Thursday, May 13, 2010
LUBANG YANG MAHAL
Lubang ini berada di jambatan Sungai Kuah berhadapan Hotel Baron. Tidak saya sedari ketika saya rebah di lubang ini disaksikan oleh Penyair Jamaludin D dan Pemantun Ismail Restu setelah makan malam di Jai Cafe untuk menemani mereka pulang ke Hotel Baron, telah menyebabkan musibah kecederaan di bahu kanan dan kiri saya.
Saya terpaksa menjalani pembedahan bahu endoskopik pada 21/4/2010 di Kedah Medical Centre. Kos pemeriksaan dan pembedahan mencecah RM 50,000.00.
Saya bimbang dengan lampu di menara jambatan juga masih padam, lubang itu akan memakan mangsanya lagi.
Semoga pihak berwajib mengambil tindakan sepatutnya demi kepelancongan Langkawi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sudah lama sekali tidak mampir ke blog Anda. Saya selalu yakin setiap pengalaman, sepahit apapun, pasti ada hikmahnya. Semoga cepat sehat.
ReplyDeletePelangi Sastra, terima kasih ucapan agar cepat sehat. Memang benar seperti keyakinan anda musibah itu ada hikmahnya cukup tepat. Tanpa kecelakaan itu, saya tidak bakal tahu, saya ada penyakit jantung. Tanggal 25/5/2010, saya akan dibedah lagi yang dipanggilkan Angiplasty. Doakan pembedahan itu sukses.
ReplyDeleteSalam. Saya doakan sdr segera sembuh.
ReplyDeleteTerima kasih Sdr Zaidin. Bahu kanan saya semakin sembuh walaupun menurut doktor pakar, penyembuhan total boleh tercapai dalam masa 3 bulan selepas pembedahan (21/4/10) bermakna pada 21/7/2010. Saya baru sahaja dimaklumkan Angioplasty akan dimajukan ke hadapan iaitu 19/5/10. Semoga prosedur jantung itu berjaya.
ReplyDeleteSalam. Forgiving yourself is good for your heart too. Forgiving others is good your soul. Seek forgiveness from ALLAH swt is best for your life here and hereafter. Love u. Love yourself, bro.
ReplyDelete