Friday, August 13, 2010

BAHASA ORGAN

BAHASA ORGAN : BILA JANTUNG BERSUARA DERITA
(maaf, pesakit seorang Dextrocardia; 1 dalam setengah juta)

Dengarlah bisikan organ
Sebelum ia menjerit-perit
Mengerang garang
menikam sembilu radang
Bila keluhan bergejala derita
Berdesing di telinga
suara-suara organ menangis bercerita
tentang bencana dan malapetaka
bakal menimpa.

Ladenilah aduan organ
Renungilah alamat dan tanda
sebelum malapetaka membawa nestapa
Bawalah diri untuk
Diperiksa tabib pendita
Agar terawat organ derita
Jangan masa terbiar leka
Mengabai bahasa organ yang melakar cedera
di luar pancaindera mata
Hantar isyarat nyeri dan derita
Karena baji jantung
Menikam dada
Ibarat kilat guruh
Gempita
Serangan jantung
Mengancam nyawa
Akibat bisikan organ
Diabai-alpa.

KLIA 15.9.2007.
Disempurnakan 14.8.2010.

3 comments:

  1. kadang2 bila kita rasa sakit, pi kat doktor dia kata, 'nothing wrong with u' nak pi hospital swata x mampu. kita tanggung derita kesakitan sampai ada doktor yg buat several tests kat kita n dia kata,' if u come earlier, u don't have to undergo operation, u just go for physio.' kita x boleh suruh doktor buat test, dia kata kita memandai-man dai.

    ReplyDelete
  2. organ-organ itu sering menjengah
    ketika makanan berlemak kita meratah
    setelah diri merasa bersalah
    tubuh jadi lemah dan mengah
    tapi kita tidak harus langsung pasrah
    jangan menyerah kalah
    kerana Tuhan marah kalau kita mengaku kalah
    jangan minda kita dijajah dengan organ amarah
    dengan berahnya kita berhenti berharakah
    yang meredah daerah merah
    hinggalah kita padah dan dibelasah
    tanpa menemui jalan tengah

    ReplyDelete
  3. TQ Kak Pah n Hassan 4 ur response.
    Sistem birokrasi perubatan awam tidak dinafikan over-loading. Sebagai reaksi defensif, mereka mencipta helah kerana ada arahan dari atsan untuk menjimat kos, mendikriminasi pesakit atu dengan nuansa sah mengutamakan yang sakit teruk dan menunda yang sakit sedang dan ringan atau tidak pasti lagi. Permintaan buat test tidak termasuk dalam senarai. Bila terlambat, ke physiotherapy, jawapan terakhir pada 'kami tak tau nak buat apa dah' Money is everything in medicine. M&M means money & medicine. Medicine without money seperti bathera tanpa angin dan hamba pendayung.

    ReplyDelete