


MENDADAK IA DATANG (FIBRILASI VENTRICULAR)

Ia datang

tanpa diundang

membawa bingkisan malang

dalam kacau riak-gelombang

bergetar dalam ritma-mabuk mendendang

rentak-jantung perkusi kencang

mendadak ia datang

maut yang tak terhalang.

1/2/2011. Ulumelaka.

Monday, January 31, 2011

Emosi Tika Hampir Mati


EMOSI TIKA HAMPIR MATI


Nafi itu mati

pergi jauh kau dari sini

biar aku sendiri dalam isolasi

murka pada mati

kenapa kau mahu ziarahi

diri ini

mahu kutawar-menawar dengan mati

bukan kini

biarlah lain hari

kalau mati datang lagi

biar hanya mampir lalu berlalu pergi

usah kau kembali

wahai mati

kemunculanmu mengundang depresi

Tundalah kedatanganmu mati

sehingga aku bersedia merangkulmu nanti

masamu akan tiba wahai mati

tika daku terimamu segenap sanubari.

31 Januari 2011.