Sunday, June 13, 2010

ASAP ROKOK SI BAJU KURUNG


Selesai solat Jumaat
kukunjungi restoran di Sunway
Seorang perempuan Melayu tak kupanggil wanita
Berbaju kurung jingga berkembang bunga
Wajah ayu cantik mempersona
Namun sebatang rokok tersepit di bibirnya
Gemawan asap rokok terhembus bangga
Inikah tanda emasipasi mulia kaum hawa?
Lebih bersalahkah perempuan Melayu berbaju kurung
menghisap rokok di khalayak ramai daripada lelaki jantan perkasa menghisap rokok mendukung anaknya?
Apakah aku adil menghukumnya?
Walaupun dengan lirik pandangan di sudut mata
Aku tak bisa panggilmu wanita, wahai perempuan
Tak sampai hati nak panggil perokok betina
Aku tidak suka menghina sesiapa
Apa pun gelaran perempuan atau betina
Kau pernah menjadi gadis, puteri dan wanita
Kau menolak gelaran semantik halus dan sopan
Memilih menjadi betina atau perempuan
mangsa nikotin dikau jadi korban
kesan sampingan pembangunan
Kau jadi perempuan bukan wanita santun
Penjunjung budaya pencermin bangsa
Apakah adil kupanggil kau perempuan?
Apakah ia emansipasi yang tersasar?
Subang Jaya 7.9.2007

2 comments:

  1. memang benar
    ia emansipasi tersasar
    bila asap berkepul dari bibir mungil
    tersepit rokok bagaikan sentil
    tanpa segan tanpa silu
    terlupa jati diri perempuan melayu
    tapi tak kira apa bangsa jua
    wanita jati wajib sayangkan zuriatnya

    ReplyDelete
  2. Ketagihan nikotin tidak memilih jantina dan tidak memilih usia. Cancer juga tidak memilih. Begitu juga kematian. Kita hanya manusia biasa. Siapala kita yang sewenang-wenangnya boleh memilih siapa yang patut di benci dan di caci.Cuba hapuskan kebencian dan hilangkan keseganan itu. Kenalilah diri dan hati si wanita perokok. Akan kau dapati bahawa si dia bukanlah seperti yang kau sangka kan. Mungkin kau lupa yang dia juga punya perasaan. Pasti si dia juga ada kebaikan dalam dirinya. Mungkin kau terlepas pandang bahawa kemungkinan besar habit tersebut adalah ekoran dari ketegangan emosi ekoran dari kekejamam lelaki. Mari kita kenali dirinya. Mari kita hidup berpesan-pesan dan membimbing.

    ReplyDelete