Thursday, April 30, 2009

SEJARAH YANG DISELAMATKAN











Anakndaku begitu rajin. Dia mengemas setor dan membuang sebahagian besar dokumen-dokumen sejarah perkhidmatanku dengan kerajaan. Beberapa dokumen, foto dan surat-surat lantikan berjaya kuselamatkan.
Yang lain-lain, kubakar. Seolah-olah memerhati sejarah perkhidmatanku dengan kerajaan dibakar. Sebahagian berusia 30 tahun. Surat lantikan, surat pertukaran, surat lantikan ke perkhidmatan tentera, surat menyenaraikan namaku sebagai doktor ditugaskan ke Tanah Suci, surat tunjuk sebab kenapa lewat sehari melapor diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor setelah berpindah dari Sarawak pada akhir tahun 1981 dan serba-serbi dokumen.
Yang menyayat hati bertemunya pos kad yang dikirim arwah Rahim Harun dari Australia pada 2 Mar 1988 ketika arwah baru tiba di Perth untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sport Psychology.
Satu lagi, sekeping foto yang pernah diberikan oleh arwah Rahime Haroun ketika beliau bercuti di Thailand bersama isteri dan putrinya pada tahun 1986.
Juga berjaya diselamatkan sehelai surat dari Ministry of Home Affairs, Suva, Fiji bertarikh 17th November 1987 berkenaan permohonanku untuk bertugas di Fiji.
Satu lagi surat yang diselamatkan ialah surat Dr Halim Mansar beralamat di Glasgow, Scotland ketika beliau sedang melanjutan pelajaran ijazah lanjutan di sana.
Menyaksi pembakaran dokumen-dokumen sejarah peribadi tidak disertai sebarang perasaan pilu atau apa-apa pun. Pasti fakta apa pun yang terkandung di dalamnya telah musnah dari simpananku. Sudah 30 tahun mereka tersimpan dalam brief-case yang saya beli di Yojakarta dalam tahun 1974. Brief-case berusia 35 tahun............

No comments:

Post a Comment