Pusara Bahasa
Di pusara bahasa
Tiada ratapan mengiringi
Pada wafatnya di keris globalisasi
Yang menikam rohnya mati
Meninggalkan balu bangsa
Tanpa jiwa
Tanpa bahasa
Wafatnya Bahasa Melayu
Sebagai bahasa ilmu
Di iringi sorakan berpesta
Para anglofilik yang membaca
Doa kemangkatannya
Dalam bahasa Permaisuri Inggeris Raya
Tertera di batu nesannya
R.I.P . (1957-2002)
Pembunuhan Bahasa Melayu
Sesuatu yang perlu
Konon demi Melayu mahu maju
Kerana keramat siasahnya yang telah pupus
Bahasa Melayu telah dihapus
Oleh anglofilik Melayu yang rakus
Bahasanya dijual , korpusnya dikambus.
Di pusara terbiar roh bahasa merintih
Dosa apakah hingga Bahasa disisih
Tiada Melayu berasa sedih
Bahasanya dibunuh dengan tragis
Sorak sorai memertabatkan Inggeris
Tega membiarkan Bahasa Melayu menangis
Di Pusara Bahasa
Tanpa taburan bunga-bunga jasa
Apa lagi rinjisan air mata.
Selamat Tinggal Bahasa Melayu
Semoga rohmu tetap hidup selalu.
Subang Jaya, Selangor
22 Mei 2009.
Di pusara bahasa
Tiada ratapan mengiringi
Pada wafatnya di keris globalisasi
Yang menikam rohnya mati
Meninggalkan balu bangsa
Tanpa jiwa
Tanpa bahasa
Wafatnya Bahasa Melayu
Sebagai bahasa ilmu
Di iringi sorakan berpesta
Para anglofilik yang membaca
Doa kemangkatannya
Dalam bahasa Permaisuri Inggeris Raya
Tertera di batu nesannya
R.I.P . (1957-2002)
Pembunuhan Bahasa Melayu
Sesuatu yang perlu
Konon demi Melayu mahu maju
Kerana keramat siasahnya yang telah pupus
Bahasa Melayu telah dihapus
Oleh anglofilik Melayu yang rakus
Bahasanya dijual , korpusnya dikambus.
Di pusara terbiar roh bahasa merintih
Dosa apakah hingga Bahasa disisih
Tiada Melayu berasa sedih
Bahasanya dibunuh dengan tragis
Sorak sorai memertabatkan Inggeris
Tega membiarkan Bahasa Melayu menangis
Di Pusara Bahasa
Tanpa taburan bunga-bunga jasa
Apa lagi rinjisan air mata.
Selamat Tinggal Bahasa Melayu
Semoga rohmu tetap hidup selalu.
Subang Jaya, Selangor
22 Mei 2009.
Salam Dr.
ReplyDeleteMinta maaf Dr. kalau blog saya memang guna bahasa yang cacamarba.Saya memang mahu jadikan blog itu luahan hati dan pengalaman hidup tanpa ada kekangan dan disiplin tegas bahasa yang terlalu tinggi.Saya gunakan bahasa jiwa sebagai anak sekolah tinggi yang masih kacau mencari haluan hidup.Masih belum bekerja walau umur meningkat.Tiada aset.Tiada harta.Cuma laptop kesayangan dan dua ibu bapa yang sudah tua.
Saya ada satu teratak yang saya buat khas untuk kumpulkan puisi-puisi saya,iaitu di alamat
http://ritzail.blogspot.com
atau Laman Puisi BintangSuraya.Ini memang tempat untuk menikamkan luahan kesusasteraan dan kesenian jiwa saya yang halus dan abstrak.
Dr.,seperti yang kita ketahui,kerajaan sudah bersetuju untuk mansuhkan PPMSI mulai 2011-2012.Jadi sebagai individu yang mahir dalam dua bahasa penting tanahair ini apakah pandangan Dr. dalam hal ini?
p/s:macam temuramah la pulak :D