Friday, May 8, 2009

SUKAN: WAWASAN 2020 DI LUAR JANGKAUAN

(Foto diatas: Kemudahan sukan sekolah di negara maju)

Anaknda bungsuku baru pulang dari pertandingan bola baling antara sekolah-sekolah di Selangor yang diadakan di salah sebuah sekolah di Daerah Sepang.
Mereka ditempatkan selama dua malam di chalet sebuah resort. Apa yang menarik ialah tentang kemudahan penginapan yang disediakan oleh pihak penganjur. Jika dibandingkan layanan kemudahan sangat berbeza dengan kemudahan sekolah-sekolah di Barat. Malah jika dibandingkan dengan standard tempatan pun amat mengecewakan.
Untuk sebuah chalet yang sepatutnya menempatkan 5 orang tetapi chalet yang sempit itu telah diisi oleh seramai 25 pelajar! Bayangkan suasana berhimpit-himpit seperti sardin dalam tin. Sebahagian besar tidur di atas lantai papan berbantalkan beg mereka sendiri dan ada pula yang terpaksa tidur dalam posisi bersila.
Kemudahan sedemikian seolah-olah menghina sukan kerana pembangunan sukan dikecewakan dengan layanan buruk serta perancangan logistik yang sama buruknya.
Yang lain-lain itu tidak perlulah saya sampaikan di sini. Kita masih jauh ketinggalan dari segi perancangan meskipun mampu membina menara kembar yang tertinggi di dunia dan kompleks sukan yang bertaraf dunia. Tetapi kita gagal membuktikannya di peringkat sekolah menengah.
Visi 2020 hanya angan-angan bukan cita-cita.


No comments:

Post a Comment