(Generasi mendatang tidak berpeluang menyaksi dengan mata sendiri)
Murka bumi semakin nyata
Karena manusia menderhaka
Pada wismanya dunia
Dengan pembakaran karbondioksida
Menanak panas seluruh buana
Di khutub selatan dan utara
Gunung-ganang menangis hiba
Bongkah-bongkah es roboh laung merana
Karena tindakan durjana manusia
Rakus membakar emas hitam berjelaga
Demi energi yang menjana
Pembangunan yang membinasa
Kelestarian bumi manusia
Amarah bumi menggoncang buana
dalam gempa dan bencana
Bumi didera manusia sekian lama
Melampaui satu milinia
Bumi semakin murka
Membakar rimba belantara
Ada kala bumi menangis derita
Tangisan bumi banjir membinasa
Menghilangkan banyak nyawa
Memusnah harta penghuni dunia
Murka bumi beralamat dengan petanda
Namun manusia gagal membaca
Bencana alam hanyalah agenda berita
Bumi semakin murka
Penghuni dunia yang menderhaka
Taufan katrina dimana-mana
Tsunami melanda separuh dunia
Sumpahan bumi pada manusia
Akibat bumi didera
Jiwa bumi memberontak ‘gila’
Gunung berapi memuntah lava
Langit gelap gulita
Mendung legam menutupi suria
Manusia masih gagal membaca
Petanda bumi yang murka.
Subang Jaya 12.6.2010
Abg Mat,
ReplyDeleteSudahkah Abg Mat dengar "Khabarkan kepada kawan" tajuk sebuah lagu dari Ebiet G.Ade, yang mempunyai mesej yg sangat mendalam tentang kerosakan muka bumi oleh manusia. Apa yang Abg Mat tuliskan, meskipun mempunyai mesej yang sama, sangat menusuk hati kalbu. Sememangnya bumi murka, namun kalau kita lihat jauh dari itu, sebenarnya Sang Pencipta sedang membuakkan amarahnya di atas kezaliman manusia ciptaanNya sendiri melalui pergerakan kerak bumi yang menyebabkan berbagai masalah alam sekitar. Fikirkanlah sewaktu Nabi Nuh mendapat khabar dari Tuhannya tentang banjir besar. Kita sepatutnya sudah menyediakan bahtera besar seperti Nabi Nuh tetapi kita tak tahu apa jenis malapetaka yang bakal melibas jiwa kita yang berona dosa ini. Hanya ALLAH SWT sahaja yang tau persis...kembalilah kita kepada IMAN & AMAL, satu-satunya hadiah Nabi Muhammad SAW buat umatnya.