Thursday, April 9, 2009

Oedipus Versus Electra Kompleks





Evolusi Elektra di ruang-masa yang berbeza.











Lewat beberapa hari yang lalu, saya dikunjungi penulis ternama dari Negeri Sembilan, Nisah Harun. Kami bertukar kado buku yang telah ditandatangi masing-masing penulis.

Judul antalogi beliau cepat menarik perhatian saya. Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus (CSRO) meskipun telah ditulis lebih sedekad lalu dan memenangi anugerah, saya tidak berkesempatan membacanya. Lalu, di antara celah masa yang langka, saya menerokai CSRO kerana Oedipus sangat dekat dengan saya sejak 35 tahun yang lalu.

CSRO sangat bagus kerana saya membaui aura pembaharuan. Penulis sedar tentang konsep time-space. Sebab itu penulis tidak menggunakan babak, bab, numerikal I atau II dsbnya tetapi Ruang. Apakah beliau yang pertama kali menggunakannya, saya tidak pasti. Penggunakannya cukup tepat kerana ianya merujukan kepada RUANG MINDA KREATIF penulis.

Di ruang-ruang ini, Nisah mengadun secara kreatif dan intelek dua mitos Greek dan Sunda, masing-masing mewakili Barat dan Timur dalam suatu wadah imaginatif yang bersifat eksperimental di tengah-tengah kemelut sosial sumbang mahram di kalangan masyarakat Melayu Malaysia.

Banyak orang (saya selalu diperbetulkan oleh guru-guru bahasa; ramai orang) mengenal Oedipus tetapi kurang mengenal Elektra. Ketika saya bertugas di Hospital Umum di Kuching tahun 1979, saya terkejut adanya Elektra House, sebuah pusat membelibelah. Tak pasti apakah pemiliknya kenal mitos puteri Elektra. Mitos Elektra sudah diketahui masyarakat Kuching, hebat!

Sebenarnya Elektra Complex merupakan kebalikannya Oedipus Complex. Elektra oleh Jung & Frued dilambangkan sebagai keinginan libidal anak perempuan terhadap bapa biologisnya. Begitu juga dengan Oedipus Complex dirujuk pada kecelaruan perkembangan psiko-seksual anak lelaki terhadap ibu kandungannya.

Di masa kini kedua-dua kompleks, Oedipus dan Elektra dianggap dongengan Frued dan Jung sahaja. Malah mereka ditertawakan oleh kalangan psychologis dan psychiatris modern yang berorientasi pada gangguan kimiawi otak, salah wiring sirkuit otak dan genetik.








Rahmat Haroun Hashim.

6 comments:

  1. Dr Rahmat,
    Terima kasih atas komen yang diberikan. Saya telah membaca tentang Oedipus, Elektra dan Sangkuriang (dalam pelbagai versi) sebelum menulis cerpen tersebut. Sekarang saya tidak berapa cenderung menulis cerpen-cerpen sedemikian, lebih menjurus kepada yang bersifat satira berbanding eksperimental.

    Di tangan orang yang memahami konsep fantasi, fiksyen dan ruang masa, komen dari Dr ini jauh berbeza daripada beberapa mahasiswa yang mengatakan mereka tidak faham akan cerpen ini. Seperti novel "Panggil Aku Melaju", yang penting bukannya cerita yang hendak disampaikan, tetapi apa yang hendak disampaikan oleh pengarang.

    Salam.

    ReplyDelete
  2. [Seperti novel "Panggil Aku Melaju", yang penting bukannya cerita yang hendak disampaikan, tetapi apa yang hendak disampaikan oleh pengarang.]

    minta maaf, tapi saya membaca kerana cerita yang
    disampaikan. bukan kerana apa yang pengarang ingin sampaikan. to me, story is still THE king.

    ReplyDelete
  3. Sdr Nasir,
    Memanglah novel itu dulu dipanggil buku cerita. Ceritanyalah penting. Tetapi seni berCERITA menjadi sophisticated sehingga hanya yang mampu mengkaji lapis-lapis cerita dan lapis-lapis makna di sebalik pemerian cerita.

    Demikianlah adanya.

    ReplyDelete
  4. Ralat:Tetapi seni berCERITA menjadi sophisticated sehingga hanya mereka yang mampu mengkaji lapis-lapis cerita dan lapis-lapis makna di sebalik pemerian cerita, berjaya menikmatikompleksiti storynya.

    ReplyDelete
  5. Doktor, maafkan saya jika kata-kata saya bakal menyinggung hati. Tetapi bagi saya, sebab sebeginilah yang menyebabkan tidak ramai pembaca melayu yang membaca novel melayu.

    Kami golongan marhaen ini sentiasa tersepit apabila memilih novel melayu yang ingin dibaca.

    Seperti saya, saya suka membaca novel yang BERCERITA seperti menonton sebuah wayang. Jadi saya akan memilih novel yang bahasanya mudah, tidak perlu mengkaji lapis-lapis cerita dan tidak perlu mengkaji lapis-lapis cerita.

    Tetapi kita di Malaysia ini hanya terdapat 2 genre novel. Novel cinta yang melelehkan hingus dan tahi telinga, juga cerita sastera yang disebut oleh doktor tadi. Seolah-olah rakyat di Malaysia dipaksa untuk menghadam cerita-cerita sebegini.

    Dilemanya, penulis di malaysia seolah-oleh takut untuk menghasil fiksyen yang bukan bertemakan cinta dan sastera. Ah, kalau menulis novel bukan sastera, tanpa ayat-ayat yang boombastik, dikatakan penulis picisan pula.

    Jadi kami memilih novel-novel inggeris.

    Kami membaca untuk berseronok sebagaimana seorang kaki botol yang seronok meneguk liquornya, atau seorang kaki wayang yang begitu seronok menonton filem kegemarannya. Begitu.

    Kenapa di negara barat, tidak ada jurang sebegini? Adakah William Gibson dan Michael Chricton dikatakan penulis picisan?

    p/s : Namun begitu, saya tetap mencari Di.Ar.Ti dan Trilogi Neogenesis karya doktor. Tetapi susah didapati.

    ReplyDelete
  6. Salam,
    tumpang lalu Dr. Mmg, budaya menghargai penulis di Malaysia terasa "kurang". BUKAN SAHAJA oleh rakyat, tetapi oleh pihak bewajib.
    Kata orang, "apa ada pada nama"?
    Bagaimana pula penghargaan terhadap artis?
    Bukankah jauh beza mcm Bumi dengan Pluto?
    Budaya cinta karya ilmiah juga berancur dipupuk
    oleh penulis "baru" yg suka bereksperimen. Maksudnya, baru dlm menceburkan diri utk bereksperimen. Tp, berapa kerat sgt yg berminat
    utk menghayati, mengkaji, atau berupaya meminati dan mengkaji? (Kata mereka, tak sampai otak nk pikirlah ... tak enjoy....)
    Maka, pengarang pun menulis novel popular ... apatah lg atas tuntutan zaman gawat kini.
    Tahniah kerana Dr merupakan pencinta sejati itu....
    Sakam,
    AMINHAD

    ReplyDelete