Kau puteriku merantau jauh ke Bumi Korea
mengalunkan petikan jemari alat muzika di tanah asing
bersama remaja Korea dan dunia
mengharmoni dalam nada
dalam kesejagatan penghayatan seni tradisi
tanpa mengira
seakan ia datang dari luar angkasa
nada petikan 'gayageum' merapatkan manusia
dari seluruh buana
membina sanggar budaya dalam muzika purba
bertempat dalam sanubari remaja
serentas dunia
Kau puteri Melayu dari Subang Jaya
Satu-satunya peserta dari Malaysia
memetik simfoni tradisi Korea
bertudung tanpa ragu memperaga wibawa
keyakinan jiwa untuk berada di persada dunia.
Tahniah! Anakndaku Wan Nur Amira Rahmat Haroun.
Sunday, July 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mudah2an puteri kebanggaan menghargai penghargaan n pengorbanan seorang ayahanda yg merindui belaian n ingatan tulus yg mesra anakandanya. mudah2an puteri kesayangan memahami kemelut kesunyian ayahandanya n cepat mendatang ayahandanya yg perlu dirawat laranya.
ReplyDeleteBenar kata kekanda Kak Pah. Pada pandangan saya, sekiranya seseorang anak itu belum dapat nampak pengorbanan seorang ayah, kesakitan seorang bapa dan kerinduan seorang papa, anak itu sebenarnya lemah benak, mempunyai akal yang tidak panjang serta jiwa perasaan yang dingin dan tidak peka. Seseorang mungkin mempunyai kecerdasan otak, tetapi sekiranya dia kurang mempunyai kecerdasan emosi, inilah tanda hilangnya kemanusiaan dan belas kasihan terhadap insan lain; apalagi kepada orang tua mereka. Sekiranya anak-anak tidak lagi menghiraukan perit-payah seorang ayah, apalagi dalam dia berkeadaan sakit; inilah tanda hilangnya kehormatan diri seorang umat Muhammad.Inilah ketakutan Muhammad SAW yang meraung perkataan "umati, umati, umati." Kembalilah, bukalah, amatilah...setiap bait, baris dan noktah hidup seorang ayah. Kamu juga akan menjadi seorang ibu dan bapa satu hari nanti...
ReplyDelete